Thursday, August 25, 2011

First look at Kim Kardashian's official wedding photos



She is now enjoying the first few days of married life as Mrs Kris Humphries.
And less than a week after her multi-million pound nuptials the official photographs of Kim Kardashian’s wedding have been published.
The reality TV star poses, without her husband, on the front cover of this week’s People magazine in her stunning ivory custom-made strapless Vera Wang gown. 

She is seen holding her cream rose bouquet with her Lorraine Schwartz diamond encrusted headpiece, part of a staggering $10million worth of jewellery by the jewellery maker, glittering on her forehead.
The backdrop for the covershot is lush greenery with pink flowers dotting the across the page. 
 Speaking about the fairy-tale wedding Kim, 30, said: ‘It was like we were in heaven,’ she told the magazine.


Her proud husband added: ‘I'm going to remember how perfect it was.’
Kim and Kris tied the knot on Saturday at a private home in Montecito, California in front of 450 guests. 
Guests including Ryan Seacrest, Lindsay Lohan, Eva Longoria, Mel B, Venus and Serena Williams, Avril Lavigne and Demi Lovato all stuck to the monochrome dress code, which was requested by the bride. 



.


Somalia: PBB sukar salur bantuan


Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa badan dunia itu masih tidak dapat mengakses kawasan tertentu di Somalia yang mengalami krisis kebuluran terburuk, sekali gus membantutkan usaha untuk mengagih-agihkan bantuan makanan kepada pelarian.

Pegawai Penerangan Awam dan Sokongan OCHA, Kirsten Mildren yang kini bertugas di negara-negara Afrika berkata, masalah itu menyebabkan bantuan makanan tidak dapat diagih-agihkan ke kawasan yang paling kurang menerima kehadiran agensi kemanusiaan.
"Masih terdapat kawasan yang belum dapat diakses pihak kami di Somalia, yang mana pelariannya sangat-sangat memerlukan bantuan makanan," katanya kepada agensi berita Xinhua dalam satu wawancara di sini hari ini.

Krisis makanan di negara-negara Afrika seperti Kenya, Djibouti dan Ethiopia disebabkan kemarau telah mencetuskan masalah kebuluran di lima kawasan di selatan dan tengah Somalia dengan 3.7 juta daripada penduduknya memerlukan bantuan kemanusiaan segera.
Situasi itu bertambah buruk dengan kelemahan kerajaan Pusat Somalia dan kewujudan kumpulan- kumpulan bersenjata seperti al-Shabab, yang mengawal sebahagian besar selatan Somalia dan menyekat kemasukan bantuan makanan oleh agensi kemanusiaan.

"Kami tidak tahu bagaimana keadaan itu akan memberi kesan kepada operasi kemanusiaan dan pengagihan bantuan," jelas Milden.
Katanya, buat masa ini OCHA akan terus mengagihkan bantuan ke bandar-bandar di Somalia melalui kakitangan tempatan.

"Anda masih belum dapat melihat kehadiran kakitangan bantuan kemanusiaan antarabangsa di luar Mogadishu. Kami menyalurkan semua bantuan kami sendiri dengan sokongan kakitangan tempatan," katanya.
Mildren berkata, OCHA juga sedang berusaha mengadakan dialog dengan semua pihak di Somalia bagi urusan kemasukan bantuan kepada pelarian yang memerlukan.




.

Telur masak sos


Lulu tak tahu nama resepi ni..
Namun demikian, ini juga merupakan resepi simple namun sangat digemari dalam keluarga dari lulu kecil lagi selain lauk petola sebelum ni.. Cara masak yang sangat ringkas, namun digemari oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana keenakkannya...


  • Telur digoreng mata kerbau (direbus pun boleh)
  • Sos cili/tomato
  • bawang merah
  • bawang besar dimayang 
  • Tomato
  • halia
  • perasa
  • Tepung jagung
  • sedikit air

Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan halia... Bila dah naik bau, masukkan sos cili/tomato dan tomato, gaul sekejap, masukkan air. Kalau nak banyak kuah, letaklah sos dan air banyak.. tepung jagung tadi bancuh dengan sedikit air (untuk memekatkan kuah), masukkan sekali... jangan lupa perasa... last sekali, nak masukkan telur dalam kuah dan masak sekejap, atau tuang jer terus kat pinggan yang dah ada telur, mana-mana pun ok.. dah ready :)



.

Cameron Diaz Pregnant??



Seeing actress Cameron Diaz with such an advanced baby bump was a somewhat unexpected sight.
But her legion of male fans have no need to worry because the glamorous actress was only faking it for a movie.
Cameron, 39, donned a baby suit for her upcoming film What to Expect When You're Expecting.

She looked fabulous in tight lycra hotpants, blue trainers and blue vest in Atlanta yesterday.
Her exercise shirt also bore the words Lose It and Weep, which no doubt many women will do when they see the A-list star's amazing body.
 And she showed it off to the max as she stretched and worked out on the set of the upcoming film.


But at one stage it looked like all the exertion was getting to her, as she leaned against a nearby pink van and held her fake bump.
She will star alongside a bevy of A-list stars in the film, which is based on the best selling pregnancy guide.
Other top names featuring in the ensemble film include Jennifer Lopez, Brooklyn Decker, Chris Rock and Dennis Quaid.
It follows the travails of five very different couples as they go through the childbirth process.

And although Cameron has bonded with her baseball star boyfriend Alex Rodriguez's daughters Natasha and Ella, she has in the past refused to rule out becoming a mother.
In 2009 she said: 'I never say never. I don't know what's going to happen.
'I could end up adopting half a dozen kids, or I could end up being the next 'Octo-mom' -- who fricking knows.'


While his girfriend was working Alex Rodriguez was busy doing his bith for charity at a Yankees Unite for Tornado Relief event in New York.
He happily posed with actress JoAnna Garcia and fellow Yankee Nick Swisher as they enjoyed the money-spinning event.




.

"Saya nak pergi jauh........................."


Dia sudah didukung abangnya keluar dari rumah yang terbakar, namun tanpa diketahui apa sebabnya Zulaika Batriesya Mohamad Zafian berpatah masuk semula ke dalam rumah tanpa disedari anggota keluarga ketika keadaan kelam-kabut.
Akibatnya, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu rentung dalam kebakaran memusnahkan rumahnya dan lima kediaman lain di Kampung Sungai Nibong Kechil, Bayan Baru, di sini, kira-kira jam 5.30 pagi semalam.

Ibunya, Munirah Abdullah, 36, berkata Zulaika Batriesya atau lebih mesra dengan panggilan Ika sudah diselamatkan abangnya, Mohd Zulfikar, 15, yang mendukung adiknya yang tidur di ruang tamu dan membawanya keluar ke rumah jiran.
Bagaimanapun, katanya, mangsa yang menghidap sawan berpatah semula ke dalam rumahnya yang ketika itu dijilat api tanpa disedari ahli keluarga.

“Keadaan ketika itu kelam-kabut dan kami sekeluarga berkumpul di rumah jiran, tetapi terkejut apabila mendapati Ika tiada sebelum saya dan ahli keluarga lain mencarinya di sekitar kawasan rumah.

“Luluh hati apabila mendapat tahu mayat anak saya ditemui berhampiran rumah jiran yang hangus dalam kebakaran ini,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan bilik mayat Hospital Balik Pulau (HBP).

Menurutnya, walaupun sedih lebih-lebih lagi mengenangkan Aidilfitri bakal tiba, namun reda dengan pemergian anak ketiga daripada enam adik-beradik itu kerana percaya Allah lebih menyayanginya.

“Sepatutnya kami sekeluarga membeli pakaian raya esok (hari ini), namun takdir mengubah segala-galanya apabila Ika pergi terlebih dulu.

“Ika anak yang baik dan malam tadi kira-kira jam 12 tengah malam, saya bersama suami membawanya ke restoran berhampiran selepas dia memberitahu mahu makan roti canai makanan kegemarannya.

“Lebih menyedihkan, dia seolah-olah tidak sabar menyambut Aidilfitri dan bertanyakan kepada saya sama ada dia boleh menyambutnya esok selepas mendengar bunyi mercun malam tadi,” katanya.

Munirah berkata, mangsa yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bayan Baru sudah dua minggu tidak hadir ke sekolah kerana mengalami masalah kesihatan selain berubah sikap apabila lebih manja dengannya dan suami.

“Ika juga mengajak saya solat berjemaah malam tadi, namun saya memberitahunya saya uzur dan dia solat bersendirian walaupun kiblatnya tidak betul dan agak kelam-kabut.

“Selain itu, dia menyatakan mahu pergi jauh, namun kami tidak faham maksudnya...rupa-rupanya dia mahu meninggalkan kami selama-lamanya hari ini (semalam),” katanya.


Mohd Zulfikar yang juga anak sulung berkata, dia mulanya tercium bau asap sebelum mendengar bunyi letupan cermin.

“Ketika itu, saya berada di bilik tingkat atas dan menyedari rumah terbakar sebelum turun sambil menjerit memberitahu ahli keluarga lain.

“Saya mendukung Ika yang tidur di kusyen ruang tamu manakala ayah dan emak menyelamatkan adik-beradik lain,” katanya.

Sementara itu, suasana di HBP semalam diselubungi rasa pilu sejurus ibu bapa mangsa tiba untuk membuat pengecaman.

Bapa mangsa, Mohd Zafian Zainol, 33, tidak dapat menahan kesedihan kerana arwah manja dengannya.

Beberapa ahli keluarga lain menziarahi mangsa dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Betong, Balik Pulau, kira-kira jam 3 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Rohizad Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6 pagi dan memadamkan api sepenuhnya jam 7.30 pagi.

“Operasi disertai lapan anggota dari Balai Bomba Bayan Baru dan 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak serta dua jentera bomba sukarela dan setakat ini punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.




.

Budak rentung selepas bersahur


Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak sampai seminggu lagi mungkin tidak bererti lagi buat keluarga Mohamad Zafian Zainol, 35.
Ia kerana anak yang disayanginya, Zulaika Batriesya, 9, meninggal dunia dalam kebakaran yang memusnahkan lima buah rumah di perkampungan setinggan di Sungai Nibong Kecil di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu, mangsa ditemui rentung di dalam longkang di tepi rumah jirannya.

Mangsa yang menghidap penyakit sawan sebelum itu diselamatkan kedua ibu bapanya namun dia dipercayai cuba memasuki semula rumah ketika api sedang marak.
Lima lagi adik-beradik mangsa termasuk datuknya berjaya diselamatkan oleh Mohamad Zafian dan isteri.
Mangsa merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

Rumah kayu dua tingkat didiami mangsa dihuni oleh 11 orang daripada dua buah keluarga yang bersaudara.
Keluarga mangsa tinggal di bahagian bawah manakala sebelah atas neneknya.
Menurut nenek saudara mangsa, Rosni Ismail, 57, yang juga tinggal di bahagian atas rumah, mereka sekeluarga baru selesai bersahur sebelum kejadian.

Katanya, sebaik menyedari berlaku kebakaran, dia cuba mengejutkan keluarga Mohamad Zafian yang tidur di ruang tamu dan pada masa berusaha menyelamatkan keenam-enam anaknya.
"Kebakaran berlaku selepas kami selesai bersahur, manakala keluarga mangsa pula difahamkan tidur semula sebelum menunggu masuk azan Subuh.

"Saya berjaya membuka pintu rumah Mohamad Zafian dan ketika itu juga saya cuba mengeluarkan semua penghuni sambil api sedang marak tetapi tidak sedar bila Zulaika masuk semula ke dalam rumahnya," katanya dalam nada sedih ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Nenek mangsa, Rosnah Ibrahim, 55, pula berkata, kali terakhir dia berjumpa Zulaika adalah tiga hari lalu.

"Saya baru keluarkan duit dari bank untuk membeli baju raya untuk Zulaika bersama lima cucu yang lain tetapi impian saya kini berkecai," ujarnya yang cedera di lutut semasa menyelamatkan cucu-cucunya.
Kebakaran itu turut memusnahkan kesemua harta benda miliknya termasuk wang dan barang kemas untuk dipakai di pagi Syawal.

Mayat Zulaika dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat sebelum dituntut bapanya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Betong selepas Asar.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Rohizad Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6 pagi dan tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.

Katanya, seramai 27 anggota dari Balai Bayan Baru dan Jalan Perak serta bomba sukarela berjaya memadam kebakaran sepenuhnya kira-kira 50 minit kemudian.
Siasatan masih dijalankan untuk mencari punca kebakaran termasuk kos kerugian.



.

Arghhh. . . malasnya. .

Selamat bersahur. .

Alhamdulillah, puasa dah tinggal beberapa hari jer ni.
Syukurlah, nampak gayanya, puasa penuh tahun ni, weewuu memang wajib lulu bersyukur lebih tahun ni, ekeke. Setakat ni boleh bertahan lagi walaupun migrain dah kacau dan gasttik dah sibuk, ceh tu semua dugaan jer tu, takkan tergoda. .

Namun demikian, bila diakhir-akhir ramadan ni, terasa malas sangat nak bangun sahur.
Hoh pasti itu sebabnya gastrik. Cubalah juga bangun kan, makan maggie pun dah sedap. Apatah lagi bila maggie tu dimasukkan sebiji telur, masak pastikan kuningannya tak pecah, adeh tetiba terliur lak. Perut dah kenyang ni :)


Semakin dekat nak tinggalkan ramadan, hati jadi sayu.
Bulan yang penuh keberkatan, entah boleh ke melaluinya lagi di tahun depan.?
Semoga umur panjang, amin.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!