Wednesday, August 31, 2011

Line internet laju wei, cepat online...


Weee, ada sedikit kesempatan untuk online, dan meh kita update blog...
Sejak menjelang hari raya, jalan memang sesak dengan kereta dan ramai orang yang cantik kacak memakai baju melayu dan kebaya... Lengkap dengan warna yang pelbagai dan bling-bling, owh sakit mata... Dan ajaibnya, blog menjadi tersangatlah lenggang... Takde orang online eh? Boleh kira dengan jari..ngee...


Dan yang paling bestnya, line tenet laju...wuwuwu...
susah nak dapat keadaan macam ni... Agaknya bila ramai tak online, line jadi laju???
Tapi siyes tak larat sangat nak update blog..
Puasa sebulan (takde pecah...ngee), tapi bila menjelang raya,
cukup raya sehari perut dah senak..
Banyak sangat juadah nak dimakan...
Sedap...huhu....


Google lawa hari ni :)
Selamat Hari Raya, Selamat Hari Kemerdekaan, dan selamat bercuti panjang...




.

Wordless Wednesday







.

Sempena kemerdekaan, siapa pencipta Jalur Gemilang?


Dalam kemeriahan seluruh rakyat Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 hari ini, serentak dengan sambutan Aidilfitri, perasaan terkilan masih bersarang di sanubari keluarga pencipta Jalur Gemilang, Allahyarham Mohamed Hamzah.
Adik bongsu Allahyarham, Abu Bakar Hamzah, 76, berkata, keluarganya bersyukur selepas kerajaan mengesahkan abangnya sebagai pencipta Jalur Gemilang pada 17 Julai 2005, namun pengiktirafan secara zahir daripada pengesahan itu tidak diperoleh bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

“Sudah tujuh tahun Allahyarham disahkan pencipta Bendera Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang, namun hingga kini arwah masih tidak menerima anugerah khas seperti dijanjikan pihak berkuasa. “Lebih menyedihkan, pusara Allahyarham usang termasuk simen di sekelilingnya terkopak, namun tiada pihak tampil membantu membaikinya,” katanya yang ditemui ketika mengunjungi pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dagang, Kebuh Teh di sini, semalam.
Pesara tentera itu berkata, keluarganya selain anak perempuan tunggal Allahyarham yang tinggal di Kuala Lumpur tidak dapat membiayai kos membaik pulih pusara kerana masing-masing tiada pendapatan.

Abu Bakar berkata, sekiranya kerajaan ingin mengenang jasa Allahyarham yang meninggal dunia pada 19 Februari 1993, keluarganya amat berbesar hati, sekurang-kurang membaik pulih pusara Allahyarham.

“Pengesahan Allahyarham sebagai pencipta Jalur Gemilang adalah pengiktirafan, namun apa faedahnya sekiranya tiada sebarang penghargaan diberikan hingga perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.

“Apa salahnya, sedikit keuntungan hasil menjual buku bertajuk ‘Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang’ oleh pihak tertentu sejak beberapa tahun lalu digunakan untuk membaik pulih pusaranya sebagai tanda mengenang jasanya,” katanya.

Sehubungan itu, Abu Bakar berharap permintaan keluarganya diberi perhatian oleh pihak berkaitan bagi membolehkan orang ramai mengenali pusara Allahyarham yang berjasa kepada negara menerusi bendera Malaysia ciptaannya.

Persoalan siapa pencipta bendera Malaysia pertama kali dicetuskan Metro Ahad pada 29 Ogos 2004, beberapa hari menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-47 pada tahun berkenaan.

Selepas beberapa siri laporan berita mengenainya dibuat Metro Ahad dan Harian Metro, beberapa pihak tampil memberi maklumat, antaranya JKR Johor dan Yayasan Warisan Johor sebelum Allahyarham Mohamed dikenal pasti pencipta yang dicari-cari. Hanya selepas hampir setahun kemudian iaitu pada 17 Julai 2005, segala kemusykilan terungkai apabila Datuk Seri Dr Rais Yatim yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan membuat pengumuman rasmi mengesahkan Mohamed pencipta Jalur Gemilang.

Kira-kira dua tahun selepas pengesahan rasmi itu, satu buku bertajuk ‘Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang’ dilancarkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam majlis khas pada 17 Ogos 2007.



.

Dia memang Ratu Pop


Kemunculan penyanyi pop terkenal, Britney Spears ketika Anugerah Muzik Video MTV 2007 sukar dilupakan kerana dia tampil dengan gaya berani iaitu sekadar memakai seluar pendek yang kelihatan seperti seluar dalam selain coli, lapor sebuah akhbar semalam.

Bagaimanapun, semasa berlangsungnya Anugerah Muzik Video MTV tahunan 2011 pada Ahad lalu, Spears berjaya membuktikan bahawa dia masih memiliki kriteria sebagai Ratu Pop.

Penyanyi itu memakai gaun hitam di atas paras lutut dan memberikan senyuman yang berkarisma.

Semasa anugerah muzik itu pada 2007, Spears kelihatan keliru dengan penampilannya selepas dia membotakkan kepala selain memakai coli dan seluar pendek seperti seluar dalam semasa membuat persembahan.
Namun, pada anugerah kali ini, Spears hadir dalam majlis karpet merah itu bersama kekasihnya, Jason Trawick.

Dalam anugerah itu, dia menerima anugerah kategori video pop terbaik selain Anugerah Perintis Michael Jackson.



.

Aidilfitri disambut penuh sayu


Lebih 1,000 penduduk di Mogadishu, Somalia hari ini mengerjakan solat sunat Aidilfitri di Masjid Isbahasyiga, dekat sini selepas sebulan mengerjakan ibadat puasa.
Solat yang turut dihadiri pasukan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia diketuai Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim itu diimamkan oleh imam masjid berkenaan, Sharif Abdul Rahman Ulusow.

Di pekarangan masjid, beratus wanita dan kanak-kanak serta golongan tua berbaris meminta sedekah ekoran kemiskinan lantaran kemarau terburuk yang melanda negara itu sejak tiga tahun lalu.
Keadaan bertambah buruk apabila wujud kumpulan bersenjata seperti al-Shabab yang mengawal sebahagian besar selatan Somalia dan menyekat kemasukan bantuan makanan oleh agensi kemanusiaan.

Sejurus selepas solat, pasukan misi kemanusiaan Malaysia mengagih-agihkan bantuan seperti kopiah, biskut, kurma, tudung dan kain pelikat.
Abdul Azeez turut menyerahkan bantuan wang tunai sebanyak AS$2,000 (RM6,000) kepada imam masjid berkenaan.
Bagaimanapun, pasukan berkenaan kemudiannya diserbu lebih 5,000 penduduk yang berasak-asak untuk mendapatkan bantuan.

Bagi pasukan yang mengikuti misi itu termasuk media, Aidilfitri disambut secara sederhana di tempat penginapan di Hotel Nasahablood yang terletak kira-kira satu kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Abdulle.
Sementara itu, beberapa generasi muda ketika ditemui di pekarangan masjid melahirkan harapan untuk melihat Somalia kembali menjadi negara yang aman dan makmur.
Menurut Abdul Salam Hussein, 19, beliau belum mendapat pekerjaan untuk menyara keluarganya.

''Hidup semakin susah. Saya mahu belajar. Saya mahu menjadi guru. Keadaan di Somalia bagaikan bukan sebuah negara. Nampak tenang tetapi bergolak.
''Kami mahukan keamanan dan kesejahteraan. Sampai bila kami mahu hidup melarat. Rakyat Malaysia sangat beruntung kerana memiliki negara yang aman sehingga mampu membantu kami di sini.
''Saya mahu ke Malaysia. Mungkin di sana dapat belajar dengan sempurna dan mencari pekerjaan yang baik serta mampu menyara hidup keluarga saya di sini," katanya.

Bagi rakannya, Abdul Rahman Eidow Omar, 15, sempena sambutan Aidilfitri ini, Somalia perlu kembali aman kerana penduduk di sini sudah 'letih' hidup melarat.
''Saya mahu menjadi doktor. Saya mahu Somalia aman. Saya masih muda. Sampai bila mahu hidup sebegini?" soalnya yang bersekolah di Al Masal Secondary School.

Abdul Rahman berkata, beliau juga mahu ke Malaysia yang merupakan sebuah negara yang aman.
Pasukan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia tiba di Mogadishu semalam selepas menempuh penerbangan selama 24 jam menerusi pesawat Charlie 130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Pasukan tersebut turut membawa 7.5 tan bantuan berupa ubat-ubatan, makanan serta pakaian.



.

Rindu di Hari Raya

JATUH bangun Saleem atau pemilik nama sebenar, Salim Abdul Majeed, 50, dalam dunia seni suara tanah air tidak pernah melunturkan semangatnya untuk menjadi insan yang lebih baik pada hari ini.
Biar seribu dugaan dalam kehidupan terpaksa dilaluinya namun pelantun lagu Bukan Aku Tak Cinta ini mengakui, hati kecilnya tersentuh setiap kali mendengar takbir di pagi Syawal.

Kata bekas vokalis kumpulan Iklim yang telah mengorak langkah sebagai penyanyi solo menerusi album Maaf/Juwita pada tahun 1998 ini, tiada siapa yang dapat memahami perasaan dan penyesalan kerana berpisah dengan lima zuriatnya hasil perkahwinan pertamanya dahulu.
“Kalau boleh, di hari baik bulan baik ini, saya tidak mahu bercerita pasal perkara itu kerana akan dikatakan mengungkit.

“Cuma saya akui ada rasa rindu tetapi jurang yang wujud di antara saya dengan anak-anak saya itu amat besar. Inilah tragedi dalam kehidupan saya.
“Hari ini, saya bersyukur kerana masih ada keluarga bahagia. Saya mempunyai isteri dan seorang lagi anak yang sentiasa mendampingi saya,” kata penyanyi bersuara serak-serak basah yang hadir ke Studio Utusan untuk sesi fotografi sempena Hari Raya baru-baru ini.

Biarpun hari ini Saleem yang mengahwini Juriah Bachok, 47, dan dikurniakan dengan seorang anak lelaki berusia tujuh tahun, namun kerinduan Saleem untuk berhari raya dengan lima lagi anak-anaknya masih tebal dan tidak pernah pudar.
“Ada waktunya saya tidak mahu memikirkan tentang anak-anak yang lain tetapi sebagai seorang ayah, saya tidak dapat melupakan mereka terutamanya ketika membuat persiapan raya.

“Bukan saya tidak mahu menjadi ayah yang baik kepada mereka tetapi perpisahan yang terjadi atas kesilapan sendiri membuatkan saya tidak rapat dengan mereka dan tidak kenal mereka.
“Bagi memujuk hati, kehadiran Mohd. Amirulmukminin, anak daripada perkahwinan kedua saya membuatkan kesepian dan kerinduan di hati sedikit sebanyak terubat juga.
“Jika tidak, entah di mana dan bagaimana keadaan saya hari ini,” luahnya.

Menyedari hakikat dirinya tidak begitu rapat dengan lima lagi anaknya yang lain, pelantun lagu malar segar Suci Dalam Debu ini mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada Amirulmukminin.
“Mirul (panggilan manja) adalah segala-galanya bagi saya kerana kehadirannya dalam hidup saya bukan setakat sebagai penyeri tetapi lebih daripada itu.
“Maka itulah, persiapan hari raya adalah untuknya. Baju Melayu baru Mirul mesti ada sekurang-kurangnya dua pasang.

“Saya tidak kisah jika memakai baju lama tetapi isteri saya, Juriah akan memastikan kami sekeluarga mempunyai pakaian baru dan selalunya, kami pakai warna sedondon.
“Saya tidak begitu beri perhatian tentang persiapan raya kerana segala-galanya diuruskan oleh Juriah. Saya akur sahaja,” katanya.




.

Hidup Setelah 'Mati'


Orangtuanya menangis haru ketika melihat Alfie Davies boleh merayakan ulang tahun pertama. Masih teringat ketika Alfie hampir kehilangan nyawa di usia 21 hari.

Lahir pramatang ketika usia janin masih tujuh bulan, Alfie sempat kehilangan fungsi jantung selama sejam di inkubator. Dia mengalami serangan jantung sehari setelah doktor melakukan pembedahan untuk memperbaiki gangguan diagfragma.

Raquel Clempson, si ibu, masih teringat peristiwa mengerikan yang terjadi tahun lalu. Ketika itu, dia sudah pasrah jika harus kehilangan buah hatinya yang sangat comel. "Monitor memperlihatkan jantungnya sudah berhenti bernafas dan petugas media terus berjuang menyelamatkan nyawanya," ujar wanita usia 30 tahun itu.

Tidak hanya keluarga, petugas media juga tidak menyangka Alfie selamat dan boleh merayakan ulang tahun pertamanya dengan ceria. Ramai yang menggelarnya bayi ajaib. "Kami benar-benar beruntung dan berterima kasih pada Tuhan kerana setelah serangan jantung itu tidak ada kerosakkan pada otaknya," ujar si ibu.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!