Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya dari Lulu Caldina :)



Assalammualaikum..
Buat semua pembaca Lulu-Pages, juga follower yang setia menemani blog ni,
Lulu, bagi pihak Lulu-Pages, dengan ini 
(adeh macam nak buat pengumuman hari raya lak).. 
mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.... 


Mohon maaf seandainya ada tersilap kata, bahasa selama ni...
Tanpa disedari terguris hati...
Andai ada hasil tulisan yang serba kurang lengkap...
Maafkanlah lulu eh...
Percayalah lulu memang budak baik..ekeke


Sepanjang hari perayaan ni, berhati-hatilah dengan keselamatan diri sendiri, 
keluarga dan anak-anak..
Pastikan rumah dikunci jika ditinggalkan...
memandulah dengan selamat... Tak berbaloi jika terlibat dengan kemalangan 
dan kehilangan orang tersayang..
betul tak??? dan yang ni yang paling penting....
Dalam beraya, jangan lupa belek Lulu-Pages tau..
Akan tetap ber-update walaupun ketika perayaaan...ngee



Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Mohon maaf zahir dan batin...




.

Ramping di hari raya


Pelakon terkenal, Kate Winslet, 35, memakai gaun yang boleh memperdayakan pandangan mata orang ramai yang melihat bentuk tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Winslet memakai pakaian itu semasa dia menghadiri Festival Filem Venice Ke-68 di sini kelmarin.
Dia memakai pakaian ciptaan pereka Britain, Stella McCatney yang menyebabkan orang ramai akan melihat aktres tersebut memiliki pinggang yang amat ramping.


Gaun yang dipakai Winslet itu berwarna cerah di bahagian depan manakala bahagian belakangnya mempunyai warna hitam.



.

Akhirnya... cinta kami bersatu

WANITA ini sedang menghitung hari bahagia. Lima hari lagi dia bakal bergelar isteri kepada penerbit Heykal Hanifah. Seperti kebanyakan bakal pengantin baru lain, dia berada dalam debaran menanti saat disatukan pada 9 September ini.

Tarikh itu bakal mengubah seluruh kehidupan pelakon Faezah Elai. Sekali gus dia berharap agar dapat memadam semua tohmahan jahat dan fitnah mengatakan dia adalah perampas suami orang.
“Saya membina masjid di bulan Syawal semata-mata untuk mencari keredaan dalam perkahwinan kami. Mahu juga menjernihkan segala sengketa,” bicara awal wanita ini membius bahagia.

Dewan Platino Condominium Pulau Pinang bakal menyaksikan segalanya. Acara yang berlangsung selepas solat Jumaat itu juga tak punya ramai jemputan. Hanya sanak saudara dan rakan terdekat saja dipelawa datang.

“Biarlah keramaian ini dikongsi bersama ahli keluarga dahulu. Kemudian disusuli dengan majlis resepsi bulan November nanti. Saya harap agar semua pihak memahami,” sambungnya menyentuh aturcara majlis perkahwinannya itu.

Seri pengantin pada wajah wanita berusia 29 tahun ini semakin kelihatan tatkala menyentuh tentang keistimewaan bakal suaminya. Biarpun wujud watak ‘kasar’ dalam diri Faezah, namun seakan terpadam tatkala mengulas soal hatinya.
Tidak mahu mengulas panjang, pelakon filem Tanda Putera ini punya alasan kukuh memilih lelaki berasal dari Pulau Pinang dan membesar di Kulim Kedah itu.

“Dia bukan macam kebanyakan lelaki yang pernah saya temui, dia lelaki terbaik yang menawan. Terus terang, saya bukan bijak untuk berbicara tentang soal hati secara terbuka, risau ada yang salah erti pula.
“Tambahan pula soal pasangan hidup ini banyak melibatkan urusan Maha Maha Esa. Saya tak berhak nak ulas panjang,” katanya jujur.

Ditanya mengapa Faezah lebih berminat untuk memberi perhatian di kalangan orang di belakang produksi berbanding pelakon, dia hanya menyungging senyuman.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini memberitahu banyak risiko yang perlu diambil andai bersuamikan seorang pelakon. Tidak perlu jauh-jauh, tengok saja cara kehidupan anak seni yang ‘tidak menentu’ sepertinya. Bimbang keputusan untuk bersatu hidup bakal mewujudkan pelbagai masalah kelak.

Dalam pada itu, pelakon filem Cun ini juga menolak dakwaan mengatakan dia adalah seorang terdesak dalam mendirikan rumah tangga. Tambahan sebelum ini dia pernah mengatakan impian untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun.
“Sekali lagi, ini adalah jodoh. Saya reda dengan ketentuan Ilahi. Tak ada apa yang nak diulas lagi,” ringkasnya di hujung perbualan.


.

Father allows his daughter, FOUR, to take the wheel of family car along busy city road



Speeding along a busy city highway skillfully negotiating traffic, this motorist would not have looked out of the ordinary to pedestrians from a distance.
But video footage of the tiny driver shows the girl put behind the wheel by her parents is, amazingly, a four-year-old child.
The youngster may be barely old enough to ride a bike or big enough to see over the steering wheel, but her parents nonetheless allowed her to drive the car along the freeway in Jinal, Shandong Province, China.

The two-minute video shows the girl, who appears to be called Jia Zheng, speeding calmly along the road and even overtaking other vehicles.
At one point in the footage, she mistakenly queues in the left turn lane before carefully turning the wheel to change into the neighbouring lane and continue.

After several minutes a man is heard saying: 'Jia Zheng, stop the car. Let daddy drive.'
The man then jumps out of the car and slides into the driving seat.
He is even seen removing an implement from under the seat that the youngster has used to control the accelerator and brake.



.

Perlu bantuan


Masih ingatkah anda kepada Mohd. Azizi Khalib, remaja yang terselamat daripada kemalangan tragis pada 2009, tetapi terpaksa menempuh penderitaan termasuk hilang ingatan selepas sebahagian daripada tempurung kepalanya terpaksa dibuang.
Selepas berjaya melepasi saat-saat genting pembedahan memasang tempurung kepala pada 6 Julai 2009, harapan Mohd. Azizi, 19, untuk pulih kembali cerah sekali gus menceriakan seluruh ahli keluarganya.

Bagaimanapun, selepas dua tahun berlalu, keluarga remaja malang ini kembali dalam dilema apabila dimaklumkan tempurung kepala yang dipasang tidak dapat berfungsi dengan baik dan terpaksa diganti dengan tempurung palsu.
Ibu Azizi, Roslina Che Ros, 41, berkata, berita terbaharu itu membuatkan dia bingung memikirkan nasib anaknya itu.

"Azizi sepatutnya menjalani pembedahan itu pada Jun lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana kami tidak mampu menyediakan wang pendahuluan RM2,000 untuk menampung kos pembedahan.
"Sebelum ini saya telah membuat permohonan meminta bantuan kepada Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang, tetapi sehingga kini saya tidak tahu apa perkembangannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Petani di sini, baru-baru ini.

Sebuah akhbar pernah menyiarkan kisah Azizi yang cedera parah setelah motosikal yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 3 Mac 2009 sehingga menyebabkan dia mengalami pendarahan otak sebelum tempurung kepalanya terpaksa dibuang.

Ketika ramai tidak yakin Azizi mampu bertahan, remaja itu berjaya menjalani pembedahan kritikal memasang semula tempurung kepalanya di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Jun 2009 sehingga dia dikenali dengan julukan remaja 'kepala ajaib'.
Roslina memberitahu, doktor dari HPP masih belum memutuskan berapakah kos terkini bagi pembedahan tersebut kerana tarikh baru untuk membolehkan Azizi dibedah belum ditentukan lagi.



.

Darahnya manis


Siti Suhana Saadon, 27, yang menggemparkan negara empat tahun lalu apabila beberapa objek keras seperti kristal keluar dari celah ibu jari kaki kirinya kini berdarah manis.

Gadis berkenaan tidak lagi terlalu memikirkan kejadian aneh yang menimpanya itu, sebaliknya dia sekarang sibuk menghitung hari menunggu ketibaan tarikh 11 November ini bagi melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya yang hanya mahu dikenali sebagai Jefri, 29.

Dia berkenalan dengan lelaki itu sejak April tahun lalu semasa menghadiri majlis kenduri di rumah ibu saudara Jefri. Pasangan itu bertunang pada 8 Ogos tahun lalu.

“Jefri tahu pasal kejadian aneh yang menimpa saya, namun dia tidak kisah. Kami tidak pernah berbual mengenainya,” kata Siti Suhana ketika ditemui di rumahnya di Durian Tunggal di sini baru-baru ini.

Mengenai kehidupannya selepas empat tahun kisahnya tersebar, Siti Suhana berkata, dia sekarang dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang berbanding dahulu.




.

Budak ditemui mati lemas


Kemeriahan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri sebuah keluarga dari Taman Sri Sanglang di sini bertukar menjadi duka apabila anak bongsu mereka maut selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Masjid, Kuala Sanglang di sini, semalam.

Mangsa, Syabil Syakirin Jasmi, 5, dipercayai gagal mengawal basikal yang ditunggangnya sewaktu berada di atas jambatan kecil di kampung itu yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka sebelum terjatuh ke dalam sungai pada pukul 2.30 petang.

Bapa mangsa, Jasmi Ludin, 39, berkata, anggota keluarganya tidak menyedari Syabil Syakirin keluar dari rumah sehingga dia dimaklumkan oleh anak sulungnya, Nur Syafaa, 8, tentang kehilangan anaknya itu.
Menurutnya, dia kemudian mencari Syabil Syakirin di sekitar kawasan berhampiran sebelum menerima panggilan telefon dari seorang rakan yang memberitahu ternampak selipar dan basikal dipercayai milik anaknya di atas jambatan tersebut.

"Sewaktu saya bergegas ke sana, Syabil Syakirin sudah pun dikejarkan ke klinik berhampiran oleh orang kampung sebelum dibawa ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar untuk rawatan.
"Saya diberitahu dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke klinik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Jasmi yang merupakan seorang peniaga ikan, arwah anaknya itu sering bermain di kawasan rumah selain kerap berbasikal ke setor simpanan ikannya berhampiran jambatan berkenaan yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.
"Saya sedih kehilangan Syabil lebih-lebih lagi ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri masih meriah, namun reda kerana ia adalah ketentuan Ilahi," ujarnya sayu.

Sementara itu, saksi, Kamarudin Othman, 48, memberitahu, dia tergerak hati untuk mengetahui dengan lebih lanjut selepas menemui sebuah basikal tanpa pemilik di atas jambatan berkenaan.
Katanya, dia ternampak selipar kanak-kanak di dalam sungai lalu menghubungi abangnya, Zakaria, 54, untuk membantu menyelam ke dasar sungai itu sehingga menemui anak rakannya.



.

"Saya reda, terima ketentuan-Nya"


Isteri Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, jurukamera BernamaTV yang terkorban akibat tembakan peluru sesat semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia, malam tadi, reda dengan ketentuan Ilahi dan menganggapnya sebagai qada dan qadar Allah SWT.
Norazrina Jaafar, 37, berkata, malah dia tidak pernah menyesal Allahyarham suaminya itu memilih bidang kewartawanan sebagai kariernya kerana semua berlaku sudah ditentukan-Nya.

"Saya reda dengan pemergian suami kerana ia sudah ditentukan dan akan menerima segala ketentuan-Nya dengan hati yang tabah," kata ibu kepada dua cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham, Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3, ketika ditemui di rumah ibunya di Taman Sentosa di sini, hari ini.
Menurut Norazrina, persiapan menyambut kedatangan Syawal dibeli suaminya pada awal Ramadan lalu kini tinggal kenangan dan menjadi 'hadiah' terakhir buat dia dan anak-anaknya.

"Kali terakhir kami berjumpa adalah pada bulan puasa lalu dan dengan pemergiannya itu saya akan memikul segala tanggungjawab menjaga anak-anak kami.
"Semasa hayatnya Allahyarham tidak pernah menolak jika diarahkan (membuat liputan) ke mana-mana," katanya lagi.

Kejadian berlaku semasa Noramfaizul dan rakan-rakan media elektronik lain membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar bahan berita.

Tembakan dipercayai ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita, namun tersasar dan mengenainya yang duduk berdekatan tingkap, menyebabkan kecederaan pada bahu dan paru-paru sebelum meninggal dunia pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (pukul 12.40 tengah hari waktu Malaysia).

Sementara itu, abang iparnya, Faizul Azmi Jaafar, 41, berkata, Allahyarham merupakan seorang yang baik hati, bertanggungjawab, disenangi ramai serta tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum berlepas ke Somalia.

Tambahnya, ia merupakan kali kedua Noramfaizul tidak beraya bersama keluarganya kerana terpaksa bertugas membuat liputan di Palestin pada tahun lalu dan pemergiannya itu sangat dirasai oleh seluruh anggota keluarga.




.

‘Arwah terkulai di bahu saya’


Malang tidak berbau. Walaupun jarak perjalanan yang perlu ditempuhi oleh sebahagian petugas media dalam misi bantuan di Somalia sebelum diserang hendap semalam hanya tiga minit, namun tempoh itu tetap merupakan antara yang paling panjang yang pernah dilalui oleh jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan.
Ini kerana dalam perjalanan tiga minit itulah mereka ditembak sekurang-kurangnya dua kali dan salah satu daripadanya mengorbankan rakannya, jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, yang juga ketua pasukan media yang bertugas dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia.

Menurut Aji Saregar, ketika kejadian, beliau dan Noramfaizul berada dalam kenderaan terakhir daripada tiga kenderaan yang bergerak dari hotel penginapan petugas media elektronik menuju ke hotel yang menempatkan petugas media cetak dan penulis blog.
“Sebelum memasuki pekarangan hotel itu dari hotel kami, saya terdengar bunyi tembakan dan sedar saya sendiri terkena tembakan di bahagian lengan kanan.


“Dalam kesakitan, saya memberitahu Noramfaizul bahawa kami diserang tetapi arwah tiba-tiba terkulai di bahu kanan saya. Saya dapat melihat bahu kanan arwah berlubang dan dia berada dalam kesakitan yang amat sangat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Aji Saregar menceritakan detik-detik cemas itu sebelum menaiki pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Mogadishu untuk pulang ke tanah air bersama jenazah Allahyarham Noramfaizul serta kesemua petugas media dan sukarelawan misi berkenaan.


Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan itu (10.30 malam tadi waktu Malaysia), konvoi tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan tentera kerajaan Somalia ditembak oleh penyerang tidak dikenali kira-kira 200 meter sebelum memasuki hotel berkenaan.

Tembakan yang terkena bahu kanan Noramfaizul itu dilaporkan menembusi paru-parunya dan menyebabkan Allahyarham meninggal dunia ketika dirawat di hospital berdekatan kira-kira pukul 6.07 petang waktu tempatan sementara Aji Saregar hanya cedera di lengan.



 P/S - Al-Fatihah...



.

Cuba tengok ni..


Memang ada banyak cara untuk mencipta karya seni visual, dan banyak juga media yang boleh dipilih sebagai tempat menunjukkan kreativiti itu. Seniman yang tinggal di Australia, Jun Gil Park, memilih kulit pisang.

Agak kreatif kerja tangan Jun Gil Park, sedangkan ramai yang tidak mengendahkan kulit pisang sebaik memakan pisangnya...


 Agaknya bagaimana dia mengekalkan 'lukisan' itu, sebab kulit pisang senang buruk kan..




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!