Wednesday, September 14, 2011

Kemalangan ngeri


Sebelas terbunuh manakala 212 lagi cedera apabila kereta api merempuh sebuah bas sebelum dilanggar satu lagi kereta api di stesen pinggir bandar barat daya Buenos Aires, semalam.

Anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit dari celah gerabak yang remuk untuk dibawa ke hospital berhampiran.

Polis berkata, setakat ini 11 orang disahkan maut manakala 30 yang lain parah dan kemungkinan angka kematian akan meningkat.
Setiausaha Pengangkutan Argentina, Juan Pablo Schiavi menyifatkan nahas itu adalah yang terburuk dan membabitkan korban paling ramai.

Nahas berlaku jam 7 pagi waktu tempatan apabila ribuan penumpang kereta api bergegas untuk ke tempat kerja di Daerah Flores.

"Sebuah kereta api yang memasuki stesen Flores merempuh sebuah bas di Laluan 92 dengan mengheretnya di sepanjang platform,” kata Gustavo Gago, jurucakap pengendali kereta api Buenos Aires.

“Pada masa yang sama, satu lagi kereta api memasuki stesen dan melanggar bas berkenaan," katanya. -



.

Keliru, nak kahwin ke tak..


Pelakon Watie (Elite) mengakui sedang keliru sama ada ingin meneruskan hasrat untuk berumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Joey ataupun tidak kerana tertekan dengan tohmahan sesetengah pihak terhadapnya.
Watie turut mengakui amat kecewa dengan tuduhan orang yang mengaitkannya sebagai dalang kepada keretakan rumah tangga Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daudwalaupun kes penceraian pelakon itu dengan bekas isterinya, Noraini Mohamad Nasir sudah selesai.

"Apa yang boleh saya katakan buat masa ini saya sedang buntu dan keliru sama ada ingin meneruskan hubungan dengan dia (Joey) ataupun tidak.
"Joey tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi kebuntuan ini datang daripada diri saya sendiri mengenangkan tohmahan orang sekeliling yang turut membuatkan saya berfikir kembali sama ada ingin meneruskan hubungan atau tidak," ujarnya.
Watie ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri 13 episod lakonannya berjudul "Cuak" untuk siaran Astro Ceria di sini, Selasa.

Watie berkata Joey mengetahui tekanan yang dialaminya dan tidak pernah memaksa dia untuk membuat sebarang keputusan berkahwin dalam waktu terdekat.
"Saya sebenarnya bertuah kerana Joey seorang lelaki yang baik dan memahami keadaan saya walaupun ketika ini saya belenggu tentang hubungan kami tetapi dia tetap memberi sokongan kepada saya," katanya.
Dalam pada itu, Watie memberitahu dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai segala tuduhan dilemparkan kepadanya kerana sudi lali dilanda pelbagai kontroversi.

"Jika saya menjawab segala tuduhan tersebut ia tidak akan berakhir. Pengalaman hampir 17 tahun dalam industri ini menyebabkan saya rasa lebih baik berdiam diri," ujarnya.
Sementara itu, Watie turut menafikan khabar angin mengatakan dia dan Joey telah berkahwin sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak tetapi tidak menafikan pernah merancang untuk bernikah pada Ramadan lalu.

"Sepatutnya saya dan Joey bernikah pada Ramadan lalu tetapi apabila terbaca satu laporan di dalam akhbar yang menuduh saya bukan-bukan, terus kami batalkan hasrat tersebut.
"Tetapi buat masa ini kami masih belum berkahwin dan jika perkara itu terjadi saya akan hebahkan kepada semua," ujarnya.



.

Lawa seh... Boleh tak tengok jer tak payah sentuh??


Semuanya tentu kenal ais krim,
makanan dingin nan lembut yang boleh menyejukkan badan dikala cuaca panas..


Namun demikian, ais krim yang kita makan selalunya tidak secantik ini..


Bila dihiasi sebegini kreatif, sebegini cantik, boleh tak sekadar tengok tak payah sentuh??


Sayang wey.....................





.

Habis terbakar...


Tiga buah rumah kedai sederet hangus dalam satu kebakaran di pekan Mambau, dekat sini, pagi tadi, yang melibatkan kerugian kira-kira RM500,000, kata Pegawai Operasi Bomba Negeri, Ahmad Nizam Sapaiee.

Beliau berkata, kebakaran itu melibatkan tiga buah rumah kedai di mana dua daripadanya musnah sama sekali manakala sebuah lagi hangus 70 peratus.

Menurutnya, tujuh buah jentera bomba termasuk dua lori tangki air dari Seremban, Seremban 2, Senawang dan Teluk Kemang dengan 40 anggota berjaya memadamkan kebakaran itu sepenuhnya pada kira-kira jam 7.25 pagi.
Bomba menghadapi kesukaran dalam memadamkan api berikutan tekanan air rendah, katanya.

Tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran masih disiasat, katanya.



.

First look at a pregnant and dying Bella in brand new Breaking Dawn footage



Previously unseen footage of pregnant Bella Swan dying has finally been revealed to Twilight fans.
An extended theatrical trailer for Break Dawn: Part 1 was released today with the the scenes of sickly, frail Bella (Kristen Stewart) fighting for her life and her baby.
The dramatic two and a half minute trailer opens with Bella trying to calm her nerves before her walk down the aisle.


Clutching her father Charlie's arm, she says, 'Just don't let me fall Dad.'
She says her vows with Edward (Robert Pattinson) in a breathtaking setting, with the Cullen family proudly looking on.
Bella's happiness is stalled as a dishevelled and distraught Jacob arrives to say his final goodbye before Bella leaves as a married woman - soon to be transformed into a vampire.


The best friends are seen dancing alone in the dark as heartbroken Jacob tells her: 'This is how I'll remember you - pink cheeks, heartbeat. You'd think I'd be used to telling you goodbye by now.'
A brief glimpse of the newlyweds' blissful honeymoon and wedding night is shown.
Edward's strength breaks the bed frame in the throes of passion; he tells his wife the next morning that 'last night was the best night of my existence.'


But their honeymoon period is short lived before they discover Bella is pregnant with a half human, half vampire baby.
Bella's health rapidly deteriorates and she is shown looking deathly pale and thin as Dr Cullen informs her that her heart will give out before she can deliver her child.
As Bella fights to protect her baby and live long enough to deliver it healthily, the wolves hear of the unborn child and decide it is a threat.

Pack leader Sam is shown telling them: 'We don't know what they've bred, we have to protect the tribe before it's too late.'
Jacob defects to warn the Cullens that a war is coming for them. 'Bella will be slaughtered,' he tells them.
The nail-biting preview ends with Bella collapsing, and Edward and Jacob rushing to save her life and deliver the baby.



.

Wordless Wednesday






















Still syawal maa....
SELAMAT HARI RAYA ;)




.

Anak Tikam Ibu Dan Bapa


Sepasang suami isteri mati ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini malam Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun turut menikam kakaknya.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di dada.
Katanya mayat Yew ditemui terbaring di bilik tidur, manakala Chu ditemui terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah tersebut.
Kakak mangsa yang berusia 37 tahun mengalami cedera parah akibat ditikam diperut dan kini dirawat di Hospital Duchees of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil, katanya di sini, Rabu.

Rowell berkata dari laporan awal yang diterima, kejadian berlaku selepas lelaki itu dikatakan naik berang selepas bapanya tidak membenarkan permintaannya untuk menjual rumah yang mereka diami itu.
Katanya lelaki itu ingin menjual rumah mereka untuk mendapatkan modal berniaga dan dia diberitahu oleh bapanya bahawa nama pemilikan rumah itu sudah dipindahkan kepada kakaknya.
Beliau berkata lelaki itu yang bekerja sebagai penanam sayur sebelum ini pernah mengugut mahu menikam ibu dan bapanya kerana tidak menunaikan permintaannya itu.

Menurutnya lelaki itu melarikan diri selepas kejadian itu dan polis berjaya menangkapnya selepas dia datang semula ke rumah itu dengan menaiki sebuah kereta.
Katanya sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu turut ditemui di ruang tamu rumah tersebut.



.

Tak boleh jamah makanan


JIKA dilihat pada zahirnya dia sama seperti kanak-kanak lain. Membesar dengan sempurna, keletah dan manja serta memiliki kulit cerah tanpa sebarang cela.
Hakikatnya tiada siapa tahu kanak-kanak ini mempunyai penyakit ‘misteri’ iaitu tidak boleh menjamah makanan sejak dilahirkan.
Akibatnya, Muhammad Daniel Mohd Idham, 10, hanya bergantung sepenuhnya kepada susu tepung yang dibancuh di dalam cawan atau minum Milo dan soya untuk meneruskan hidup.

Walaupun diumpan dengan segala makanan yang sedap dan enak, anak pertama daripada dua beradik ini langsung tidak teruja. Malah boleh dikatakan makan tiada dalam kamus hidupnya atau tidak pernah diprogramkan dalam otak Daniel.
 Menurut ibunya, Shuhaila Saidon, 37, Daniel akan menolak apabila disuruh makan. Pernah satu ketika Daniel muntah-muntah apabila melihat iklan makanan ringan di televisyen. Bagi Daniel, makan tidak penting dan dia langsung tiada nafsu ke arah itu.

Ketika sedang menikmati segelas susu, penulis bertanya kepada Daniel, apakah rasa Milo? Dia lalu memberitahu rasanya sedap, masin dan berlemak. Itulah saja gambaran rasa bagi Daniel, dia tidak pernah menyebut deria rasa yang lain.

Malah ada pakar perubatan yang ditemui Shuhaila memberitahu kemungkinan Daniel mempunyai masalah saraf yang menyebabkan dia tidak mempunyai deria rasa seperti orang lain.

“Mungkin ada kebenarannya kerana pernah satu ketika Daniel yang pernah diberi minum air Laut Mati dari Makkah mengatakan minuman itu sedap sehingga dia menjilatnya berkali-kali sedangkan rasanya terlalu masin sehingga tidak mampu ditelan orang lain,” jelas Shuhaila.

Menceritakan detik bagaimana mengandungkan Daniel, menurut Shuhaila, dia tidak mengalami sebarang alahan atau perkara pelik ketika mengandung. Namun disebabkan mengalami masalah uri di bawah, Daniel dilahirkan sebagai bayi pramatang pada 12 Oktober 2001 di Hospital Selayang, Selangor. Ini menyebabkan dia bergantung kepada mesin inkubator selama 10 hari.

Namun, Daniel mudah dijaga dan tidak banyak kerenah. Seperti kanak-kanak lain, ketika empat bulan Daniel diberi makan tetapi dia tidak dapat menerimanya sehinggalah usianya mencecah setahun dan Daniel langsung tidak boleh merasa sebarang jenis makanan.

“Kami sekeluarga mula menyedari keganjilan Daniel seawal usia empat bulan apabila dia meluahkan apa saja makanan yang disuap ke mulutnya. Saya juga sudah mencuba banyak cara agar dia menelan makanan seperti memasukkan makanan pejal yang dikisar halus ke dalam botol susu tetapi semua tidak berhasil.

“Setahun saya berulang-alik ke klinik dan doktor yang merawat Daniel memberitahu ini perkara biasa bagi kanak-kanak dan hanya berkaitan psikologi. Apabila usianya meningkat, dia akan berubah dan gemar kepada makanan.

“Selepas usia Daniel menjangkau tiga tahun, saya membawanya berjumpa pakar kanak-kanak. Namun masih sama, dia menunjukkan perlakuan seperti jijik pada makanan,” katanya.

Sebagai ibu, Shuhaila bimbang memikirkan perkembangan Daniel. Walaupun ada yang berkata, buat apa risau sedangkan Daniel sihat namun naluri keibuannya tidak tenang. Lebih-lebih lagi apabila memikirkan sejak tiga tahun lalu kesihatan Daniel semakin merosot. Dia mudah penat, kerap asma dan gastrik yang teruk sehingga adakalanya tidak dapat ke sekolah. Sudah tentu ini mengganggu pembelajaran Daniel di sekolah.

“Jika berada di luar, Daniel ibarat tidak cukup oksigen. Nafasnya tercungap-cungap kepenatan. Sebab itu dia langsung tidak boleh melakukan sebarang aktiviti luar bilik darjah. Di sekolah saya meminta guru memantau pergerakan Daniel dan tidak membenarkannya menyertai aktiviti sukan.

“Pernah dia cuba berpuasa tetapi tidak sampai ke petang Daniel pitam. Sejak itu saya tidak pernah menyuruhnya berpuasa lagi,” katanya ketika ditemui di Kuala Kubu Baru, baru-baru ini.

Oleh kerana tidak makan di sekolah, Daniel hanya dibekalkan susu serta Milo. Namun dalam keadaan cuaca panas Daniel memerlukan jumlah cecair yang banyak untuk dia kekal bertenaga sepanjang hari.

Sebab itu satu tin susu 900 gram yang berharga RM70 hanya bertahan untuk satu setengah hari saja. Malah pada usia 10 tahun, jadual minum susu dalam kadar tidak menentu. Dia akan minum apabila lapar, adakalanya sehingga berbelas kali sehari. Ini menyebabkan doktor memberitahu kemungkinan buah pinggang Daniel akan rosak disebabkan kadar minum yang tidak menentu.

“Ketika berusia tujuh tahun, Daniel mengambil susu tidak kurang 16 kali sehari dengan kuantiti 250 mililiter setiap kali pengambilan. Apabila usia meningkat, jumlah susu semakin bertambah dan dia minum tanpa mengikut jadual sehingga mencecah puluhan kali sehari.

“Saya bimbang memikirkan keadaan Daniel kerana sehingga setakat ini, tiada cara atau rawatan dilakukan ke atasnya disebabkan pakar perubatan tidak dapat mengesan puncanya. Jika ini berlarutan, ia akan menjejaskan kesihatan Daniel,” ujar Shuhaila.

Shuhaila memberitahu, bagi memantau perkembangan Daniel, dia sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat perbankan semata-mata untuk memastikan kesihatan anaknya. Pada masa sama, pelbagai kaedah perubatan sama ada moden atau tradisional dicuba namun tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Dia juga banyak mendapatkan maklumat menerusi Internet mengenai penyakit yang menimpa Daniel. Dari situ, Shuhaila banyak belajar mengenai istilah dalam bidang perubatan yang selama ini tidak pernah diketahuinya.

Oleh kerana kes ini jarang berlaku di Malaysia, Shuhaila menerima maklum balas daripada masyarakat yang meminta dia bersyukur dan menerima keadaan Daniel seadanya kerana Daniel sihat dan tidak sakit.

“Malah ramai pula berkata, saya beruntung kerana anak tidak makan dan ini menjimatkan kos. Pada saya perbelanjaan Daniel tidak penting kerana kami sanggup melakukan apa saja asalkan Daniel pulih seperti kanak-kanak lain. Saya dan suami tidak sampai hati melihat keadaannya. Bayangkan jika ini berterusan untuk 10 tahun akan datang?” katanya.


Bagi menampung pendapatan suami, Mohd Idham Atan, 36, Shuhaila melakukan kerja sambilan seperti membuat pembungkusan hamper dan katering di kawasan perumahan. Sekurang-kurangnya duit itu dapat digunakan bagi membeli susu Daniel.

“Walaupun saya tidak perlu menyediakan makanan untuk Daniel, kos untuk membeli susu sangat mahal,” katanya.

Melihat keadaan anaknya yang adakalanya pucat tidak bermaya dan tidak boleh berada di luar rumah melebihi dua jam, Shuhaila tidak tahu kepada siapa dia harus mengadu. Bukan mahu menyerah kalah tetapi sekurang-kurangnya dia dan suami boleh merujuk pada mana-mana pakar perubatan bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai penyakit Daniel dan mendapatkan rawatan sesuai.

Walaupun kes ini masih baru di Malaysia dan pakar perubatan masih belum dapat mengesan puncanya, Shuhaila dan suami sangat berharap agar ada pihak tertentu tampil membantu mengurangkan bebanan emosi yang ditanggungnya kini.

“Saya sangat berharap sekiranya ada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan atau mengetahui tempat rawatan untuk Daniel. Siang dan malam saya berdoa agar Daniel mampu menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain. Saya sangat sayangkannya dan tidak mahu melihat masa depannya gelap kerana masalah ini,” katanya.



.

Dia tetap tabah

Bergelar orang kurang upaya (OKU) tidak menjejaskan semangat calon-calon dari sekolah pendidikan khas menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini.
Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas sekitar ibu negara mendapati murid-murid yang cacat penglihatan dan pendengaran serta bermasalah dalam pelajaran yang merupakan sebahagian daripada 497,491 calon UPSR tahun ini tenang menduduki peperiksaan.

Murid Sekolah Kebangsaan Khas Kampung Baru, Nur Kamila Rahayu Mohd. Radzi, 14, yang bermasalah pendengaran dan percakapan berkata, dia tidak gementar menghadapi peperiksaan itu kerana yakin dengan persediaan yang dibuat sebelum ini.
"Saya membahagikan masa mengulang kaji pelajaran, menonton televisyen dan bermain setiap hari. Pada waktu petang, saya akan bermain dan menonton televisyen manakala mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan pada waktu malam," katanya.

Nur Kamila ketika ditemui berkomunikasi melalui bahasa isyarat yang diterjemahkan oleh seorang guru sekolah berkenaan.
Anak kedua daripada lima beradik itu berharap memperoleh 5A untuk mengejar cita-cita menjadi seorang guru.

Guru Besar sekolah itu, Salim Napiah ketika ditemui berkata, calon-calon diberi kelas tambahan dan motivasi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan itu.
"Mereka juga mempunyai semangat dan harapan untuk berjaya serta mendapat tempat dalam masyarakat.
Golongan ini agak sensitif. Mereka perlu diberi tunjuk ajar dengan kaedah khusus bagi membolehkan menerima pelajaran serta terus bersemangat.
"Jika diberi tunjuk ajar dan persiapan yang secukupnya dengan kaedah yang betul, mereka pasti dapat menguasai pelajaran," katanya.

Menurutnya, walaupun terdapat sesetengah murid berkenaan bermasalah dalam akademik, tetapi mereka dididik untuk menguasai kemahiran bagi membolehkan mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat.
Sementara itu, ibu kepada seorang calon dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel, Maimunah Abdullah, 47, berkata, dia bangga dengan usaha dan keprihatinan guru-guru sekolah pendidikan khas yang sabar dalam mendidik kanak-kanak kurang upaya.

"Mengajar murid kurang upaya perlu kesabaran kerana mereka sukar untuk menerima dan mengingati sesuatu mata pelajaran. Mereka perlu diberi perhatian dan kasih sayang yang lebih untuk mendorong mereka terus belajar," katanya.
Dia berharap anaknya, Meor Shamil Meor Razi, 14, berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan itu.



.

Glowing Beyonce dresses her baby bump in glittering gold at New York Fashion Week



Mother-to-be Beyonce is certainly wearing pregnancy well.
The 30-year-old, who recently announced she was expecting her first child with husband Jay-Z, was simply glowing as she dressed her tiny baby bump in a belted glittering gold dress.
The singer looked stunning in the frock as she arrived at the J.Crew Spring 2012 Fashion Show at New York Fashion Week, today.
 Letting her pre-natal glow shine through, Beyonce wore barely any make-up on her flawless complexion, and had her long hair tumbling in curls around her shoulders.

She paired her stunning frock with a pair of nude platform shoes, and had her nails varnished in a vampy red shade.
The singer cosied up to her sister Solange Knowles, who also looked pretty in a pink sateen halterneck and some printed navy and gold trousers.


She paired the look with some gold sandals and wore her hair in some wild curls.
Later the two moved onto the Vera Wang show, where Beyonce slipped into another outfit.
The star completely hid her baby bump in a nude strapless mini-dress which featured a puffball skirt and leather bustier.
She and her sister clearly approved of the desinger's wares, beaming in the front row as creations came down the catwalk.


 
.

Nafkah RM1,600 sebulan tidak tinggi


Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat semalam, diberitahu bekas ibu mentua pengacara dan pelakon, AC Mizal, mendakwa nafkah sebanyak RM1,600 sebulan seorang untuk dua cucu lelakinya tidak tinggi walaupun ia bersamaan dengan gaji seorang pekerja berkelulusan ijazah daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Pesara yang juga ibu Shafnie Zainuddin (plaintif), Rapiah Ab Talib, 62, tidak bersetuju dengan cadangan peguam syarie, Siti Aishah Din mewakili AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini (defendan) bahawa RM1,600 sebulan tinggi untuk seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

Sebelum itu, ketika ditanya Siti Aishah sama ada beliau bersetuju dengan nafkah yang dipohon Shafnie sebanyak RM1,600 sebulan adalah bersamaan dengan gaji seorang lulusan ijazah, saksi itu berkata "Ya".

Shafnie yang berkahwin dengan AC Mizal pada 24 Jun 1995 memfailkan permohonan ubah tuntutan dua anak pada 30 Julai 2008. Pasangan itu bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001.

Dalam permohonannya, beliau menuntut RM3,770 sebulan dan perbelanjaan tahunan RM9,000 untuk kedua-dua anak mereka.

Perubahan nafkah itu merangkumi perbelanjaan bulanan makan minum (RM400), pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa rumah (RM650).

Ketika ditanya kenapa plaintif bertindak menghantar anak sulungnya ke sekolah swasta berbanding sekolah bantuan kerajaan, Rapiah berkata, sekolah swasta iaitu tempat cucunya belajar kini adalah sekolah agama dan beliau mementingkan pendidikan dunia dan akhirat.
Beliau juga bersetuju dengan peguam insurans pendidikan anak adalah tidak wajib dan sekadar keperluan hidup.

Ketika disoal tugas pembantu rumah yang turut disertakan dalam tuntutan nafkah anak sebanyak RM200 seorang, Rapiah berkata, pembantu rumah akan memasak, menggosok dan membasuh baju dua cucunya berikutan beliau tidak berapa sihat untuk melakukan kerja rumah itu selain plaintif sendiri sibuk bekerja termasuk hujung minggu untuk mencari pendapatan keluarga.

Perbicaraan bersambung pada 21 November depan.



.

Nikah di Thai..

Rakyat Malaysia merupakan warga asing paling ramai berkahwin di daerah ini, kata Pendaftar Nikah Kahwin Narathiwat Bahagian Luar Negeri, Ishak Mohamad.
Katanya, secara purata enam pasangan warga asing bernikah sehari di daerah ini termasuk dari Malaysia, Vietnam, Kemboja, Iran, Amerika Syarikat dan Asia Barat.

“Pasangan Malaysia banyak sikit,” katanya di sini ketika memberikan taklimat kepada sekumpulan 34 ahli rombongan dari Kelantan yang terdiri daripada pemimpin agama, pentadbir institusi pendidikan dan wartawan yang melakukan kunjungan ke Thailand, bermula semalam.
Lawatan seminggu itu atas jemputan Konsulat Jeneral Diraja Thailand di Kota Bharu dalam usaha mengukuhkan hubungan masyarakat Islam di Thailand, terutama di wilayah selatan dengan Malaysia.
Kunjungan itu turut disertai oleh Konsul Jeneral, Surapon Petch-Vra.

Dalam lawatan itu, rombongan turut diberi taklimat oleh Timbalan Gabenor Narathiwat, Dejrat Simsiri mengenai keadaan semasa di wilayah ini.
Ishak berkata, Majlis Agama Islam Narathiwat akan sentiasa memastikan pasangan warga asing yang berkahwin di sini, terutama dari Malaysia mematuhi peraturan, termasuk menetapkan setiap pasangan mendapatkan sendiri borang nikah khas tanpa melalui pihak ketiga.

Beliau juga menafikan wujud sindiket nikah kahwin membabitkan warga asing di wilayah ini, termasuk dalam pengeluaran sijil nikah palsu.
“Sijil nikah dikeluarkan di pejabat, imam ada borang sahaja (borang permohonan kahwin). Masalah berlaku kekeliruan kerana terdapat lebih 600 imam di sini dan tidak semua ada tauliah (termasuk untuk menjadi wali),” jelasnya.

Mengenai perkahwinan pasangan bawah umur, beliau berkata, ia tertakluk di bawah Enakmen Keluarga Islam 2002 Thailand dan pihaknya sama sekali tidak menikahkan pasangan bawah umur dari Malaysia.
“Proses perkahwinan ikut prosedur, kita akur undang-undang di Malaysia. Kita tidak nikahkan pasangan bawah umur dari Malaysia, haram nikahkan rakyat Malaysia (bawah umur). Itu kita pegang sejak tahun 1992,” katanya.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!