Thursday, September 15, 2011

Kain samping, pengikat hati


Hubungan cinta pelakon Lisa Surihani dan pengarah filem Yusry Abdul Halim semakin kuat dan kukuh, namun pasangan itu belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.
Sementelah hubungan mereka masih baru berputik dan dalam proses saling memahami antara satu sama lain, Lisa pandai memikat hati Yusry dengan menempah kain samping khas.
“Yusry tidak gemar memakai baju Melayu dengan samping kerana dia tidak suka membetulkan samping yang mudah longgar dan melindungi poket seluarnya.


“Jadi, sebab itu saya memberitahu idea kepada pereka fesyen untuk menjahit samping yang ada zip dan poket khas untuknya. Semuanya ada tiga pasang dan berlainan warna dan corak,” kata Lisa di samping Yusry sewaktu majlis rumah terbuka KRU Studios di rumah Norman Abdul Halim di Cyberjaya baru-baru ini.
Diusik tentang hubungan cinta mereka yang semakin rancak, kedua-duanya yang tampil baju raya warna sedondon akui sudah beraya di rumah keluarga masing-masing.


“Kami tidak pernah menyembunyikan hubungan kami dan saya sudah membawa Lisa berhari raya dan bertemu saudara-mara saya di Gopeng pada Hari Raya kedua lalu.
“Begitu juga dengan saya yang ada mengikut Lisa berhari raya di rumah sepupunya di Ampang, Selangor pada malam Hari Raya pertama,” ujar Yusry.
Tambahnya lagi: “Saya memang serius dengan Lisa dan tidak berdolak-dalik apabila ada yang bertanya tentang hubungan kami. Cuma tentang tarikh perkahwinan yang digembar-gemburkan akan berlangsung pada tahun 2012 adalah tidak benar.
“Kami belum merancang apa-apa kerana masing-masing sangat sibuk dan belum sempat berbincang tentang perkara itu. Percayalah, memang tiada agenda tersembunyi…”


Menyentuh tentang karier seni masing-masing, Lisa bakal bertolak ke Istanbul pada Oktober ini selama 20 hari dan dijangka pulang pada penghujung bulan itu untuk menjayakan lakonan sebuah filem romantik komedi arahan Bernard Chauly berjudul Istanbul, Aku Datang.
Filem terbitan Red Communications Sdn Bhd itu turut dilakonkan oleh Tomok dan Beto Kusyairi dan akan menjalani 100 peratus penggambaran di negara itu.
Selain itu, dia sedang menunggu kemunculan filem terbarunya berjudul Ombak Rindu dan Papa, I Love You di pawagam.
Sementara itu, Yusry sedang sibuk dengan proses penggambaran filem Vikingdom yang bakal menggunakan khidmat pelakon Hollywood.




.

Memang gergasi..


Empat ekor kura-kura gergasi yang dirampas dari sebuah rumah di sini kelmarin kini diperiksa di Zoo Popcorn Park sini untuk mengetahui keadaan kesihatannya.
Kura-kura itu dirampas dari rumah milik Richard Hines Jr. selepas dia memiliki haiwan tersebut tanpa mendapat permit.
Cangkerang beberapa ekor kura-kura itu didapati retak.
Jurucakap Jabatan Perlindungan Alam Sekitar New Jersey, Larry Ragonese menyatakan bahawa jiran-jiran Hines mendengar bunyi seperti tangisan kura-kura tersebut, sebelum memberi haiwan tersebut makan.
Kura-kura itu yang salah seekornya seberat lebih 225 kilogram kini dijaga di zoo tersebut.



.

'She's too wonderful to leave.'



With a mother like Victoria Beckham, it stands to reason that Harper Seven Beckham will probably turn out to be a fashionista.
However, instead of waiting until she is older to further her interest in the fashion industry, Victoria is starting her daughter early - at the tender age of just two months.
And now Victoria has revealed that Harper is already turning out to be a retail therapy fan, following a trip to designer store Prada earlier in the week.


Victoria, who is in New York with her little girl for Fashion Week, said: 'We went in to Prada yesterday and she loved it. It was if she was saying, "Mummy I'm home!" '
The 37-year-old star also spoke about her love for her youngest child as she debuted her second clothing line during fashion week.
She said: 'I can't leave her alone for a minute, I haven't been without her since she was born nine weeks ago, she's too wonderful to leave.'
 Meanwhile, despite being just two months old, Harper has topped a list of the hottest celebrities under the age of 25.


InStyle's Hot 100 list includes some of the most famous and impressive youngsters and adults, but tiny Harper has been deemed the most powerful of them all.
The magazine said: 'Will she be a pop star, designer or sportswoman? Either way, Posh's daughter inherits a gaggle of hunky older brothers and one heck of a wardrobe.'
Harper's wardrobe will no doubt one day include some of her mother's most famous pieces, possibly from one of Victoria's most recent collections.
Talking yesterday about her standalone brand, Victoria by Victoria Beckham, she said: 'This has been a real labour of love for me and we have been working on it for around a year.
'I wanted something that was a little bit more affordable but I did not want to compromise with design or quality.
'It's not a second line, or a diffusion line - it's another line, another side to my wardrobe. This is a way to give my customers what they want.'


 

.

Dia sudah dilamar...


Komposer Anang Hermansyah dikatakan telah melamar penyanyi Ashanty sebagai suri hatinya secara peribadi.

"Kalau secara peribadi lamaran saya memang sudah diterima dan dia juga setuju dengan lamaran itu," katanya.

Bagaimanapun, acara pertunangan secara rasmi masih belum dilakukan yang mana pada asalnya dijadualkan pada 28 Ogos lalu.

"Sepatutnya kami merancang untuk bertunang pada 28 Ogos lalu, namun terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu," kata Ashanty pula.

Dalam pada itu, bekas suami Krisdayanti ini mengakui sudah bersedia untuk melaksanakan majlis pertunangannya dengan Ashanty dalam masa terdekat.




.

Pemuda maut, tunang parah dalam nahas

Seorang pemuda maut manakala tunangnya parah apabila kereta Perodua MyVi yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 37.2, Kampung Tok Bok di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 11.30 malam, Noor Iskandar Yusof, 25, berasal dari Kampung Melayu Bukit Masjid, Negeri Sembilan maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di seluruh badan.
Tunangnya, Mariam Hussain, 27, yang berasal dari Bachok kini dirawat di Hospital Machang manakala pemandu dan kelindan lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Che Malek Bedot berkata, pemandu dan kelindan lori itu telah membuat laporan di balai polis berdekatan sejurus selepas kemalangan.
Menurutnya, kedua-dua kenderaan itu dipercayai dipandu laju dan gagal dikawal sebelum bertembung.
"Difahamkan, mangsa sebelum itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas melawat nenek Mariam di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang dirawat di sana.

"Bagaimanapun, pasangan itu dikatakan tertinggal barang lalu berpatah balik ke Kota Bharu sebelum terlibat dalam nahas itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Fauzi Che Omar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 11.34 malam dan bergegas ke tempat kejadian bersama tujuh anggota dan sebuah jentera.



.

Memang jijik adeh.


Terkejut, jijik dan meloyakan. Itu perasaan seorang pekerja swasta apabila mendapati biskut coklat yang dimakan selepas membelinya di sebuah kedai runcit, di sini, mengandungi telur lipas.
Malah, lebih menjijikkan, Mohd Syahmi Saad, 36, berkata apabila diperiksa di dalam tin biskut itu turut menemui bangkai seekor lipas.

Menceritakan kembali, Mohd Syahmi menyatakan dia bersama beberapa rakan sekerja mengisi masa rehat dengan berbual kosong sambil makan biskut itu.
“Ketika bersembang, saya tertarik melihat bijian coklat yang terdapat pada biskut berkenaan kerana agak pelik dan mengambil pen untuk memecahkan bijian coklat itu.

“Saya dan rakan hampir termuntah apabila melihat beberapa anak lipas yang masih putih keluar dari bijian coklat itu dan terdapat beberapa ulat yang bergerak-gerak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Lebih memeranjatkan, apabila Syahmi dan rakan yang memeriksa kandungan di dalam tin biskut berkenaan menjumpai seekor lipas yang sudah mati.

“Syarikat biskut terbabit sepatutnya memeriksa tahap kebersihan lebih-lebih lagi syarikat mereka mempunyai nama besar sepatutnya tidak mempunyai masalah dari segi kebersihan.

“Apapun, mana-mana syarikat perlu menjaga kebersihan kerana ia memberi kesan kepada kesihatan pengguna dan pembeli,” katanya.

Menurutnya, dia sudah menghabiskan hampir 70 peratus daripada tin biskut coklat bertarikh luput pada 2013 itu sebelum menyedari kejadian itu kerana biskut yang mempunyai telur lipas itu berada di lapisan bawah.

Sementara itu, wakil syarikat pengeluaran biskut terbabit, ketika dihubungi, berkata cara penutupan yang tidak rapat boleh menjadi punca lipas memasuki tin biskut itu.

“Bagi telur lipas yang menyerupai bijian coklat itu, saya menolak sekiranya ada yang menganggap kami menggunakan telur lipas bagi mengurangkan modal.

“Kebersihan syarikat kami tidak perlu dipertikaikan kerana berada pada tahap amat memuaskan dan pemeriksaan kebersihan dilakukan dengan kerap,” katanya.



.

Takdir Fitrah Terindah


Ramai yang suka baca novel.. Tidak ketinggalan bagi lulu sendiri..
Malah novel yang ada dipasaran sekarang lengkap dengan design muka buku yang sangat kreatif..
Tapi bukan bermakna design tak lawa, cerita pun tak baik tau..

Selalunya, bila baca novel, lulu akan duduk, membaca dan habiskan sekaligus..
Itu yang selalu membuatkan novel walau tebal mana sekalipun, hanya memakan masa yang singkat saja untu dihabiskan.. Yang paling menarik, bila membaca novel, diri dan hati kita seolah-olah terbuai kedalam cerita itu.. Dan dari situ mulalah terbayang-bayang, bagaimana rupa hero dan heroin, juga dunia yang dicipta didalam novel itu sendiri..


Lulu akui dah baca banyak novel.. dah beratus, mungkin juga tak keterlaluan untuk lulu cakap, beribu..
kebanyakannya baik, kreatif dan ada juga yang kureng...
Namun, untuk novel yang istimewa ini, lulu akan review khas, sebab, bukan sahaja penulisnya terasa dekat dihati lulu, malahan hasil tulisannya yang berkualiti dan memikat hati..
Novel ini setebal 597 halaman dan 75 bab, (tak puas baca kak fea...huhu)


Takdir Fitrah Terindah~
Bila diri dilahirkan dari dosa orang lain, tiada apa yang membuatkan Nur Fitrah punya keyakinan diri bila sejak kecil dirinya sering menjadi bahan cemuhan. Lantaran itu dirinya menjadi cepat mengalah termasuklah dalam soal cinta bukan mahunya. Tapi itulah yang terjadi bila kuasa untuk membuat pilihan bukan milik orang sepertinya. Tiada cinta, tidak mengapa, asalkan hatinya bahagia. Namun bila hati suami bukan untuknya, apalagi yang perlu dipertahankan? Pertemuan semula membuatkan hatinya berbunga-bunga. Namun respons dan dugaan yang diterima membuatkan hatinya terus lara untuk mengharapkan cinta. Adakah Aiham Fakhri masih lagi pilihan Nur Fitrah?

(itu menurut sinopsis buku prima)

**

Perlahan-lahan aku mengangkat kepala. Mataku terpaku bila menangkap sesusuk tubuh yang sedang duduk santai di sofa bertentangan denganku.. Tanpa senyuman, matanya merenungku tajam..
   "Macam mana. Dah puas hati you sekarang?" Nadanya perlahan dan cukup lembut, namun amat sinis sekali pendengaranku.
   Aku mendiamkan diri. Mencari jawapan terbaik untuk pertanyaan itu. Namun belum sempat aku mencipta ayat, dia sudah menyambung bicaranya.
   "Ini yang you mahukan bukan? Dah tertunailah cita-cita you untuk menjadi menantu mama, kan?"
   Sekilas aku mengerling ke arahnya. Melepaskan rasa tidak puas hati diatas tuduhannya itu. Itukah tanggapannya padaku? Aku menggeleng dengan penuh yakin....


**

Tanpa memperdulikan adik-adiknya yang semakin giat mengusik, dia memeluk bahuku. Kalau didepan ahli keluarganya, memang layanannya padaku first class.Romantik habis. Walaupun belum sampai adegan seramnya, aku masih tidak berani untuk melihat ke skrin komputer bersaiz 12 inci itu. Namun aku masih mampu mendengar suarsa-suara menakutkan. Efek bunyi serta muzik latar filem itu semakin menyeramkanku.
   Aku memandang keadaan keliling  yang bercahaya suram. Suasana begini membuatkan aku berasa lebih takut lagi. Aku menutup mataku rapat-rapat untuk mengusir rasa takut. Aku lega bila Aiham menarik badanku lebih rapat agar kepalaku dapat dilentokkan sedikit ke bahunya. Dua tiga kali aku membetulkan kedudukan untuk mencari keselesaan. Menghilangkan kejanggalan. Maklumlah tidak biasa.
   Menyedari perbuatanku, dia melorotkan sedikit duduknya. Kakinya dilunjurkan di atas meja bersebelahan dengan komputer ribanya. tentunya untuk memberikan keselesaan pada dirinya juga. Dengan lembut dia menarik aku bersandar di dadanya. Tangannya terus memeluk erat bahuku. Tanpa dipinta, Aiza pula menyuakan sebiji kusyen kecil.
   "Tidurlah," bisik Aiham lembut ke telingaku.
   Aku memeluk kusyen itu sambil berpura-pura menutup mukaku. Sebenarnya aku juga turut menangkupkan kusyen itu ke telinga. Leganya bila tidak mendengar apa-apa lagi.
   Namun kelegaanku tidak lama bila hatiku pula diserang rasa yang begitu aneh. Berdegup kencang jantungku. Buat pertama kalinya aku dapat tidur diatas dada lelaki yang bergelar suami. Perasaanku terasa begitu indah sekali. Betapa aku mendambakan saat-saat seperti ini. Berada didalam dakapan eratnya.



**

klik untuk tumbesaran~

Dah, itu cuma sebahagian saja, nak baca lebih banyak, sila dapatkan dikedai buku berhampiran, jika belum ada, silalah bersabar. :) lulu beruntung sebab penulisnya sendiri mengirimkan novel indah ini terus ke tangan lulu... :) weee...................... lagi senang boleh tengok kat sini [klik]  
Full mark Kak Fea... :)



P/S - Recommended by Lulu Caldina!





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!