Friday, September 30, 2011

Who's this women? owh celebrity?



She is just weeks away from giving birth to her third child.
So, understandably, makeup and glamour were the last things on Tori Spelling's mind as she stepped out in Los Angeles yesterday.
The 38-year-old reality star and actress looked almost unrecognisable from her more familiar red carpet self as she ran errands in the California sunshine. 


The star's blonde hair was pulled back into a ponytail and she made no effort to shade her eyes from the bright sun.
She wore a long black maxi dress and pale green flat shoes for comfort.
She is usually seen looking ultra glamorous at red carpet events with a full face of heavy makeup.
She was accompanied by husband Dean McDermott, but there was no sign yesterday of the couple's two children Liam, four, and three-year-old Stella.
Tori has admitted that her third pregnancy has been harder than previously, due to her parental duties.
'People always think the first one was the hardest. But I'm like, "No the first one was easy for me because I could lay around all day. I didn't have two little ones to take care of,'" she told Us Weekly. 'This is the hardest one because I'm always going with the kids.'


The star, who recently held a star-studded baby shower at her home in Malibu, says she and Dean have not found out the sex of their baby, although she does have a hunch.
'My gut says boy, and we have a boy's name that we're set on,' she admitted to In Touch. 
And the star says she and Dean are already thinking of having another baby. 
'If we are able to have another child, that would be amazing!' she said.






.

Tak boleh memandu..


Raja Arab Saudi, Raja Abdullah membatalkan hukuman 10 sebatan yang dikenakan ke atas seorang wanita kerana melanggar larangan memandu di negara ini, semalam.
Menerusi laman sosial Twitter, Puteri Amira al-Raweel yang merupakan isteri kepada Putera Alwaleed bin Talal menyatakan Raja Abdullah telah membatalkan hukuman tersebut.
"Syukur kerana hukuman sebatan terhadap Sheima (tertuduh) telah dibatalkan. Terima kasih kepada Raja Abdullah.

"Kami (kaum wanita) saling menyokong antara satu sama lain dan pembatalan hukuman tersebut menggembirakan semua wanita di negara ini," katanya.
Isnin lalu, Sheima Jastanian dijatuhkan hukuman sebat oleh mahkamah Jeddah selepas ditahan sedang memandu pada Julai lalu.

Hukuman tersebut dijatuhkan sehari selepas Raja Abdullah mengumumkan kaum wanita dibenarkan keluar mengundi dan menyertai pencalonan pilihan raya termasuk Majlis Syura (perundingan).
Sebelum ini, Amnesty International mengecam hukuman tersebut dengan menyifatkannya sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita.

"Hukuman rotan adalah hukuman yang kejam dalam apa jua keadaan dan dikenakan ke atas seorang wanita kerana memandu adalah tidak masuk akal.
"Larangan memandu yang dikenakan terhadap kaum wanita dilihat sebagai menyekat kebebasan dan hak mereka di dalam negara sendiri," kata jurucakapnya, Philip Luther.




P/S - Bayangkan kalau kat malaysia ni wanita pun tak boleh memandu....




.

Nabil (Raja Lawak) Sah Bergelar Suami


Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.


Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.
Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-duapasangan pengantin.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.
Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.
Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalamtaman.




.

Segmen | Jom tambah follower



Lulu nak buat 1 segmen.. Segmen yang ringkas namun besar maknanya... Semoga dengan segmen ni, akan dapat membantu menambah follower/kenalan dalam dunia blog ni... menarik tak? jom join..


Apa yang perlu korang lakukan?
  1. Buat entri, ambik header Lulu-Pages yang lawa dengan jersey chelsea tu :), dan jangan lupa link kan ke entri ini yer......... beserta tajuk "Jom tambah follower".
  2. Dah siap entri tu, letak link url kat ruangan komen yer...
  3. Tarikh tutup, Jumaat ni, 3 petang...


Seperti biasa, semua link blog yang join akan lulu jadikan sticky post..
Berapa jam? ntah :p









.

Bertunang 5 oktober depan


Anak lelaki Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan iaitu Mohd Nadzri, 30, mengesahkan keluarganya akan menghantar rombongan meminang pelakon Ana Dahlia, 28, di Taiping, Perak pada 5 Oktober depan.
Nadzri atau nama komersialnya Chef Riz berkata, dia telah menyampaikan hasratnya itu kepada Chef Wan pada bulan lalu dan permintaan itu telah direstui keluarga.
"Alhamdulillah, selepas lapan bulan bercinta, saya dan Ana telah membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan.

"Saya percaya kalau sama-sama saling menyukai ditambah pula kami mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak, tidak perlulah kami melengah-lengahkan masa untuk terus bercinta.
Biarlah perhubungan ini lebih bermakna dengan melangkah ke fasa baru pula," katanya.

Tambah Nadzri, dia juga bersyukur kerana status Ana sebagai janda yang menjadi bualan masyarakat bukanlah satu penghalang untuk ayah serta ibunya menerima pelakon itu sebagai menantu mereka.
Malah Chef Wan sangat menyukai kejujuran Ana memberitahu statusnya yang pernah berkahwin sebelum ini.
"Apabila isu status perkahwinan Ana kecoh diberitakan, keluarga saya agak kurang selesa bukan kerana tidak menerima Ana tetapi dia tidak suka dengan kekecohan yang berlaku.

"Tetapi Ana mengambil langkah bercakap dan menjelaskan sendiri kepada ayah tanpa membabitkan saya langsung. Kejujuran itu membuatkan ayah menerima Ana," ujarnya.
Selain itu, antara sebab Nadzri yakin Ana adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri kerana mereka mempunyai persefahaman selain berkongsi minat sama seperti memasak dan bersenam.


'Tidak kisah dia janda' - Chef Wan

Sementara itu, Chef Wan ketika dihubungi berkata, beliau menerima bakal menantunya itu walaupun mengetahui status Ana yang pernah berkahwin sebelum ini.
Chef Wan berkata, beliau tidak menilai seseorang itu berdasarkan kepada status perkahwinan tetapi menerima individu tersebut kerana hati budi.
Kata belau pihak luar tiada hak untuk menentukan apa yang terbaik untuk anaknya.

"Sejujurnya saya tidak menilai Ana kerana status janda kerana ia tidak mewakili keseluruhan peribadinya dan dia juga berhak untuk diberi peluang kedua merasai kebahagiaan.
"Pihak luar juga tidak berhak untuk menilai pilihan anak saya kerana saya yakin itu adalah jodoh terbaik untuknya," ujar Chef Wan.

Beliau turut berharap anaknya itu akan membahagiakan Ana selepas berumah tangga dan sentiasa bersabar dalam menghadapi alam suami isteri kelak.
"Saya yakin itu adalah pilihan tepat untuk mereka berdua dan sebagai bapa saya mendoakan yang terbaik buat mereka dan berharap anak saya akan menjaga, menghargai serta menyayangi Ana dengan baik dan begitu sebaliknya.

Ditanya mengenai majlis perkahwinan mereka Chef Wan berkata beliau ingin melangsungkan majlis sebelum sambutan Krismas tahun ini kerana mulai Januari depan, beliau akan berangkat ke Amerika Syarikat selama sebulan.
"Memandangkan Nadzri tidak sabar lagi untuk berkahwin saya berharap mereka dapat disatukan sebelum saya berangkat ke Amerika Syarikat.

"Namun majlis yang akan diadakan tidaklah segah seperti mana Serina kerana kami di pihak lelaki," katanya.
Chef Wan berkata, majlis pernikahan pasangan tersebut berkemungkinan besar akan diadakan di kampung halamannya iaitu di Sungai Koyan, Raub, Pahang untuk mencari kelainan selain merasai suasana perkahwinan ala kampung.









.

Kemalangan yang mengejutkan


Kerja-kerja mengecat di sini yang dilakukan enam pekerja menggunakan tiga buah kren sejak kelmarin dicemari insiden berdarah apabila seorang maut manakala seorang lagi parah selepas salah satu tiang kenderaan itu patah semalam.

Insiden pukul 10 pagi itu menyebabkan seorang warga Indonesia, Taskimin (gambar), 24, mati di tempat kejadian selepas terjatuh dari ketinggian 15 meter. Rakan senegaranya, Sustrino, 34, cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Melaka.

Difahamkan, ketika itu, mereka baru 20 minit mengecat bangunan pusat beli-belah Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir di sini. Kren yang patah itu dikatakan telah digunakan selama 10 tahun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supritendan Muhammad Koey Abdullah berkata, kedua-dua mangsa terjatuh ke kaki lima sebuah bank berdekatan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila beban dalam sangkar tidak seimbang dengan kekuatan palang kren yang membawa mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.







.

Hidup tanpa kasih dan sayang umpama hidup di padang pasir yang gersang.....

SMS berbunyi ‘kutitiskan warkah buat diriku sendiri, hidup tanpa kasih dan sayang umpama hidup di padang pasir yang gersang’ diterima suri rumah, Che Wan Kamsah Ahmad Jaluddin, 35, sebelum diberitahu suami dan anak perempuannya maut dirempuh lori.
Che Wan Kamsah berkata, dia terkejut apabila menerima SMS puitis itu dari suaminya, Roslan Osman, 35, berikutan mangsa tidak pernah menghantar kiriman sebegitu sejak mendirikan rumah tangga 15 tahun lalu.

Lebih menyedihkan apabila ayat-ayat cinta itu dihantar beberapa minit sebelum mangsa dan anak perempuan mereka, Puteri Nurul Najwa Roslan, 12, menemui ajal dalam kemalangan malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam di Kilometer 4, Jalan Seri Manjung-Segari berdekatan Kampung Sungai Rumput, di sini, dua beranak itu bersama seorang lagi mangsa, Ainuddin Abd Wahab, 15, maut apabila kereta dinaiki mereka bersama dua lagi mangsa dirempuh lori.

Ainuddin yang juga anak saudara Roslan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, manakala dua lagi mangsa yang juga jiran arwah cedera.

Che Wan Kamsah yang ditemui di rumah mentuanya di Kampung Permatang Raja, Pantai Remis, dekat sini, semalam berkata dia terkejut menerima SMS berkenaan kerana arwah tidak pernah mengirim SMS seperti itu.

“Saya tidak menyangka SMS itu petanda akan kehilangannya. Saya akan menyimpan SMS itu selain menjadi pengubat rindu.

“Saya dan arwah sebelum ini ada sedikit pertengkaran menyebabkan saya terpaksa pulang ke rumah ibu di Sungai Siput bersama anak sulung kami berusia 15 tahun,” katanya.

Katanya, malah, petang hari kejadian, arwah menghubunginya supaya pulang segera ke Pantai Remis kerana rindu untuk bertemunya.

Che Wan Kamsah berkata, dia tidak menyangka kepulangannya untuk menemui arwah dan Puteri Nurul Najwa semalam bertukar hiba apabila hanya menatap jenazah mereka.

Menurutnya, arwah ditemani anak dan tiga yang lain dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membuat pemeriksaan penyakit batu karang di Hospital Seri Manjung (HSM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, kejadian berlaku apabila Perodua Kancil dinaiki lima mangsa itu bertembung sebuah lori tiga tan.

“Siasatan mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa yang datang dari Seri Manjung bertembung lori dari arah bertentangan selepas pemandunya gagal memotong sebuah kenderaan di hadapan.

“Pertembungan kuat itu menyebabkan dua penumpang kereta Kancil berkenaan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HRPB,” katanya.






.

Curi penutup longkang?


 Cubaan dua lelaki untuk mencuri penutup longkang tidak berjaya apabila tindakan mereka disedari oleh pengawal keselamatan dan orang ramai di kawasan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, dua lelaki berusia sekitar 20-an itu ditangkap bersama 10 keping penutup longkang dan kereta jenis Daihatsu yang digunakan kira-kira 10 meter dari OUM.
Menurut pengawal keselamatan universiti berkenaan, Shukri Mohd. Noor, 45, dia menyedari kejadian itu ketika melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan kegiatan dua suspek terbabit dari pejabatnya.
"Saya dan rakan sedang meneliti rakaman dan secara tiba-tiba kelihatan dua lelaki keluar dari kereta dan terus mengambil besi penutup longkang tersebut dan memasukkan dalam kenderaan itu.

"Saya bersama rakan terus bergegas keluar dari pejabat dan sebelum itu menutup laluan keluar dengan rantai besi sebagai penghadang bagi mengelak suspek melarikan diri," katanya ketika ditemui di sini.
Shukri berkata, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, suspek cuba melarikan diri dengan memecut kereta dan melanggar rantai besi penghadang itu sehingga putus menyebabkan keretanya hilang kawalan sehingga melanggar penghadang jalan.

Tambahnya, akibat melanggar penghadang jalan itu, tayar kereta lelaki tersebut bocor namun mereka tidak dapat melepaskan diri kerana laluan terhalang oleh lori.
"Apabila keadaan kecoh, orang ramai menangkap kedua-dua pencuri terbabit dan saya terus menghubungi polis kira-kira pukul 3.20 petang," ujarnya.







.

SAYA NAK JOIN BLOGLIST MAKBED'S JOURNAL

MAKBED

Awal pagi, kena selesaikan benda ni dulu, sebab malam tadi masa makbed release post ni, lulu dah nak offline :)... Standard lah kan, bila bercakap mengenai makbed, mestilah dari Lulu Caldina.. Ibarat mayonis dan burger, ikan dan asam, milo dan susu, begitulah rapatnya hubungan kami..ngeeeeeeee.......


Lulu tau Lulu-Pages tetap akan berada di bloglist makbed (keyakinan yang tinggi woo), dari dulu sampai bebila.. hoh, sebab Lulu-Pages kan special dihati makbed.. Dan tiada yang lebih menggembirakan dari lulu, selain makbed yang telah berjaya naik pangkat menjadi seorang ibu sepenuh masa buat gegirl oni dan boboy wawan.. Selamat tinggal kepada masalah pengasuh....... Tahniah makbed!!!!


Dah, sila beri sokongan padu, buat kawan baik lulu ni...
Tanpa korang siapalah blogger, kan.. kan...



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!