Tuesday, October 4, 2011

Suck Seed



mOVIE ini memang recommended sangat-sangat..
Mungkin korang bukan peminat wayang dari Thailand.. Tapi untuk movie ni, ceritanya memang sangat menghiburkan, penuh dengan mesej positif mengenai persahabatan, percintaan dan keazaman mereka untuk memenangi pertandingan menyanyi..


Film Suck Seed ini dibintangi oleh Jirayu La-ongmanee, Patchara Jirathiwat dan Thawat P0rnrattanaprasert. Ped adalah ulat buku di sekolah rendah yang tidak memiliki minat terhadap muzik. Sejak teman sekelasnya Ern berkongsi kecintaannya pada muzik dengannya, Ped jadi menyukai Ern.

Tapi orang tua Ern membawanya pergi ke Bangkok dan membuatkan mereka berdua terpisah. Sampai suatu hari mereka berdua bertemu lagi di sekolah menengah. Di sekolah, Ern adalah seorang pemain gitar yang famous sementara Ped masih seorang ulat buku.

Mereka merancang untuk membentuk sebuah band rock bersama teman rapat mereka dengan harapan mendapatkan gadis-gadis popular. Masalahnya mereka harus terus menerus gagal sebelum sukses.



Jom korang saksikan movie menarik dan lucu ini hanya di astro box office.. Memang berbaloi ;)


Lagu yang paling best dalam movie ni.. :)








.

Kemalangan yang tak disangka

Seorang lelaki terbunuh manakala tiga lagi cedera parah apabila sebuah kren tumbang dan menghempap tiga buah rumah di persimpangan Jalan Transfer dan Jalan Sri Bahari tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Azmi Tamat, berkata Leong Yee Khoon, 64, yang dipercayai tidur di sebuah bilik di tingkat dua rumahnya maut dalam kejadian yang berlaku pada pada 12.15 tengah malam.

"Tiga lagi anggota keluarga Leong iaitu Luaran Chooi Guan, 77, isteri Luaran, Chew Hong Choo, 76, dan anak mereka, Seong Ean, 55, yang tinggal di rumah yang sama mengalami kecederaan parah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Azmi berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas kren yang digunakan untuk membina sebuah hotel 20 tingkat di tapak pembinaan bertentangan dengan rumah mangsa terjatuh lalu menghempap tiga buah rumah di situ.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. Kemungkinan kren itu terjatuh ekoran angin kencang," katanya.
Azmi berkata, anggota bomba menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mayat Leong yang tertimbus dalam runtuhan.

Kejadian itu turut menyebabkan bangunan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang terletak di belakang rumah terbabit, turut rosak.







.

'Miraculous' escape of woman driver whose car was dragged underneath lorry



Rescue workers said a woman was 'lucky to be alive' after her car was pinned under a lorry and dragged hundreds of yards down a motorway.
The blue Renault Clio collided with a lorry on the northbound carriageway of the M6 in Staffordshire, between junctions 15 and 16.
Emergency crews found the car wedged under the lorry's trailer and said it may have travelled a 'few hundred yards' down the carriageway.

Despite being trapped in the flattened car, the woman in her 20s was pulled out of the wreckage by firefighters.
Amazingly, she escaped with minor scratches and did not even need hospital treatment after the incident on Friday morning.
West Midlands Ambulance crews said she had a 'miraculous escape'.
A spokesman said: 'This was a serious collision but amazingly the young lady walked away uninjured.
'She did not even need to be taken to hospital she is lucky to be alive.
'The crash could have been so much worse, it is a minor miracle that no one was injured - not even the other driver.
'The woman driving the car, believed to be in her 20s, had a very fortunate escape and suffered only minor scratch wounds.


'Considering the damage to the vehicle and the circumstances of the crash, the woman is extremely fortunate not to have suffered more serious injuries.
'The pictures show you just how bad the crash was. It was a very miraculous escape.'

The lorry driver was not injured in the crash.
The incident mirrors that involving another Renault Clio in March this year in which a lorry sped along a motorway at 60mph completely unaware that a car was trapped sideways under its bumper.
The driver of the car appeared to be desperately trying to release the car, pressing his brake lights on and off.
The frightening scene was caught on a mobile phone by passengers in another vehicle on the A1(M) near Wetherby, West Yorkshire.
As they spotted the car caught on the front of the lorry, a voice is heard screaming: 'He hasn't seen it!'
The driver emerged unhurt once the lorry driver realised what had happened and stopped his vehicle.







.

Selamatkan manusia dalam bencana


Sebuah syarikat kecil Jepun mencipta kapsul terapung seperti bola tenis besar yang juga versi Bahtera Noh moden dan boleh digunakan jika negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami lafu, kata laporan berita.

Japan Cosmo Power berkata alat perlindungan Noh itu dibuat daripada kaca fiber yang boleh menyelamatkan pengguna daripada bencana seperti malapetaka gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu yang memusnahkan pantai utara Jepun, mengakibatkan 20,000 orang mati atau hilang, menurut AP.

Presiden syarikat itu, Shoji Tanaka berkata kapsul berharga 300,000 yen (RM12,522) seunit itu boleh memuatkan empat orang dewasa dan sudah selamat dalam beberapa ujian lapangan.
Ia mempunyai tingkap kecil dan mempunyai ruang udara di bahagian atas. Ia juga boleh digunakan sebagai rumah permainan kanak-kanak.


Syarikat itu sudah mengeluarkan dua kapsul dan menerima tempahan 600 lagi, lapor AP yang dipetik akhbar Korean Times.







.

Artis ini dilamar....


Shane Warne bakal mengahwini Elizabeth Hurley selepas bintang kriket Australia itu melamar kekasihnya ketika mereka mengunjungi Scotland baru-baru ini.
Difahamkan, lamaran itu dibuat ketika mereka menikmati makan malam romantik di hotel eksklusif di St Andrews.

Pasangan itu berada di Scotland kerana Warne menyertai pertandingan golf di situ.
Dikenali sebagai legenda kriket Australia, Warne, 42, berlutut dan melamar Elizabeth di depan tetamu lain.

Sebaik saja Elizabeth memberikan persetujuan, semua pengunjung restoran berkenaan berdiri dan bertepuk untuk mereka.

Media menyiarkan gambar pasangan itu tersenyum sambil bergandingan tangan di padang golf pada Sabtu dengan Elizabeth, 46, memakai cincin pertunangan.







.

Ianya yang pertama di dunia


Seperti wanita-wanita lain, Derya Sert juga mengimpikan mempunyai cahaya mata sendiri apabila berkahwin, namun wanita dari Turki ini diuji tuhan setelah dia dilahirkan tanpa rahim.

Derya, 21, merupakan seorang daripada 5,000 wanita di dunia yang dilahirkan tanpa rahim.
Pada 9 Ogos lalu, nasib wanita ini berubah apabila sepasukan doktor dari Hospital Universiti Akdeniz berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim yang didermakan kepadanya.
Apa yang menarik, Derya menjadi wanita pertama di dunia menerima rahim daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia.

"Saya sangat gembira dan bersyukur. Sekiranya diizinkan tuhan, kami mahu menimang cahaya mata dalam masa terdekat," katanya yang telah menghabiskan masa selama enam bulan di hospital bagi menjalani pembedahan itu.
Dalam pada itu, wanita tabah tersebut turut menyifatkan rahim yang diterimanya merupakan satu anugerah tuhan.


Pembedahan rahim tersebut adalah kali kedua dilakukan di dunia. Pembedahan pertama dilakukan di Arab Saudi pada 2000 melalui penderma yang masih hidup, namun gagal selepas 99 hari akibat masalah darah beku dan organ tersebut terpaksa dikeluarkan semula.
Sementara itu, pakar sakit puan, Munire Erman Akar berkata, Derya mula datang haid dan itu satu petanda menunjukkan rahimnya berfungsi dengan baik dan berkemungkinan mempunyai peluang untuk hamil," katanya.








.

Tengok, lebam....


Gara-gara membelek kamus bergambar dalam kelas mata pelajaran agama, seorang murid tahun dua sebuah sekolah dekat sini dikatakan dicubit sehingga lebam pada lengan kanan oleh seorang ustazah kelmarin.
Mangsa, Sarifah Amirah Muhammad Khairuddin, 8, memberitahu, kejadian berlaku ketika kelas Agama Islam kira-kira pukul 10.15 pagi.
Menurutnya, ustazah berkenaan telah memberi dua latihan kepada murid-murid untuk disiapkan di dalam kelas.

“Selepas menyudahkan satu latihan, saya membelek kamus bergambar tetapi ustazah telah memarahi saya kerana tidak membuat latihan yang diberikan. Dia merampas kamus tersebut.
“Dia mencubit lengan kanan saya dan kepala saya ditonyoh sebelum hidung ditarik menyebabkan saya menangis kerana sakit dan malu dengan rakan-rakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jaafar di sini semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Rosmawati Shaari, 32, berkata, dia menyedari kejadian tersebut selepas anaknya pulang dari sekolah kira-kira pukul 1.30 petang.
Jelasnya, abang iparnya, Muhammad Faisal Abdullah, 37, yang mengambil Sarifah Amirah memberitahu anaknya menangis kerana dicubit oleh ustazah..








.

Derita empat penyakit


Usianya baru 12 tahun namun pelbagai penyakit terpaksa ditanggung sehingga menggagalkannya untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Itulah nasib Nurul Najwa Mohd. Said kerana dia bukan sahaja disahkan menghidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) malah bengkak hati, menghidap darah tinggi serta mengalami masalah buah pinggang.
Meskipun menderita, anak bongsu itu sentiasa berharap dia akan dapat dibenarkan menduduki UPSR tahun depan jika kesihatannya mengizinkan.

“Saya mahu ambil UPSR kerana saya bercita-cita mahu menjadi doktor. Saya selalu ulang kaji pelajaran walaupun sakit,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keda, Bukit Ular di sini semalam.
Bagi ibu Najwa, Rabayah Awang Kechik, 43, dia amat sedih dengan pelbagai penyakit yang terpaksa ditanggung oleh anak bongsunya itu apatah lagi dia kerap pengsan.

Menurutnya, penyakit tersebut mula menyerang anaknya pada pertengahan tahun lalu dan menjadi semakin teruk baru-baru ini sehingga menyebabkan dia gagal menduduki UPSR.
“Akibat daripada penyakitnya itu, Wawa (Nurul Najwa) kerap pengsan dan perlu mendapatkan rawatan berkala di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dua minggu sekali,” katanya.







.

Wanita warga emas maut terperangkap


Mayat seorang wanita warga emas ditemui dalam keadaan terperangkap antara pintu dan jeriji di sebuah pejabat di Jalan Yam Tuan, di sini hari ini.
Mayat Hue Wan Ching, 79, ditemui pukul 11 pagi oleh anak saudaranya yang datang mencari selepas gagal menghubungi mangsa sejak seminggu lalu.
Difahamkan, pejabat itu dijadikan sebagai rumah kelab oleh sebuah persatuan dan mangsa tinggal dan bekerja di situ sebagai penjaga bangunan.

Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai telah meninggal dunia antara lima dan enam hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah mereput.
"Polis percaya mangsa diserang sakit jantung selepas terperangkap antara pintu dan jeriji besi yang berkeluasan kira-kira enam meter persegi.
"Kita percaya mangsa terperangkap kerana ketika ditemui pintu pejabat dan jeriji besi itu terkunci manakala kunci pintu berkenaan berada di dalam pejabat," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, anak saudara mangsa datang ke pejabat itu beberapa hari lalu namun tidak dapat masuk berikutan pintu utamanya berkunci.
"Wanita itu menghubungi pemilik bangunan berkenaan untuk mengambil kunci sebelum menemui mayat mangsa dalam keadaan menyedihkan.
"Kita juga dapati bangunan tiga tingkat itu tidak mempunyai penyewa dan keadaan itu menyebabkan mangsa gagal meminta pertolongan," jelasnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang yang dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!