Tuesday, October 18, 2011

Kerana seekor gajah..


Seekor gajah sarkas menangkap seorang budak perempuan dengan belalainya, mencampak mangsa ke tanah dan memijaknya hingga mati, kata polis semalam.

Kejadian berlaku ketika budak terbabit, Nguyen Thao Anh, cuba memberi tebu kepada gajah berkenaan.

Polis berkata, kejadian berlaku di Lao Cai yang terletak bersempadan dengan China.









.

Dia bersenang-lenang, sedangkan.....


Seorang banduan masih menikmati hidup yang menyeronokkan di dalam penjara apabila boleh melakukan pelbagai aktiviti bagi mengisi masa lapangnya.
Robert Shaw dipenjara dua tahun selepas disabitkan kesalahan memiliki raifal dan beberapa senjata api secara haram di rumahnya.

Semua senjata api itu bernilai hampir RM100,000.
Walaupun berusia 41 tahun, Shaw ditempatkan di Pusat Tahanan Juvana Portland di Dorset.

Dalam surat kepada anak perempuannya yang berusia sembilan tahun, Shaw menceritakan pengalamannya dalam penjara itu sebagai “agak menyeronokkan.” “Di sini ada meja snuker, pingpong, gimnasium, aktiviti memanjat dinding batu, bola sepak dan tenis, selain televisyen.

“Kecuali merindukan keluarga, hidup di sini memang seronok,” katanya.

Bagaimanapun, semalam, bekas isteri Shaw berang apabila mendapat tahu lelaki terbabit tidak mendapat hukuman setimpal dengan kesalahannya.

Kata Sally, 40, dia dibiarkan bersusah-payah mencari rezeki menyara dua anaknya ketika Shaw bersenang-lenang dalam penjara.

“Saya sangka penjara ialah tempat menghukum seseorang, bukan pusat peranginan.

“Dalam keadaan begitu, saya rasa Shaw seperti ketawa melihat kesukaran saya,” katanya.

Ketika Shaw memohon ditempatkan di penjara terbuka, Sally pula terus diabaikan tanpa sebarang bantuan kewangan.

“Dia tak pernah memberi wang untuk anak atau membayar bil bulanan dan kini dia bersenang-lenang dalam penjara,” katanya.

Pasangan itu bercerai tiga tahun lalu selepas Sally bosan apabila Shaw didapati semakin kemaruk kepada senjata api.









.

Jatuh cinta pandang pertama sejak 5 tahun


Puteri bongsu Raja Jawa, Sri Sultan Hamengku Buwono X, Gusti Raden Ajeng Nur Astuti Wijareni, 25, akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang pegawai kerajaan rakyat biasa, Kanjeng Pangeran Haryo Yudanegara Ahmad Ubaidillah, 30, mengikut adat istiadat Jawa esok.
Upacara pernikahan akan diadakan di Masjid Penenpen kira-kira jam 7.30 pagi waktu tempatan.

Ubaidullah yang dilahirkan di Jakarta, bekerja sebagai pegawai negeri di Sekretariat Wakil Presiden dan sejak Mac lalu ditugaskan di Bahagian Komunikasi Media Cetak, khusus mengendalikan isu politik.
Kedua-dua ibu bapanya berasal dari daerah Lampung, Sumatera.

Bapa beliau yang bertugas sebagai pegawai di Badan Pertahanan Nasional manakala ibu beliau pesara Kementerian Agama.


Media Indonesia melaporkan Ubaidillah dan Wijareni yang lebih dikenali sebagai Jeng Reni, menjalin hubungan hampir lima tahun sebelum mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan.
“Ia adalah cinta pandang pertama. Kali pertama saya terpandang Reni, saya terus jatuh hati, tetapi kami menunggu hingga lima tahun untuk berkahwin agar kami benar-benar bersedia.

“Reni seorang wanita sederhana, berbudi bahasa dan tidak meninggi diri. Beliau menerima saya seadanya dan kami serasi antara satu sama lain,” kata Ubaidillah.

Beliau berkata, sebelum pernikahan berlangsung, beliau dikehendaki menjalani beberapa upacara termasuk yang dikenali sebagai ‘nyantri’ iaitu adat menjemput pengantin lelaki ke istana dengan kereta kuda berikutan beliau bukan berdarah raja, upacara bersiram dan beberapa upacara tradisi lain.

Beliau juga menyifatkan bakal bapa mentuanya seorang yang baik dan berfikiran terbuka, terutama di dalam soal memilih calon menantu untuk anak perempuan mereka.


Sementara itu Reni yang juga finalis Miss Indonesia 2009, menyifatkan Ubaidillah sebagai seorang lelaki yang matang dan amat memahami dirinya selain seorang yang sederhana di dalam semua hal.

“Sikapnya yang tenang dan penyabar menarik perhatian saya,” katanya yang mengendalikan perniagaan sendiri.

Upacara perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama tiga hari, dengan kira-kira 4,000 tetamu diundang untuk majlis resepsi selepas upacara pernikahan.









.

Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina

~klik untuk tumbesaran dan melihat betapa comelnya keychain  itu~


Jom kita ber-giveaway....
Sekarang ni memang dah jadi wabak angry bird ni.. Ramai dah asyik jer nak kenakan babi hijau tu..
Kalau angry bird rio lak, sibuk nak kenakan monyet dan sangkar burung tu..
Selalunya bila dah main, masa pun bergerak dengan pantas..
Bila ke kedai buku baru-baru ni, lulu sangat tertarik dengan keychain angry bird ni..
Dah lah cute, semua warna angry bird tu ada..
So, terfikir nak buat giveaway lah kan..
Sebab lulu dah ambik yang warna biru.. yang lain buat korang lah..



Apa yang perlu dilakukan untuk memiliki keychain ni?
  1. Ambik banner kat atas, beserta link dan buat entri dengan tajuk
    "Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina"
  2. Dah siap, tinggalkan URL link entri kat ruangan komen.
  3. Tarikh Tutup : 18 Oktober 2011.. 2 Petang.


4 Orang bertuah akan memenangi 1 angry bird keychain setiap seorang, yang mana pemenang akan ditentukan dengan random.org.. Dengan syarat yang mudah, tolonglah jangan tinggalkan link kat komen tu berkali-kali yer.. naik pening tengok nanti :)







http://bit.ly/owhP2s wajib klik ;p




.

'She will win this fight': Guiliana Rancic's husband Bill rallies around wife after breast cancer diagnosis

Giuliana Rancic's husband Bill is positive his wife will win her brave battle with breast cancer.
The former Apprentice star, who married the E! News presenter in 2007, stood strong and resolute as he said the 37-year-old 'will win this fight'.
The 40-year-old entrepreneur thanked family, friends and fans, who have flooded the couple with well-wishes following Guiliana's revelation that she had been diagnosed with cancer on NBC's Today Show this morning.

Bill tweeted today: 'Thank you for all ur love & support today. G is reading all your messages. She will win this fight, I PROMISE, & be back better than ever!'
Giuliana said this morning that her husband had been a 'unbelievable' pillar of support.
'The best thing about Bill is, he lets me cry when I want to cry,' she said.
Meanwhile, the Style Network star has also admitted that going public with her news was 'emotional', but it was essential.
'I have so many young female viewers who watch me and I want to help them,' she said during an interview with E!, set to air tonight.

'I have an amazing platform to really help people so that's why it was really important for me share this story.'
In the interview, she also said she hoped her own story would inspire and urge others to get a check up.
'I think we've done such a good job of raising awareness for breast cancer, but then you have to take awareness and turn it into action,' she said.
'The action for women is just make that appointment with your doctor, make sure you're going to your yearly appointment, figure out how to give yourself a self exam.'


'...I am one of the lucky ones in that I did find out earlier.'
Bill, who also appears in the interview, said the couple have a positive outlook.
'I think our story has a happy ending and the good thing is that it's very treatable,' he said.
Doctors are optimistic they have detected Giuliana's cancer tumour early and that she will make a full recovery.
The TV star first discovered she had breast cancer while undergoing in-vitro fertilisation in a bid to get pregnant.

She made the announcement on NBC's Today Show this morning, admitting she will undergo surgery later this week.
She said: 'Through my attempt to get pregnant through IVF, we sadly found out that I have early stages of breast cancer. It's been a shock.'
Giuliana and Bill were preparing to undergo a third round of IVF treatment after two failed attempts when a doctor asked her to have a mammogram.
She was initially resistant to the idea because she considered herself to young to be at risk, but the doctor demanded she undergo the test because the surge of hormones during pregnancy can accelerate cancer.

She explained: 'I wasn't prepared to get a mammogram until I was 40 years old, like I'd been told. I never in my wildest dreams expected anything to be wrong. It was just a kick in the stomach.'


Recalling the moment she found out, Giuliana said: 'I went into the hospital in L.A., when they came in to tell me, they said it pretty quickly, they just said, "I'm sorry, you have breast cancer."
'It's what you expect, but so much more, it was like, incredible instant sobbing and the world just crashed down around me. I couldn't believe it - 36 years old, no family history? I couldn't believe it.'
Despite her illness, Giuliana is hopeful she and her husband will be able to resume IVF after her cancer treatment.
She said: 'I still want this baby ... because this baby has saved my life. I truly feel God was looking out after me... If I had gotten pregnant later down the line, I could have been a lot sicker.'










.

Bakal dedahkan kekasih 30 oktober ini :)

ELLA antara penyanyi yang selalu digosipkan bercinta dengan ramai jejaka kacak. Kebanyakannya terdiri daripada nama-nama yang popular di negara ini sama ada golongan artis mahupun ahli sukan.
Sebagai contoh, penyanyi rock ini pernah digosipkan dengan pelakon Hans Isaac dan bekas pemain badminton perseorangan negara, Rashid Sidek. Sayangnya, semua gosip itu hanya tinggal gosip sehinggalah ke hari ini.

Bagaimanapun, selepas agak lama sepi tanpa cinta baru, rocker berusia 45 tahun ini semakin berseri-seri. Dia kini semakin ceria dan tidak berselindung lagi tentang pria yang dikatakan telah bertakhta di taman hatinya.
Menurut Ella, hatinya kini sudah dimiliki. Tetapi dia belum bersedia mendedahkan sepenuhnya identiti lelaki bertuah itu. Sebaliknya, kata anak kelahiran Klang, Selangor ini, biarpun perkara itu diketahui sendiri orang semua pihak.

"Biarlah wartawan atau peminat tahu sendiri kerana saya tidak mahu komen panjang. Kalau anda bernasib baik dia (kekasih) akan datang ke konsert Whitesnake di Stadium Merdeka , Kuala Lumpur, 30 Oktober ini.
"Itu pun kalau dia ada di sini (dalam negara) sewaktu konsert itu berlangsung. Cuma apa yang boleh saya cakap, dia orang biasa sahaja," ungkapnya selepas pelancaran konsert Whitesnake di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada Konsert Whitesnake World Tour 2011 Live In Kuala Lumpur yang mengenakan tiket RM358, RM258, RM158 dan RM98 itu Ella telah dipilih sebagai artis pembuka tirai sebelum kumpulan rock legenda itu beraksi.

Jelas Ella, pada konsert itu nanti dia akan menyanyikan enam buah lagu antaranya Impian. Dia juga akan diiringi oleh para pemuziknya sendiri termasuk Joe Wings selaku gitaris utama.
Dengan peluang yang diberi, Ella bukan sahaja teruja untuk mengadakan konsert berskala besar itu tetapi pada masa yang sama berbesar hati dengan tawaran tersebut.
Katanya, Whitesnake bukan nama yang asing baginya.

"Difahamkan nama saya dipilih sendiri oleh Whitesnake dan vokalis mereka iaitu David Coverdale untuk menjayakan konsert ini. Saya rasa risau dan gemuruh pun ada. Sewaktu sekolah rendah lagi saya sudah kenal Whitesnake.
"Abang saya adalah peminat kumpulan itu pada era tahun 1970-an dan 1980-an. Bagi saya, suara David Coverdale dahsyat sangat. Saya berasa teruja untuk menjayakan konsert ini.

"Malah, ramai peminat saya di Facebook termasuklah dari Indonesia bertanyakan tentang konsert ini.
Mereka mahu beli tiket konsert itu lebih awal kerana tidak mahu ketinggalan menontonnya," ujarnya.
Jelas Ella, pada persembahannya selama 30 minit itu dia tidak menolak kemungkinan untuk berduet dengan David Coverdale jika ada pihak-pihak yang mahukannya berbuat demikian. Itu adalah suatu penghargaan buatnya.
Dia yang meminati lagu Whitesnake seperti Is This Love berkata, segala persiapan termasuklah latihan telah diadakan agar para peminat tidak kecewa dengan persembahannya.

"Ini bukan kali pertama saya mengadakan persembahan dengan artis antarabangsa. Saya pernah mengadakan persembahan bersama kumpulan Duran-Duran sewaktu berkunjung ke Los Angeles, Amerika Syarikat, pada tahun 1990-an.
"Bagaimanapun kalau di Malaysia, ini adalah kali pertama saya mengadakan persembahan dengan artis antarabangsa. Apa yang pasti saya akan menyanyikan kesemua lagu saya sendiri yang dalam bahasa Melayu," katanya.








.

Lari tinggal 2 anak

Seorang wanita terpaksa berpisah dengan dua anaknya selepas melarikan diri akibat tidak tahan dibelasah suami di kediaman rakannya di Damansara Damai, di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, mangsa berusia 32 tahun menumpang di rumah rakannya itu selama lebih dua minggu selepas melarikan diri bersama dua anaknya akibat tidak tahan dipukul suaminya.

Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, kejadian berlaku jam 2 pagi selepas mangsa mendapat panggilan telefon daripada suaminya menyuruh dia turun berjumpa dengannya.
Mangsa akur dan turun bertemu suaminya dengan membawa bersama dua anak mereka sebelum berlaku pertengkaran kecil. Ketika itu, suami mangsa yang naik marah menumbuk perut dan menampar mukanya.

“Suaminya turut mencekik mangsa sebelum wanita itu menolaknya dan melarikan diri meninggalkan kedua-dua anaknya bersama lelaki itu,” katanya. Menurutnya, sebelum kejadian, keluarga suami mangsa pernah datang ke rumah berkenaan dua minggu lalu dan mengugut akan ‘menyemadikan’ mangsa sambil melontarkan kata-kata kesat kepadanya.

“Bapa mentua mangsa turut memberi amaran supaya tidak mendekati suaminya lagi berikutan lelaki itu sudah beristeri baru dan hidup bahagia,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa yang melarikan diri ke rumah seorang lagi rakannya di Jinjang, dekat sini, membuat laporan di Balai Polis Jinjang sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.










.

Menangis ditahan tunggang motosikal tanpa lesen

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan bersama tiga lagi rakan bawah umur dalam satu operasi oleh Unit Khas Polis Trafik Kuala Lumpur di Tasik Titiwangsa di sini, malam kelmarin, menangis teresak-esak merayu supaya dibebaskan polis kerana bimbang dimarahi keluarga.

Dalam operasi berakhir kira-kira jam 8.15 malam itu, remaja berkenaan ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen bersama seorang rakannya berusia 13 tahun yang membonceng, manakala dua lagi rakannya masing-masing berusia 14 dan 10 tahun, menunggang sebuah lagi motosikal berasingan.

“Saya datang ke sini (Tasik Titiwangsa) sebab nak cari kawan saya. Lagipun, ini pertama kali kami menunggang motosikal ke sini, selalunya kami naik basikal.
“Biasanya pada hujung minggu, saya dan rakan akan berbasikal ke sini sebab nak tengok orang main kereta kawalan jauh,” katanya yang mahu dikenali sebagai Saiful.

Difahamkan, Saiful memberitahu ibunya mahu ke kedai berhampiran sebelum bertindak berani menunggang motosikal ke taman tasik berkenaan bersama tiga rakannya, namun tidak bernasib baik kerana ditahan pada operasi itu.

Saiful dan tiga rakannya adalah antara lebih 130 penunggang motosikal diperiksa dalam operasi diketuai Ketua Unit Penguatkuasaan Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), Asisten Superintendan Azmi Wahid selepas operasi selama dua jam itu berakhir.

“Operasi ini kali ketiga diadakan di sini selepas operasi kali pertama empat bulan lalu, berdasarkan aduan penduduk setempat dan pengunjung taman tasik ini berhubung wujudnya aktiviti tidak sihat di kalangan penunggang motosikal yang suka membuat bising dan lumba haram.
“Selepas tiga kali operasi di sini, kita lihat jumlah motosikal yang disita hari ini (kelmarin) berkurangan kepada tujuh berbanding 30 motosikal pada operasi pertama, ” katanya.










.

Betapa manusia zaman sekarang sudah hilang perikemanusiaan


Rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun di China yang dilanggar sebuah van dan kemudian tidak dihiraukan oleh pejalan kaki, menggemparkan negara ini dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia menggambarkan keadaan kurang bermoral dalam masyarakat moden di republik ini.


Video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober lalu itu dan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merakamkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan berdarah di sebuah jalan raya di bandar Foshan, wilayah Guandong.


Media rasmi hari ini melaporkan lebih 12 orang yang melalui jalan itu sama ada pejalan kaki atau menaiki basikal, tidak mempedulikan kanak-kanak itu sehinggalah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori.


Seorang wanita kemudian menarik kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan sebelum ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja asing di bandar itu tiba di tempat kejadian.
Akhbar China Daily melaporkan kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital, diisytihar 'mati otak'.


Agensi berita Xinhua melaporkan dua pemandu kenderaan yang melanggarnya telah ditahan polis.










.

Siapa sangka..


  “Luluh hati saya ketika tiba ke tempat kejadian dan melihat tubuhnya terbujur kaku ditutup dengan plastik hitam. Malah, lebih mengecewakan apabila mengenangkan arwah tidak sempat melihat anak ketiganya yang bakal lahir.

“Sebelum ini, dia pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga koma dan menyatakan sekiranya sekali lagi terbabit kemalangan, nyawanya akan terancam kerana kepalanya sensitif,” kata isteri kepada mangsa kemalangan maut, Shahrul Hisham Daud, 22.

Norhanisah Nordin, 21, yang baru disahkan mengandung sebulan berkata, ketika kejadian suaminya baru menghantarnya bekerja di pasar raya di Cheng jam 2.45 petang sebelum terbabit dalam kemalangan jam 3.30 petang itu.

“Sebelum ini, dia tidak pernah menghantar saya sehingga ke kaunter tempat bekerja, namun hari ini (kelmarin) dia beriya-iya mahu ikut hingga ke kaunter, tetapi saya tidak menghiraukan permintaannya.
 “Malah, sejak kebelakangan ini, suami lebih banyak berdiam diri sehingga kami jarang berbual dan saya tidak sangka perubahan itu petanda suami meninggalkan kami selamanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), di sini, semalam.





P/S - Semoga tabah, al-fatihah..









.

Kerana laju..


  “Apabila tiba di lampu isyarat itu, saya terkejut mendengar bunyi dentuman kuat dan ternampak sebuah kereta Proton Iswara ‘terbang’ menghempap bumbung kereta lain,” kata Rizal Adnan, 20, saksi kemalangan membabitkan lapan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Emas, di sini, semalam.
Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang dan terkejut menyaksikan kejadian ngeri itu.

Rizal berkata, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat pemandu kereta Mercedes Benz yang merempuh deretan kenderaan itu tersepit di tempat duduk pemandu.
“Saya bersama orang awam lain cuba mengeluarkannya, namun kehadiran bomba di tempat kejadian tepat pada masanya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, pemandu Proton Iswara itu bagaimanapun terselamat daripada maut walaupun keretanya rosak teruk.

Kemalangan itu turut membabitkan enam kereta, sebuah van sekolah dan sebuah lori.

Kenderaan berkenaan berada di laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta jenis Mercedes Benz terbabit dipercayai dipandu laju dari Jalan Seremban-Tampin, di sini.

Difahamkan, akibat kesan hentaman kuat itu, lima mangsa di dalam kereta berasingan cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan.

Berikutan kemalangan terbabit, laluan Senawang ke Seremban berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini sesak sepanjang tiga kilometer.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku dari arah Senawang menghala ke Seremban membabitkan 19 mangsa berusia 20-an hingga 40-an.

Difahamkan, 14 mangsa lain yang turut berada di dalam kenderaan tidak cedera.

“Siasatan awal mendapati Mercedes Benz dipandu lelaki berusia 62 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam kenderaan lain,” katanya.


Menurutnya, kejadian itu menyebabkan enam kenderaan lain tidak sempat menekan brek berikutan jarak antara kenderaan terlalu dekat dan terkejut melihat sebuah kereta melambung tinggi sebelum ‘terbang’ ke atas dua kereta lain di laluan bertentangan.

Katanya, pemandu kereta Mercedes Benz itu tersepit di tempat duduk pemandu dan orang ramai terus menghubungi balai bomba berdekatan.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Seremban, S Gunaselan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.33 pagi.

“Tiga jentera bomba dari Balai Bomba Seremban bersama 18 anggota dan pegawai tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit mengeluarkan mangsa tersepit berikutan kenderaan bertindih dengan sebuah kereta Proton Iswara,” katanya.





 P/S - http://bit.ly/r1yr7G




.

Berpantang maut sebelum ajal..


Berpantang maut sebelum ajal. Itulah ungkapan paling tepat bagi seorang lelaki yang masih hidup biarpun parah di kepala akibat ditetak dan patah kedua-dua kaki selepas dicampak dari atas sebuah jambatan setinggi kira-kira 40 meter di sini, sejak empat hari lalu.
Menambahkan lagi penderitaannya, sepanjang tempoh berkenaan, lelaki warga Pakistan terbabit terpaksa tidur bertemankan mayat dua rakan senegaranya yang sudah berulat dan reput selepas kedua-duanya terbunuh sejak hari kejadian.

Penderitaan lelaki berusia 30-an itu hanya berakhir apabila dia ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh penduduk kampung yang mencari pucuk paku di lokasi kejadian di bawah Jambatan Kenderong di Kilometer 8.9 Jalan Gerik - Kupang, kira-kira jam 2 petang semalam.


Difahamkan, untuk menyambung nyawa, mangsa yang cedera akibat ditetak di kepala dengan parang terpaksa minum air sungai dan lopak kerana tidak mampu merangkak naik ke tebing jambatan yang ketinggiannya bersamaan bangunan lima tingkat.
 Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan ketiga-tiga mangsa itu kira-kira jam 3.15 petang lalu bergegas ke lokasi kejadian




 P/S - http://bit.ly/r1yr7G




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!