Sunday, November 6, 2011

Berkorban demi kebahagiaan


SEMAKIN jauh perjalanan yang dilalui, semakin banyak dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh seluruh umat Islam. Apatah lagi hari ini merupakan Hari Raya Aidiladha, sudah pasti ia memberi pengertian yang cukup luas pada semua.
Tidak ada siapa yang mahu terus duduk dalam lembah kejahilan. Tidak ada siapa yang mahu memperjudikan nasib mengakhiri hidup dengan sia-sia. Apa yang pasti ramai yang mengimpikan hidup mereka dilimpahi rahmat yang tak putus-putus daripada Allah SWT.
Jalan-jalan yang dilalui tidak sesukar mana. Cuma halangan berliku yang sentiasa ditempuh sudah cukup untuk mencabar diri sama ada kuat atau tidak menghadapi ujian daripada Tuhan Yang Esa.

Bagi Irma Hasmie Ibrahim pula, sambutan lebaran kali ini serba sederhana. Dia sedar perubahan yang dapat dilihat oleh masyarakat hari ini bukan untuk menunjuk-nunjuk seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.
Semuanya datang daripada kerendahan hati yang mahu mencari jalan perubahan. Mungkin menjatuhkan hukuman lebih mudah tetapi apa yang bersarang di hati Irma tidak ada siapa yang dapat meneka.
“Saya berubah kerana sudah tiba masanya. Saya takut kepada azab yang Allah janjikan jika saya terus lalai dan lupa. Atas dasar itu saya berkorban mencari jalan perubahan agar dapat menikmati hidup dengan lebih sempurna.

“Alhamdulillah selepas beberapa bulan ini, saya lebih yakin dengan jalan yang saya pilih. Saya juga manusia biasa yang pernah lalai dan leka dengan segala hal tak penting.
“Kalau dulu saya melebihkan hal-hal duniawi sampaikan membelakangkan hal akhirat. Bila sampai waktu saya sedar yang jalan yang saya pilih adalah jalan yang sedikit tersasar.

“Buat perkara yang tak elok tu memang seronok. Jadi, saya kena kawal nafsu saya untuk buat perkara yang tak elok. Nak mengawal hati dan nafsu yang jadi cabaran paling besar.
“Saya tidak mencari kesempurnaan tapi saya mahu hidup saya lebih sederhana dalam segala segi. Biarlah segala-galanya bergerak seiring,” kata pengacara rancangan Assalamualaikum yang disiarkan stesen TV Al-Hijrah ini lagi.


Tak putus rezeki
MELIHATKAN senario perubahan besar yang berlaku pada segelintir artis pada hari ini, ramai yang teruja dengan perubahan imej dan perubahan besar yang mereka bawa.
Bukan satu atau dua artis yang telah berhijrah, tetapi ramai yang berbuat demikian.
Cuma, untuk berubah itu tidak semudah yang disangka kerana cabarannya tidak pernah padam. Ujian demi ujian yang harus ditempuhi oleh mereka sampaikan ada yang mula merungut apabila tawaran untuk mereka semakin kurang.

Tidak berniat untuk mendedahkan nama-nama artis yang terkena tempias ini. Ada yang mula bersuara apabila pengarah sudah tidak mahu lagi memberi tawaran sampai menyebabkan mereka rasa terbatas.
Saat soalan ini ditanyakan kepada wanita asal Kuala Lumpur ini, dia tenang menjawab satu persatu soalan yang dilemparkan.

“Ini adalah ujian daripada Allah. Allah tidak akan menurunkan ujian kalau kita tidak mampu menghadapinya,” luah Irma jujur.
Saat melihat wanita ini semakin galak bercerita, Irma cukup bersyukur kerana masih ada rezeki yang tak putus-putus untuk dirinya. Saban hari ada sahaja tawaran baru yang datang sampaikan dia kekurangan masa untuk melaksanakannya.

Melihatkan rezeki yang senantiasa melimpah-ruah menyalut kerjaya wanita ini, ia seakan-akan melenyapkan sedikit kata-kata kurang enak yang bertebaran sebelum ini.
“Saya tidak pernah rasa terjejas dengan perubahan ini. Orang selalu bertanyakan kepada saya soalan yang sama. Saya bersyukur sebab belum merasai situasi sebegitu.

“Bila kita pilih jalan begini, kita kena reda dengan apa yang berlaku. Semua orang mahukan keberkatan dalam mencari rezeki. Begitu juga dengan saya.
“Masih ada watak-watak baik yang ditawarkan pada saya oleh pengarah. Secara tak langsung saya juga berdakwah kepada semua penonton. Apabila mereka lihat saya, mana tahu mereka berubah sedikit ke arah kebaikan. Ini cukup menggembirakan saya,” tambahnya.


Jalan taubat
“ALLAH cukup sayangkan kepada orang yang bertaubat. Lupakah sahaja kisah lalu yang pernah membelenggu hidup kita dan mulakan hidup baru. Selagi tak berubah selagi itu kita akan duduk di takuk lama,” jelas pelakon drama bersiri Awan Dania ini lagi.
Tidak ada yang mustahil di dalam dunia ini. Begitu juga dengan Irma. Tidak malu mengakui yang dirinya sedikit tersasar dahulu, jelas Irma segala-galanya berubah saat dia menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah pada bulan Februari yang lalu.

Pengalaman berada di sana cukup indah untuk diingati. Saat melihat semua umat Islam tidak mengira taraf sujud menyembah Allah yang satu, hatinya terdetik yang dia perlu berubah.
Lantas sekembalinya daripada menunaikan umrah ketika itu dia nekad mahu menjadi muslimah yang baik. Ditinggal segala keburukan hanya untuk mencari reda Ilahi.

Irma, peluang dan ruang yang terbuka depan mata tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Sesiapa juga patut mengambil peluang yang terhidang depan mata untuk sama-sama merasai kemanisan itu.
“Bila melihatkan ramai rakan-rakan artis yang lain sudah bertudung, hati saya jadi sayu. Saya tidak keseorangan menerima berita baik itu sebaliknya disambut dengan baik juga oleh peminat yang lain.
“Inilah pengorbanan kecil yang cukup manis. Hal-hal lama yang membelenggu perlu dibuang jauh-jauh. Lantaklah orang nak bercakap kita berubah sebab itu dan ini.

“Kita tak dapat nak tutup mulut orang. Orang bebas nak cakap apa sahaja asalkan kita tahu yang terbaik. Macam saya cakap tadi, hal lama biarkan ia berlalu.
“Biar Allah sahaja yang hukum kita. Siapa manusia nak jatuhkan hukuman dan cakap itu ini? Kalau ada yang terganggu, nasihat saya abaikan sahaja,” katanya yang telah pergi menunaikan umrah buat kali kedua pada bulan Ramadan yang lalu.


Cari lelaki beriman
MENYEBUT sahaja nama Irma, pasti ramai yang akan mengaitkan dirinya dengan insiden putus cinta yang berlaku tahun lalu. Semakin dia cukup melupakan kenangan itu semakin ia hampir membelenggu dirinya.
Pancaindera tidak berniat untuk mengungkit cerita yang telah terjadi itu. Cuma apa yang bermain di fikiran apakah benar Irma serik dalam percintaan.

Benarkah pengalaman putus cinta yang lalu amat perit sehingga menyebabkan dia kini lebih berhati-
hati untuk memilih pasangan?
“Saya positif dalam segala segi. Macam sekarang ni pun memang saya ada berkawan dengan seseorang. Cuma apa yang boleh saya katakan kami masih lagi baru dan tak boleh nak cakap lebih-lebih lagi.

“Nanti kalau saya cakap saya bercinta orang nak tahu bila nak kahwin. Bila tak jadi kahwin, orang tanya juga nanti. Dulu dah ada pengalaman, jadi saya rasa saya lebih pandai nak bawa diri dalam isu macam ni.
“Saya tak boleh nak kata bila saya nak tamatkan zaman bujang. Kalau awal jodoh saya sampai, mungkin tahun depan saya kahwin. Kalau lewat, tak tahulah bila.

“Bila tengok orang lain seronok melayari alam rumah tangga, saya pun ada terdetik perasaan itu. Jadi saya hanya mampu berdoa agar ada jodoh buat saya,” ujar duta kepada produk Femina Walit Gold ini.
Tidak menetapkan sebarang ciri-ciri khusus untuk calon suami, Irma hanya mengharapkan lelaki tersebut seorang yang soleh dan mampu membimbing dirinya ke jalan kebenaran.
“Saya hanya mampu merancang tetapi Allah juga yang menentukan,” kata Irma mengakhiri perbualan.








.

Kisah Abby Abadi


WANITA ini begitu berhati-hati dengan kata-katanya sewaktu menceritakan semula tentang kisah percintaan yang dikatakan sudah berakhir dengan kekasihnya, Zul Ariffin.
Kelihatan raut wajah muram dan sesekali genangan air di kelopak mata tatkala memuntahkan apa yang merunsingkan benak pemikirannya.

Terus-terang, dia mengakui ‘kejadian’ itu berpunca daripada dirinya sendiri dek pengakuan berani mengungkap kata perpisahan dalam blog peribadi, www.absolutelyabbyabadi.blogspot.
Pengumuman yang dilakukan tanpa persetujuan bersama itu dibuat pada hari jadi Zul yang ke-25 pada 25 Oktober lalu.

Dalam blog Abby itu, wanita berusia 33 tahun ini mencurahkan masa depan hubungan mereka yang sudah menemui titik noktah.
“Saya nak orang tahu situasi sebenar,” reaksi awal wanita ini membuka cerita pada pertemuan di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada petang Selasa lalu.

Abby memberitahu bahawa kudrat wanita tidak mampu untuk menolak takdir perpisahan yang disuratkan oleh-Nya, apabila lelaki yang menjadi pendengar setianya itu bukan lagi pasangannya.
“Saya berani cakap bahawa Zul banyak menggembirakan saya sepanjang tiga tahun kami bersama. Dia pendengar setia terutama ketika saya berdepan dengan situasi ‘sakitnya dikhianati’.
“Mungkin dalam keadaan saya yang tak nampak apa yang berlaku pada masa depan, tanpa disengajakan saya mencoretkan apa yang bermain dalam fikiran saya di blog.

“Setelah tiga minggu kami tidak berjumpa dan saya sendiri tak nampak sebarang usaha daripada dia untuk mencari saya. Iyalah, masing-masing sibuk dengan kerja dan membuatkan saya rasa semakin terpinggir.
“Inilah masa paling kritikal. Kami diduga dalam hubungan ini sebab sebelum ini tak pernah berpisah lama. Biasanya, selang sehari, pasti bertentang mata. Jadi bila berlaku jurang itu dan dengan tidak sengaja saya telah melakukan kesilapan,” dedahnya satu persatu.

Bekas penyanyi kumpulan Elite ini juga mengakui tentang minatnya yang mendalam dalam bidang penulisan. Medium blog dan Facebook sering dijadikan sasaran untuk melepaskan gian coretan peribadinya.
Hanya menerusi kegiatan tersebut, Abby dapat melegakan diri sekali gus bertindak sebagai terapi tanpa berniat untuk memburukkan sesiapa.
“Apa yang berlaku (perpisahan dengan Zul) adalah kesilapan saya. Saya tak akan salahkan dia sebab perkara ini sudah berlaku. Kalau nak tahu, saya ada jumpa Zul dua hari selepas hari jadinya.

“Dalam pertemuan itu, kami diam dan saling berpandangan antara satu sama lain. Dia tahu betapa saya sayangkan dia dan begitu juga dengan saya. Tapi disebabkan ego masing-masing menyebabkan hubungan kami semakin keruh.
“Saya akui banyak dugaan dalam hubungan ini. Jadi apabila saya sudah terbuat benda yang terkeluar dari hubungan kami menyebabkan hubungan ini semakin jarak.

“Sebab itu, saya membuat kesimpulan bahawa jangan ambil terlalu lama untuk berbaik dengan pasangan kita kalau ada perselisihan faham sebab perkara itu akan bertambah mudarat,” katanya tanpa berselindung.
Mengorek punca lain yang menyebabkan kepudaran cinta pasangan sejoli tersebut, wanita ini dilihat tersenyum pahit.
“Hubungan ini direstui semua pihak pada mulanya dan berakhir dengan cara ini. Biar saya dengan Zul yang tahu apa yang berlaku keseluruhannya sebab kami manusia yang sama-sama buat kesilapan.

“Saya pernah cakap dengan dia, kalau tak jadi pasangan sekali pun, saya mahu kita berkawan sampai bila-bila. Urusan selebihnya, serah kepada IIahi sebab dia Maha Mengetahui apa yang berlaku pada masa depan,” katanya optimis.
Ditanya tentang status hubungan Abby dengan Zul, wanita ini mengatakan dia selesa dengan istilah ‘tergantung’.
“Biarlah orang tahu yang kami ini berkawan dan saling berhubung antara satu sama lain,” katanya ringkas.


Tekanan di hospital

Pertemuan selama sejam itu juga mengajak topik perbualan kejadian Abby dimasukkan ke hospital disebabkan tekanan baru-baru ini. Jelas kelihatan wanita ini menggelengkan kepala apabila musibah yang dialaminya itu dikaitkan spekulasi perkahwinan bekas suaminya, Norman Hakim dengan Memey Suhaiza.
“Jangan nak merepek. Jangan sesekali cuba kaitkan saya dengan ‘dia’ sebab dia memang tak ada dalam hidup saya. Lepas saya berkawan dengan Zul, tak ada pun saya simpan dalam hati untuk kembali dengan ‘dia’ dan benda itu tak akan berlaku.

“Saya tak faham kenapa masih ada orang yang mengaitkan saya dengan ‘dia’? Tapi bila melibatkan perkara yang patut diselesaikan, saya kena cakap sebab itu adalah hak anak-anak saya untuk jangka masa panjang.
“Bukan saya saja-saja nak cakap untuk gaduh dan saya pun tak suka nak gaduh. Sebab pada hujung cerita, saya akan menangis bersendirian,” ceritanya.
Pada masa yang sama, Abby menafikan dakwaan mengatakan tekanan yang dialaminya itu berpunca daripada kehilangan tawaran berlakon.

“Walaupun saya tak ada penggambaran, saya masih ada perniagaan lain yang boleh dijadikan sumber pendapatan. Tak kan saya nak beritahu semua tentang apa job saya sekarang sebab rezeki saya sentiasa ada saja, meskipun dalam Facebook.
“Tak semestinya kalau tak keluar televisyen, saya tak ada sumber pendapatan. Saya meniaga dan saya tak boleh harapkan rezeki datang bergolek, kena juga usaha,” tegasnya sebelum berpisah petang itu.








.

Together forever... lovers holding hands for 1,500 years discovered in Rome grave


Laid out side by side and holding hands, these 1,500-year-old male and female skeletons are surely a sign of eternal love if ever there was one.
The lovers were probably even ‘looking into each other’s eyes’ when they were buried in the 5th century, during the final days of the Roman Empire.
The extraordinary discovery was made by archaeologists excavating an Ancient Roman palace in the Italian town of Mutina, known today as Modena.
Anthropologist Vania Milani said:  ‘It was a very touching and beautiful sight to see. 


‘The woman’s head is turned towards the man and they were holding each other’s hands.
‘I suspect the head of the man was also turned towards the woman at the time of burial and that it was probably resting on a cushion which then decomposed over time and caused it to roll away.
‘They would have been looking into each other’s eyes at the time of burial in a sign of eternal love.’
Although not much is known about the couple, a picture is emerging.
A bronze ring found among the  woman’s bones, for example, suggests they were married.
Their remains will be displayed in a museum near the town next year.


The tomb was one of 11 found at a depth of around 10ft.
Another one housed three male  skeletons, all horribly mutilated – one was a teenager found with his skull between his legs.
It has been suggested the trio were slaves executed by their master.
However, Mrs Milani said evidence of slash wounds suggested they were  victims of murder.
It is not the first time ancient multiple burials have been discovered in Italy. In 2007, a couple were found dating back 5,000 years, also near Mutina.







.

Lelaki cedera ditusuk ikan todak

Seorang lelaki cedera pada pipi kanannya selepas ditusuk seekor ikan todak ketika memancing di perairan Langkawi, awal pagi tadi.
Kejadian pukul 2 pagi itu berlaku semasa mangsa, Ismail Talib, 52, keluar ke laut bersama abang ipar dan anak saudaranya dengan sebuah bot sejak semalam.
Menurut anak saudara mangsa, Muhammad Shukri Senafi, 19, semasa insiden itu, Ismail sedang tunduk untuk mengangkat hasil tangkapan di laut.

"Tiba-tiba seekor ikan todak yang dipercayai sebesar ibu jari kaki melompat keluar dari permukaan air lalu menusuk pipi kanannya.
"Saya dan bapa, Senafi Ahmad, 60, sedang tidur dan terkejut mendengar jeritan pakcik (Ismail) yang meminta dibawa ke hospital dengan segera," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang juga seorang pesara tentera dikejarkan ke Hospital Langkawi sebelum dirujuk ke HSB untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu, menurut isteri mangsa, Sayah Ariffin, 50, suaminya sering ke laut kebelakangan ini untuk menangkap ikan dan sotong di perairan tersebut.

"Suami memang suka ke laut apatah lagi apabila terdengar khabar ikan dan sotong banyak di laut sekarang. Tidak sangka pula begini jadinya.
"Kami amat risau kerana dia (Ismail) mengadu tidak boleh nampak apa-apa lagi. Namun saya bersyukur kerana dia selamat dan cuma terpaksa menjalani pembedahan untuk menjahit luka yang terkoyak akibat tusukan ikan itu," katanya.








.

Warga emas diragut ibu tunggal muda

Seorang ibu tunggal berusia 18 tahun dicekup selepas meragut seorang wanita di tempat letak kereta sebuah pasar raya di sini kelmarin.
Kejadian pukul 6 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 59 tahun dalam perjalanan ke keretanya di tempat letak kereta pasar raya berkenaan selepas selesai membeli-belah.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, mangsa yang keseorangan ketika itu tiba-tiba dihampiri suspek yang kemudian bertindak merampas dompet yang dipegang mangsa.
“Setelah meragut dompet mangsa, suspek terus melarikan diri namun tindakan mangsa menjerit meminta tolong berjaya menarik perhatian orang ramai.

“Suspek berjaya ditahan oleh orang awam dan seorang anggota polis peronda yang kebetulan melalui kawasan itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya di sini semalam.
Menurut Zulkefly, mangsa yang merupakan suri rumah tidak mengalami sebarang kerugian bagaimanapun hanya cedera ringan akibat ditolak suspek.

Katanya, pemeriksaan air kencing suspek yang menganggur itu turut mendapati positif dadah jenis syabu.
Ujarnya, suspek yang berasal dari Kulai dan mempunyai seorang anak berusia setahun bagaimanapun tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.
Sementara itu, dalam kes berasingan, beliau berkata, pihaknya menahan sepasang kekasih di sebuah hotel bajet di Senai dan merampas 57.4 gram dadah jenis heroin dan syabu, kelmarin.








.

Rumah hangus menjelang Aidiladha


Kegembiraan seorang ibu tunggal untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama adiknya di Rawang, Selangor, kira-kira 400 kilometer dari sini, berakhir apabila rumahnya di Taman Bersatu, Kuala Kedah di sini hangus dijilat api petang kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Maslina Wong Abdullah, 55, sibuk menyiapkan ketupat dan lemang untuk juadah Hari Raya Aidiladha di rumah adiknya di Rawang.
Menurut Maslina, dia hampir pengsan apabila diberitahu oleh salah seorang anaknya tentang kejadian itu dan terpaksa bergegas pulang ke rumah sewanya itu walaupun baru sahaja tiba di Rawang.

"Saya sedih melihat semua barang di dalam rumah hangus termasuk wang simpanan sebanyak RM1,000 dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang diletakkan dalam rumah itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Ketika kejadian anaknya, Mohd. Mahadi Abdul Mutalib, 25, keluar membeli makanan di restoran berhampiran.

"Saya tidak tahu apa puncanya kerana sebelum saya bertolak ke Rawang pada malam Khanis lalu, saya telah tutup semua suis elektrik termasuk di peti ais selain tidak benarkan anak saya memasak," ujarnya lagi.
Menurut Maslina, dia kini tinggal sehelai sepinggang dan mungkin terpaksa menumpang sementara di rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah sewanya itu.

"Selain rumah saya, dua buah rumah yang terletak bersebelahan rumah saya turut terbakar. Bagaimanapun ia tidak teruk kerana api sempat dikawal oleh anggota bomba," jelasnya.
Dalam pada itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja di sini memberitahu, pihaknya masih menyiasat kerugian dan punca kejadian kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah itu.









.

Misi bantuan telah tiba..


Kesusahan mangsa banjir di Thailand terus mendapat simpati rakyat Malaysia yang menghantar misi bantuan kemanusiaan kedua berupa dua kontena minuman dan makanan yang tiba di sini, petang semalam.

Penghantaran bantuan itu sumbangan badan sukarela bukan kerajaan (NGO) diselaraskan Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri Thailand, Yingluck Sinawatra dan pejabat kedutaan Malaysia di Bangkok.

Penyelaras misi penghantaran, Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah menyerahkan bantuan bernilai RM26,000 itu kepada Pengarah Pusat Perhubungan Sheikhul Islam Selatan Thailand di sini, Halim Latif kira-kira jam 6 petang.

Setiausaha MCA Alor Setar merangkap Penasihat CRSM (Crisis Relief Squad MCA) Alor Setar, Loh Gim Hooi serta Bendahari Persatuan Keselamatan Sukarela Kerian, Perak (PKSK), Khaw Chee Peng menyaksi penyerahan itu kepada Halim di Masjid Besar Songkhla yang menempatkan Jabatan Agama Islam Songkhla, Hatyai.

Sumbangan dikumpul oleh CRSM Alor Setar berupa 1,600 kartun air mineral dan 600 kotak mi segera bernilai RM16,000 manakala PKSK menyumbang 250 kotak biskut bernilai RM10,000.

Latt Shariman memberitahu wartawan Malaysia yang menyertai konvoi misi penghantaran itu, banyak lagi bantuan yang dikumpul oleh NGO untuk keperluan mangsa banjir di Bangkok akan dihantar berperingkat-peringkat.

Esok (hari ini) tiga lagi kontena bantuan berupa air mineral dan makanan akan dihantar kepada pasukan Divisyen Keempat Tentera Thailand di sini untuk diserahkan kepada kerajaan negara 'Gajah Putih' itu, katanya.
"Saya bersyukur sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta NGO membantu mangsa banjir Thailand, banyak respons positif diterima bagi menjayakan misi 'Bantuan Banjir Thailand.'

"NGO ini pula bergabung dengan penuh semangat 1Malaysia dan banyak sumbangan berjaya dikumpul," kata Latt Shariman yang juga Ketua UMNO bahagian Kuala Kedah.

Beliau meminta pihak yang ingin terbabit dan membuat sumbangan supaya menghubungi CRSM, Persatuan Bulan Sabit Merah atau St John Ambulans di kawasan terdekat.


Jumaat lalu, Latt Shariman menyerahkan satu kontena air mineral kepada polis Hatyai untuk dihantar ke Bangkok. Sebelum ini kerajaan Malaysia menyumbang sebanyak US$1 juta (kira-kira RM3.12 juta) kepada kerajaan Thailand untuk membantu mangsa banjir.

Sementara itu, Halim bagi pihak kerajaan dan rakyat Thailand mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang menunjukkan semangat kejiranan yang tinggi terhadap rakan yang dilanda bencana.

Katanya, banjir kali ini adalah yang terbesar dan berat untuk dipikul oleh mangsa banjir di tengah dan utara Thailand.

Barang tersebut akan diserahkan kepada pejabat Sheikul Islam di Bangkok untuk diserahkan kepada kerajaan bagi mengagihkannya kepada mangsa banjir, katanya.








.

Asteroid Dijangka Berlegar Antara Bumi, Bulan


Asteroid pada saiz lebih besar daripada pesawat pengangkut dijangka berlegar antara bumi dan bulan, Selasa depan.
Ia juga adalah penemuan asteroid pada saiz besar dan terdekat yang dikesan berdekatan bumi dalam tempoh 35 tahun.

Bagaimanapun, saintis berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan jatuh ke bumi.
Katanya, saintis sentiasa memantau putaran perlahan asteroid yang dikesan sejak 2005.
Dianggarkan asteroid berkenaan berlegar dalam lingkungan 325,000 kilometer dari bumi pada sebelah petang Selasa depan.








.

Maut Minum Racun Rumpai

Seorang lelaki rakyat Nepal yang bekerja sebagai buruh binaan di Pulau Perhentian Kecil di sini, mati setelah dipercayai meminum racun rumpai petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd Nor berkata mangsa, Rajendra Rokka, 25, yang bekerja di pulau itu sejak setahun yang lalu meninggal dunia ketika sedang diberikan rawatan di Hospital Besut.

Katanya seorang rakan mangsa yang baru bangun tidur, telah menemui mangsa kesakitan dengan buih keluar daripada mulutnya di satu kawasan semak di belakang bilik rumah pekerja di situ kira-kira pukul 10.30 pagi.
Mangsa kemudiannya telah dibawa oleh rakan-rakannya mendapatkan rawatan ke Pusat Perubatan Pulau Perhentian tetapi beliau dirujukkan ke Hospital Besut.
Bagaimanapun, jelas Noor Zainy, mangsa meninggal dunia kira-kira pukul 2.40 petang ketika sedang diberikan rawatan di hospital itu.

Katanya siasatan awal mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah dan dipercayai akibat meminum racun rumpai setelah sebotol racun berkenaan ditemui di tepi mangsa.
Mangsa yang mempunyai dokumen bekerja yang sah itu dipercayai menghadapi masalah peribadi dengan rakan wanita di negaranya.








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!