Sunday, December 18, 2011

Senarai peserta SEGMEN | JOM TAMBAH FOLLOWER - Bhgn 2


Ini adalah bahagian 2, kesinambungan kepada link-link peserta segmen terbaru yang lulu anjurkan baru-baru ni.. untuk yang belum habiskan blogwalking, boleh kembali ke entri sebelum ni [klik] dan [klik] ;) .. tenkiu..
Dan semoga semua link yang tersenarai ini lengkap, tidak ada yang terkurang..huhu..
Terima kasih sekali lagi buat Syieda yang sudi menyenaraikan semua link ini..


Kumpulan 5

Suami potong jari isteri agar isteri berhenti ambil ijazah


Suami cemburu menghadapi kehidupan di dalam penjara selepas mencincang jari isterinya kerana dia mula belajar untuk ijazah tanpa kebenaran.

Rafiqul Islam, 30, menutup mata isterinya Hawa Akhter, 21, dan pelekat dilekatkan di mulutnya, memberitahu bahawa dia akan memberikan isterinya hadiah kejutan.

Sebaliknya dia memegang tangan isterinya dan memotong kesemua lima jari. Salah seorang ahli keluarga jari Hawa Akhter dalam tong sampah untuk memastikan doktor tidak dapat menyambungnya. Islam, yang merupakan seorang pekerja asing di Emiriah Arab Bersatu (UAE), telah memberi amaran kepada isterinya akan 'akibat teruk' jika dia tidak berputus asa terhadap pelajaran.

'Selepas beliau pulang ke Bangladesh, beliau mahu mengadakan perbincangan dengan saya,' Hawa Akhter memberitahu The Times.

'Tiba-tiba, dia menutup mata saya dan mengikat tangan saya. Pelekat dilekatkan ke mulut saya mengatakan bahawa dia akan memberikan saya beberapa hadiah kejutan. Tetapi, sebaliknya dia memotong jari saya. '
Mohammed Saluddin, Ketua Polis Bangladesh berkata bahawa Encik Islam telah mengaku selepas dia ditahan di ibu negara, Dhaka, dan akan menghadapi tuduhan penodaan kekal.

Kumpulan hak asasi manusia menuntut hukuman penjara seumur hidup.

Beliau marah. Dia cemburu kerana semasa dia hanya mempunyai gred lapan pendidikan standard, isterinya pergi ke kolej untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi, 'kata Encik Saluddin.

Hawa Akhter berkata, dia belajar untuk menulis dengan tangan kirinya dan berazam untuk meneruskan pelajaran. Dia kini kembali di rumah ibu bapanya.. Serangan itu adalah yang terbaru dalam siri tindakan-tindakan yang mensasarkan wanita berpendidikan dalam syarikat yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Awakkah ibu saya?


Ini adalah monyet berambut perang yang sangat berharga yang telah dipanggil 'beacon of hope' untuk spesies yang kritikal terancam.

Primat Francois yang sangat jarang ini, hanya berumur tujuh bulan, masih dijaga dengan rapi dan perlu diawasi ketika menyusu dengan botol.di London Zoo. Digelar Flame Of zookeepers kerana kepala oren - dan kerana dia dilahirkan pada hari laluan obor Olimpik diumumkan.
Flame kini dijaga oleh penjaga zoo, Kate Sanders, selepas haiwan comel ini telah ditolak oleh ibunya selepas kelahirannya.

Dia juga mempunyai mainan berbentuk monyet yang sangat dia sayangi untuk menghentikan dia daripada berasa keseorangan, apabila Kate sibuk bekerja dengan haiwan lain. Sebagai ibu tumpang, Cik Sanders mengambil Flame pada setiap malam supaya dia boleh terus menyusu melalui botol.


Nama sebenar monyet Kaixin, yang merupakan satu perkataan Cina yang bermaksud gembira.
Langurs Francois 'adalah salah satu spesis jarang ditemui di dunia monyet. Juga dikenali sebagai monyet daun François ', mereka tampan dan aktif.

Mereka biasanya ditemui di Vietnam timur laut dan dua wilayah China - Guangxi dan Guizhou.

Samuel Eto'o digantung 15 perlawanan


Cameroon menggantung ketua pasukan, Samuel Eto'o untuk 15 perlawanan kelmarin dan penolong ketua pasukan, Eyong Enoh bagi dua perlawanan selepas kedua-duanya memujuk rakan sepasukan agar tidak berkunjung ke Algeria bagi aksi persahabatan bulan lalu.
"Samuel Eto'o, dengan peranannya sebagai ketua pasukan, menghasut rakan sepasukannya supaya menolak kunjungan ke Algeria.

"Maka (majlis tatatertib) memutuskan bahawa (dia) digantung selama 15 perlawanan daripada pasukan senior kebangsaan lelaki," kata Persekutuan Bola Sepak Cameroon dalam laman webnya www.fecafootonline.com.

Pemain Cameroon melancarkan mogok pada November lalu mendakwa, mereka tidak menerima wang yang dijanjikan bagi penampilan pada Kejohanan Empat Negara di Maghribi, hujung minggu terdahulu.
Persekutuan itu berkata, Eto'o, 30, Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika empat kali, tidak mampu menjelaskan mengapa pemain enggan turun buat pasukan kebangsaan selepas Kementerian Sukan Algeria dan Cameroon menawarkan jalan keluar daripada krisis tersebut.










.

Acha Septriasa terima Anugerah


Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Jelita Septriasa hari ini dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Presiden Universiti LimKokWing di atas pencapaian cemerlang beliau dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Acha Septriasa merupakan antara 1,000 graduan universiti itu yang menerima diploma dan ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tersebut.

Acha yang mengambil jurusan Ijazah Komunikasi Massa menceritakan semula pengalamannya ketika menuntut di universiti tersebut berkata, beliau tidak dapat melupakan detik ketika ditugaskan menjalani latihan sebagai seorang wartawan.

"Ketika pergi ke tempat tugasan sidang akhbar, ada kalangan wartawan yang tertanya-tanya mengapa saya berada di sini disebabkan saya pernah berjumpa dengan mereka sebelum ini.
"Mereka hairan kenapa saya berada di situ, sebenarnya saya sedang menjalani latihan dan itu merupakan antara perkara yang tidak dapat dilupakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis konvokesyen tersebut.

Pada majlis tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili turut dipilih menerima Anugerah Kehormat Kepimpinan dalam bidang inovasi.
Selain itu Lord Sheikh of Cornhill in the City of London, Mohamed Sheikh pula menerima Anugerah Kehormat dalam bidang pembangunan sosial.

Sementara itu, Acha mengucapkan jutaan terima kasih kepada Universiti LimKokWing kerana memberikannya biasiswa dan peluang untuk menimba ilmu di situ.
"Ilmu yang dimiliki di sini bersama-sama rakan kuliah amat berguna. Saya akan manfaatkan segala yang diperolehi di sini kerana ia sangat membantu perjalanan kerjaya saya dalam industri hiburan," katanya










.

Borang fotokopi BR1M sah


Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disalin semula adalah sah untuk digunakan selain borang asal yang diedarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan, borang tersebut boleh digunakan dalam usaha kerajaan mempercepatkan proses pendaftaran dan pengagihan bantuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Katanya, sehingga 15 Disember lalu, sebanyak dua juta borang permohonan diterima LHDN dan kesemuanya sedang diproses bagi memastikan pembayaran dapat dijalankan secara berperingkat selewat-lewatnya pertengahan Januari depan.

"Borang fotokopi memang dibenarkan penggunaanya kerana dalam proses pendaftaran yang menyasarkan 5.2 juta pemohon, adalah amat sukar jika kita bergantung kepada LHDN semata-mata.
"Oleh itu, pembukaan kaunter-kaunter di seluruh negara termasuk penglibatan pemimpin tempatan dalam mengedarkan borang tersebut amat membantu bagi memastikan proses tersebut dapat dilakukan dalam tempoh sebulan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menjelaskan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang fotokopi BR1M di Hotel Impiana di sini hari ini.
Ahmad Husni berkata, walaupun penggunaan borang fotostat dibenarkan, orang ramai diminta berhati-hati dengan borang permohonan yang telah ditokok tambah bagi mengelakkan kegiatan penipuan.
Ini kerana katanya, terdapat aduan mengenai borang permohonan tiruan yang meminta orang ramai menyertakan nombor akaun bank.

"Kita minta orang ramai sekiranya didatangi individu yang mahu menjual borang tersebut dan perlu disertakan dengan nombor akaun bank, segera membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan," katanya.

Mengulas mengenai edaran borang permohonan di kawasan-kawasan terpencil, beliau berkata, beberapa pegawai LHDN dengan dibantu pekerja sambilan akan ke kawasan pedalaman terutamanya di Sabah, Sarawak dan Pahang bagi mengedarkan borang tersebut.










.

Waris tunggal Mat Kilau meninggal

Satu-satunya waris tunggal pahlawan negara, Mat Kilau iaitu Ibrahim Omar meninggal dunia di Hospital Jerantut di sini kira-kira pukul 8.50 pagi Isnin lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun akibat radang paru-paru dan lemah jantung.
Anak saudaranya, Ismail Mat Kahar, 50, berkata, Allahyarham Ibrahim adalah cucu sebenar kepada Mat Kilau dan merupakan anak kelima daripada enam beradik.

Tambahnya, Allahyarham dilahirkan pada 1934 dan menjadi waris terdekat Mat Kilau yang menetap di Pulau Tawar dekat sini.
"Sejak Mat Kilau diisytiharkan kepada khalayak pada 26 Disember 1969, Allahyarham Ibrahim kekal menjadi waris yang juga cucu terdekat pahlawan terbilang itu dan tidak pernah berhijrah dari Pulau Tawar.

"Allahyarham juga dijadikan tempat rujukan dan tumpuan pelawat yang berkunjung ke Pulau Tawar untuk mengetahui perjuangan serta kehidupan Mat Kilau," katanya.










.

Tipu di Malaysia, mewah di Afrika


Kaya raya dengan menipu rakyat Malaysia - inilah yang dilakukan oleh seorang warga Afrika apabila dia mampu membina sebuah banglo dan sebuah hotel bertaraf lima bintang bernilai RM400 juta di negaranya selepas melakukan penipuan di Malaysia.

Difahamkan, lelaki itu tiba hanya sehelai sepinggang di negara ini pada 2008 dan dalam tempoh enam bulan sahaja, dia bergelar jutawan dan kini menjadi idola golongan muda sebuah negara di Afrika kerana kejayaannya itu.

Kes melibatkan lelaki Awang Hitam itu dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan berdasarkan rekod, kegiatan penipuan warga Afrika itu semakin serius dan ia menjadi keutamaan setiap kali siasatan dijalankan pasukan itu.










.

Amaran ribut di pantai Sabah


Selepas melanda selatan Filipina sejak kelmarin sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 440 nyawa, ribut tropika Washi kini dilaporkan bergerak melalui Laut Sulu menuju ke pantai barat Sabah.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam amaran ribut tropika yang dikeluarkan pukul 9 malam tadi menjelaskan, keadaan itu boleh menyebabkan ribut petir, laut bergelora dan angin kencang di perairan pantai barat Sabah, Kudat dan Sandakan.

Jurucakap jabatan itu ketika bagaimanapun memberitahu, Malaysia dijangka tidak menghadapi ancaman langsung bencana itu. Katanya, ini kerana wujud laluan angin kira-kira 528 kilometer ke timur laut Sandakan, Sabah, petang semalam yang mengalihkan pergerakan Washi.
"Walaupun tidak akan kesan langsung, kami tetap mengeluarkan amaran laut bergelora dan angin kencang dengan kelajuan 26 kilometer sejam," katanya.
Menurutnya, keadaan itu sebenarnya tetap berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Agensi berita melaporkan, ribut Washi turut mengakibatkan kira-kira 500 mangsa hilang apabila bandar pesisir pantai Cagayan de Oro dan Iligan di wilayah Mindanao, selatan Filipina dilanda banjir kilat.
Bencana itu melanda tanpa amaran ketika penduduk sedang nyenyak tidur awal pagi semalam dan mengakibatkan ramai mangsa dihanyutkan ke laut.

Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan, Alvin Bacal berkata, angka kematian tinggi itu disebabkan oleh penduduk di dua kawasan terbabit jarang menghadapi ribut tropika.
"Ramai panik kerana dalam masa tidak sampai 30 minit, air di beberapa kawasan rendah naik mendadak sehingga setinggi 3.3 meter," katanya.










.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!