"Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk."
Demikian luah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong di sini yang mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh seorang guru sekolah tersebut semalam.
Pelajar berkenaan, Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, 14, mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang bergaduh dengan seorang pelajar di sekolah tersebut.
"Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.
"Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.
.
3 Penyokong CHELSEA:
cikgu ape mcm tu..pukul beragak-agak jugak...cikgu tugas mendidik, bukan memukul sampai pengsan. pukul cikit-cikit sudah...
pukul balik loh cikgu tuh sampai terbaring mcm nih..baru dia tahu sakit rupanya kena pukul :(
amoboii budak2 sekarang ni.. kalau bertumbuk dengan kawan-kawannya sampai pecah berdarah kepala pun masih steady lagi.. kontrol macho konon..
Tapi kalau cikgu yang sentuh sikit terus lah pengsan memanjang. Panggil media massa kecederaan dia teruk kena belasah cikgu.. tak pasal2 cigu yang kena lagi..
maaflah, saya sokong guru dalam situasi ini...
memang tak wajar cikgu tu pukul macam tu, tapi kena selidik dulu sebelum beri hukuman dan sindiran.. budak2 skrg ni pandai belakon menambah2 cerita..
Post a Comment