Seorang ahli perniagaan terkemuka dan aktivis politik Mesir dihadapkan ke mahkamah, semalam atas dakwaan memfitnah serta menghina Islam selepas menyiarkan kartun kontroversi Internet.
Pada Jun 2010, Naguib Sawiris yang juga penganut Kristian Qibti menyiarkan kartun Mickey Mouse dengan jambang serta Minnie Mouse yang memakai niqab di akaun Twitternya.
Seorang peguam beragama Islam, Mamdouh Ismail memfailkan aduan itu mendakwa Sawiris menghina Islam.
Katanya, tindakan ahli perniagaan itu dilihat 'sengaja mempersenda-sendakan pakaian serta simbol Islam'.
Sawiris sebelum ini telah meminta maaf di Internet berhubung penyiaran kartun berkenaan, dengan menyatakan beliau tidak berniat menimbulkan salah faham dan menyifatkan kartun itu sebagai jenaka.
Pergerakan ultra konservatif Salafis, bagaimanapun menolak sekeras-kerasnya permohonan maaf tersebut.
Sawiris turut menubuhkan Parti Kebebasan Rakyat Mesir semasa kebangkitan rakyat pada tahun lalu yang membawa kepada penyingkiran Presiden, Hosni Mubarak.
Pilihan raya Parlimen di Mesir yang sedang berlangsung telah mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat Kristian dan liberal berhubung kecenderungan penduduk Mesir terhadap Islam, apabila parti-parti Islam mencatat kemenangan pada pilihan raya pertama negara ini sejak kejatuhan Mubarak.
Pada 2010, majalah Forbes menganggarkan Sawiris memiliki aset berjumlah AS$2.5 bilion (RM7.5 bilion) hasil perniagaan syarikat konglomerat Orascom Group miliknya dalam industri telekomunikasi, pembinaan, hotel dan pembangunan.
.
3 Penyokong CHELSEA:
islam di kemuncak penghinaan
semakin hari Islam kian mendapat tentangan... moga pemerintahan Islam akan sentiasa bersinar di bumi Mesir..
hmm macam macam... kita pun sensitif juga hal hal macam ni. orang kristian pelik, Jesus diperkotak katikkan dgn macam macam cara, diorang tak marah pun sbb mereka dah tak percaya agama mereka sendiri.
adakah anda follower saya yang ke 2012?
Post a Comment