Wednesday, January 18, 2012

Membunuh kerana seronok


Gambar menunjukkan satu keluarga bergembira ketika bergambar bersama zirafah yang mereka tembak mati semata-mata untuk berseronok.

Pelancong seperti keluarga itu membayar ratusan ribu ringgit untuk memburu secara sah haiwan berkenaan.

Ramai yang membawa pulang kepala haiwan itu untuk sebagai kenang-kenangan bercuti di Afrika.

Pakar zirafah, Dr Julian Fennessey berkata: “Ada yang datang dari Britain, tetapi sebahagian besarnya dari Amerika Utara, Jerman, Russia dan Scandinavia.

“Ada pemburu hanya berminat untuk bergambar bersebelahan dengan bangkai haiwan itu. “Tetapi yang lain, mengupah pengawet haiwan memenggal kepala binatang itu supaya mereka boleh membawanya pulang sebagai cenderamata. Ada yang mahukan kulitnya.

Pemburu terbabit membayar sehingga 10,000 (RM50,000) untuk ekspedisi memburu zirafah. Kelab Safari dan Taman Negara mengenakan bayaran sebanyak 1,500 (RM7,500) untuk yuran trofi dan tambahan 1,000 (RM5,000) sehari untuk mengupah jurupandu.

Populasi zirafah berkurangan sebanyak separuh sejak 1988, daripada 140,000 kepada kurang 80,000.

Haiwan itu kini dipercayai semakin pupus di negara seperti Angola, Mali dan Nigeria.

Tetapi di Afrika Selatan, Namibia dan Zimbabwe, memburu zirafah masih dibenarkan.







.

4 Penyokong CHELSEA:

Lady Milo on January 18, 2012 at 11:04 AM said...

wah. entry ini sama dengan borak kosong... hihih

Cik mama on January 18, 2012 at 11:15 AM said...

Aduhhh kesihannya..

eima on January 18, 2012 at 12:23 PM said...

buduhnye manusia kejam ni

Ce'gu JAERA on January 18, 2012 at 2:00 PM said...

kesian... perlakuan manusia sebegiini sudah melampau2.. napa biarkan haiwan yang semakin pupus itu dibiarkan diburu... manusia manusia

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!