Wednesday, January 18, 2012

Pelbagai kaedah unik dilakukan


Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini mencuba pelbagai kaedah unik termasuk menyembur dengan cat merah dan menggunakan anjing garang untuk menghalang penumpang daripada berada di atas bumbung kereata api.

Terbaru, pemerintah Indonesia menggantungkan bebola-bebola konkrit sebesar buah limau gedang pada palang-palang besi yang didirikan di sepanjang laluan kereta api.


Jarak bebola besi tersebut daripada bumbung kereta api cuma beberapa sentimeter.

Pihak berkuasa berharap bebola berkenaan yang boleh mendatangkan kecederaan serius jika terkena kepala manusia, akan dapat mencegah orang ramai daripada menaiki bumbung kereta api.

"Kami mencuba apa sahaja cara sebelum ini termasuk meletakkan kawat berduri di atas bumbung kereta api tetapi tiada apa yang berkesan," kata jurucakap syarikat kereta api api milik pemerintah, Mateta Rizahulhaq.


Menurut Mateta, palang bebola konkrit pertama dipasang hanya beberapa meter daripada stesen kereta api di pinggir bandar raya ini dan jika berjaya, projek tersebut akan diperluas ke seluruh Indonesia.









.

2 Penyokong CHELSEA:

.........cP~ on January 18, 2012 at 1:48 PM said...

Dahsyat betul la. Kenapa susah sangat nak naik keretapi kat sana ye?

Ce'gu JAERA on January 18, 2012 at 1:56 PM said...

ekeke.. kelakar la plak... kaedah yang berkesan ni kan... napa tak saman je penumpang yang duduk atas keretapi tu..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!