Seorang wanita Australia terselamat selepas terjatuh dari Jambatan Victoria Fall, Afrika dari ketinggian 111 meter dan terjunam ke dalam Sungai Zambezi yang mempunyai buaya apabila tali bungeenya terputus ketika melakukan aktiviti sukan lasak itu.
Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan Erin Langworthy hanya mengalami luka kecil apabila terjatuh dari jambatan itu.
''Ketika kejadian itu, saya rasa seperti ditampar berulang kali,,'' kata wanita berumur 22 tahun itu kepada saluran televisyen Australia, Channel Nine.
Rakaman video menunjukkan tali bungee terputus selepas wanita itu melompat dan menjunam ke dalam sungai.
Langworthy terpaksa menyelam ke dalam sungai untuk membuka tali yang mengikat kakinya kerana tali itu melekat di batu-batu menyebabkannya sukar berenang.
''Ia merupakan satu keajaiban kerana saya terselamat daripada nahas itu,'' katanya.
Seorang menteri Zambia memberi jaminan keselamatan melakukan aktiviti bungee, namun akan membincangkan kejadian itu dengan operatornya.
''Aktiviti itu menyaksikan lebih 50,000 pelancong menyertainya setiap tahun. Ia sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu,'' ujarnya.
.
3 Penyokong CHELSEA:
Scarry.. panjang betul umur dia..
Scarry.. panjang betul umur dia..
nsib baik buaya xsmpat nk smbar dia...
Post a Comment