Thursday, March 8, 2012

Gambar Usain Bolt 'dimalukan'


Pewaris ketiga takhta diraja Britain, Putera Harry menang menentang manusia terpantas di dunia, Usain Bolt di sini kelmarin.


Harry mendahului sejauh 50 meter di atas trek kerana Bolt berhenti dan ketawa melihat gelagat anggota keluarga diraja Britain itu.


Bolt yang merupakan pemenang pingat emas Olimpik itu kemudian berlari-lari anak ke arah Harry sambil mengangkat tangan di hadapan sejumlah penonton di padang Universiti West Indies di sini.


Mereka kemudian beramah mesra dan bergambar.


Harry sedang dalam lawatan ke rantau Carribean bagi mewakili neneknya yang juga pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II sempena sambutan 60 tahun baginda menaiki takhta.


Bolt memegang rekod Sukan Olimpik Beijing pada 2008 dengan catatan 9.69 saat.





.

1 Penyokong CHELSEA:

Aku pengembara on August 9, 2012 at 5:42 PM said...

Status sbg manusia terpantas bumi tercalar.hehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!