Suami pantang ‘tersentuh’, manakala isteri tidak pernah menolak. Itu antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, yang layak digelar ‘pasangan super’ apabila memiliki 18 anak sejak berkahwin 40 tahun lalu.
Selain itu, kehidupan sukar pasangan berkenaan yang menetap di rumah usang di Kampung Pantai Pulau Kundor, dekat sini, turut menjadikan mereka individu yang ‘subur’ kerana tidak terdedah makanan tidak sihat seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.
Menurut Isa, dia tidak pernah minum minuman berais, manakala makanan utama mereka kebiasaannya nasi berlaukkan ulam-ulaman dan bunga nipah dicecah dengan budu.
“Saya orang susah, tak dapat makan seperti makanan segera atau minuman berkarbonat. Makanan saya hanya nasi berlaukkan ulam-ulaman serta bunga nipah dicecah budu. Jika memancing dapat ikan, maka bertambah lauk.
“Pada masa sama pekerjaan sebagai pencari buah dan bunga nipah memerlukan saya bangun seawal jam 6 pagi dan menggunakan sepenuhnya kudrat untuk memotong pokok nipah serta menghiris bunganya. Pekerjaan itu membuatkan tubuh saya sentiasa bertenaga dan sihat,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
.
7 Penyokong CHELSEA:
Fuhhh..hebat tuu
kagum...
wow... 18. kak liza tak cukup 13 org. jgn menolak... itu sebaik-baiknya tapi pandai2lah merancang.
hehhehe pagi td akk tgk mhi kelakar pun ada!perghhh kalau semua bini macam tu...msia mmg dh x ckp tanah dah nak tampung kepadatan rakyatnya :)
waahhhh...hebat sungguh makcik dan pakcik nih...tabikk tu 18 orang!!
yang penting kualiti bukannya kuantiti..itu yang seeloknya..tapi niat menambahkan umat nabi muhammad..alhamdulilah
kesimpulannya pemakanan yang sihat penting
Post a Comment