Thursday, March 15, 2012

Nahas ngeri di terowong


Kira-kira 28 orang termasuk 22 kanak-kanak maut apabila bas yang mereka naiki terbabas di dalam terowong di sebuah lebuh raya di Valais, Sierre.

Agensi berita SDA-ATS hari ini melaporkan, ketika kejadian, bas dinaiki kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang ke Belgium malam tadi daripada percutian di sebuah pusat peranginan ski Val d'Annivers.

"Semasa melalui lebuh raya menghala ke arah Sion itu, bas tersebut melanggar dinding terowong berdekatan susur keluar Sieere.

"Bas itu didaftarkan di Belgium,'' kata agensi berita itu.

Di Brussel, Kementerian Luar Belgium berkata, kebanyakan kanak-kanak terbabit berumur 12 tahun dan bas berkenaan merupakan antara tiga buah kenderaan yang disewa.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!