Thursday, March 15, 2012

Tiada Kisah Dongeng Dalam Kehidupan Diraja


Putera Harry memberitahu stesen televisyen yang menemuramahnya bahawa beliau dan Putera William kadang-kadang mahu hidup normal berbanding menjadi menjalani kehidupan diraja.
Beliau berkata demikian kepada CBS News selepas lawatan selama 10 harinya ke Caribbean dan Amerika Selatan bagi mewakili nendanya, Ratu Elizabeth II, pada sambutan ulangtahun Jubli Berlian.

Lawatan yang berjalan dengan lancar itu menunjukkan kunjungan Harry secara solo yang pertama bagi mewakili Ratu.

Komen Harry mendapat perhatian meluas oleh media di Britain pada Rabu apabila beliau berkata, sukar untuk memastikan teman wanita yang berpotensi untuk menyesuaikan diri dengan peranannya dalam keluarga diraja itu.

Beliau berkata, ia akan menyukarkannya untuk mencari seseorang yang bersedia untuk berhadapan dengan cabaran itu. - AP






.

2 Penyokong CHELSEA:

Liza @ Adzriel AB on March 15, 2012 at 10:00 AM said...

kesian dia...

Rohaniah Noor on March 15, 2012 at 11:20 AM said...

ye ke? dier belum merasa macamana org biasa ke ladang, ke kebun, ke sawah semata2 untuk dapatkan pendapatan tak sampai 10 ringgit sehari.

dia belum merasa bagaimana hidup dibebani hutang dan masalah kewangan sampai ada yang tak dapat sambung belajar, ada yang terpaksa berhutang along..

dia belum merasa.. boleh la dia cakap

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!