Tuesday, April 10, 2012

Awas beras palsu


Hati-hati membeli beras yang berasal dari China, kerana berdasarkan laporan sebuah media dari Korea, The Weekly Hong Kong, beras yang mengandungi bahan plastik kini beredar luas di pasaran.
Beras palsu yang terbuat dari bahan campuran kentang, ubi jalar, dan resin sintetik industri, awalnya dijual bebas di Kota Taiyuan, Provinsi Shaanxi, China. Beras itu memiliki zahir yang sama pada mata kasar, namun ketika dimasak beras itu akan terasa sangat keras dan sukar untuk dicerna.

Kos pengeluaran yang sangat rendah dan menjanjikan keuntungan yang sangat tinggi, dianggap sebagai punca beras ini dicipta. Menurut Asosiasi Restoran China, memakan tiga mangkuk nasi palsu ini akan sama seperti memakan satu bakul plastik. Petugas berkuasa China, sudah melancarkan penyelidikan diatas laporan ini.

China memiliki rekod keselamatan makanan yang sangat rendah, pada tahun 2008 sebanyak enam bayi meninggal kerana meminum produk susu formula mengandungi melamin. Plastik itu akan menjadi lebih buruk pada tubuh kerana ianya akan membuatkan kegagalan buah pinggang.- Asianews





.

1 Penyokong CHELSEA:

NAL on April 10, 2012 at 4:40 PM said...

tQ untuk info tu..tak pernah dgr pun..takut juga beras ni mesti bahayakan kesihatan..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!