Tuesday, April 10, 2012

Arsenal bakal datang lagi ke Kuala Lumpur


Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal mengesahkan akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan pada 24 Julai ini. Pengarah Pemasaran Arsenal, Angus Kinnear berkata, perlawanan tersebut dijadual dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pukul 9.45 malam sempena siri jelajah pra-musim kelab itu.

“Kami tidak mahu melakukan kesilapan seperti sebelum ini, iaitu hampir 12 tahun tidak datang ke Malaysia untuk siri jelajah pra-musim sehinggalah kami melakukannya tahun lepas dengan sambutan yang begitu hangat.

“Sambutan yang luar biasa membuatkan kami ingin kembali semula ke negara ini, penyokong di sini menyambut kami dengan penuh keghairahan,” katanya di sini hari ini.

Bagi pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal pertemuan dengan Arsenal adalah peluang yang tidak harus dilepaskan di mana mereka memerlukan perlawanan berkualiti bagi mempertahankan Piala Suzuki AFF hujung tahun ini.

“Saya mahu membariskan barisan terbaik termasuk menimbang untuk meminta pelepasan daripada Pelita Jaya FC bagi menggunakan khidmat Safee Sali sebagai penyerang utama skuad kebangsaan,” katanya.

Selain ke sini, skuad bimbingan Arsene Wenger itu juga akan menentang seterusnya di EPL, Manchester City di Beijing, China sebelum melayan kelab Kitchee FC di Hong Kong. - UTUSAN






.

1 Penyokong CHELSEA:

ewanthology on April 10, 2012 at 10:35 PM said...

chelsea tak nak dtg lagi keee

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!