Wednesday, April 11, 2012

Mayat Pegawai Felda Ditemui Terapung Di Sungai

Mayat seorang pegawai Felda yang dilaporkan hilang pada petang Sabtu lepas, ditemui terapung di Sungai Umas pada kira-kira 9.30 pagi, Selasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Superintenden Keong Ho Eng berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Suboh Hamadad, 52, ditemui kira-kira 15 kilometer dari kawasan Felda.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat. Pada masa ini kita belum dapat pastikan punca kematiannya, walaupun terdapat kesan calar di badannya," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa tidak muncul-muncul sejak 6 petang pada hari kejadian. Difahamkan pegawai yang mempunyai empat anak dan berasal dari Tawau itu menghadiri satu majlis gotong-royong di Felda Umas pada hari kejadian. - BERNAMA





.

1 Penyokong CHELSEA:

CyberTeknologi on April 11, 2012 at 7:03 AM said...

Info yang menarik terkini...syabas.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!