Pemimpin Parti Pembebasan Belanda (PVV) Geert Wilders, menggesa penganut Islam di seluruh dunia meninggalkan agama itu ketika mempromosikan bukunya bertajuk Marked for Death di sini. Agensi berita NIS News Bulletin melaporkan, Wilders mendakwa bukunya menerangkan Islam adalah ideologi totalitarian dan beliau menggalakkan umat Islam yang mencintai kedamaian meninggalkan agama itu.
"Saya menyokong semua pihak yang mahu bebas dari Islam. Rakyat Arab, Turki, Iran, Pakistan dan Indonesia mempunyai potensi besar. "Jika mereka boleh membebaskan diri dari Islam dan tidak melihat Nabi Muhammad sebagai contoh dan tidak mengikut telunjuk Al-Quran, mereka boleh mencapai banyak perkara menakjubkan,'' katanya. Dalam pada itu, Wilders menyatakan beliau tidak mempunyai pilihan lain selain menarik diri dalam rundingan dengan parti konservatif dan Demokrat Kristian (CDA) pada minggu lepas sehingga menyebabkan kerajaan runtuh.
"Kami kini memberi fokus kepada pilihan raya pada 12 September ini. Kempen kami adalah keperluan untuk memulihkan kedaulatan negara kerana tanpanya kita tidak boleh mempertahankan identiti kita dan menentang Islamisasi,'' katanya ketika ditemui media. Wilders berkata, beliau tidak merancang berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dan akan terus menetap di Belanda. "Saya akan tinggal di Belanda dan berkempen untuk pilihan raya,'' katanya kepada Radio 1 semalam. Beberapa media minggu lalu melaporkan Wilders mungkin menimbang untuk melancarkan kerjaya politiknya di peringkat antarabangsa selepas memainkan peranan dalam Dewan Rendah.
Bekas Ahli Parlimen dari parti konservatif, Ayaan Hirsi Ali yang juga menentang Islam itu, berpindah ke AS pada 2005 dan dinamakan sebagai seorang daripada 100 individu berpengaruh oleh majalah Time. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
agama bukan penghalang suatu kejayaan tapi penganut agama tu yang membuatkan dirinya suatu penghalang.
Post a Comment