Friday, May 4, 2012

Khidmat derma organ di Facebook

Laman sosial Facebook bukan sahaja menjadi tempat penggunanya berkongsi pelbagai cerita, gambar dan lagu-lagu yang diminati, malah kini turut membantu menyelamatkan nyawa melalui khidmat pendermaan organ. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg berkata, idea tersebut tercetus berikutan persahabatannya dengan pengasas Apple, mendiang Steve Jobs, yang menjalani pemindahan hati sebelum meninggal dunia tahun lalu.

"Pengguna Facebook di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) boleh mendaftar sebagai penderma organ melalui pautan dalam laman sosial ini yang mendapat kerjasama Khidmat Darah dan Pendermaan serta Pemindahan Organ Kebangsaan (NHSBT)," umum Zuckerberg dalam rancangan televisyen, Good Morning America, semalam. Menurutnya, pengguna laman itu yang sudah mendaftar untuk menderma organ sebelum ini boleh menambah maklumat mereka dalam laman Facebook Timeline.

Maklumat yang tersedia boleh dilayari dengan mudah oleh pekerja perubatan, walaupun selepas si penderma meninggal dunia. Pengarah Polisi Facebook UK, Simon Milner berkata, kerjasama antara laman web itu dan NHSBT membuktikan kuasa persahabatan mampu membantu menyelamatkan nyawa seseorang. "Kami berharap melalui kerjasama ini, pengguna Facebook di AS boleh membantu mengurangkan jumlah mereka yang menanti pendermaan organ setiap tahun," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendermaan dan Pemindahan Organ NHSBT, Sally Johnson berkata, dengan adanya kemudahan itu, beliau berharap ia dapat menarik minat lebih ramai penderma berbanding kaedah sebelum ini yang menggunakan sistem kad pendermaan organ. - AGENSI





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!