Tidak pernah dapat lari daripada menjadi mangsa gosip, kini Krisdayanti terus dihambat masalah apabila rumah tangganya bersama Raul Lemos dikatakan sudah berantakan dan mereka kini tidak lagi tinggal sebumbung. Krisdayanti kemudiannya tampil memberitahu keadaan sebenar dan mengakui terkejut dengan khabar yang diterimanya itu. “Cerita ini merupakan cerita palsu dan individu yang menyebarkannya tidak mempunyai sikap bertanggungjawab.
“Bagi saya, orang menyebarkan perkara ini pastinya tidak sukakan saya atau mungkin dalam masa yang sama mereka sudah kehabisan idea mengenai gosip artis-artis. “Apa yang dikesalkan, perkara tidak benar ini terus disebar tanpa mendapatkan dahulu sebarang kepastian daripada saya," katanya kepada Tribunnews.com baru-baru ini. Dalam perkembangan yang sama, Kris memberitahu kehidupannya bersama Raul kini berjalan lancar dan menganggap apa yang dilalui mereka adalah cabaran dalam kehidupan berumahtangga.
“Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Kami suami isteri sudah sepakat untuk hidup dan membesarkan anak bersama-sama," katanya. Sementara itu dalam perkembangan lain yang dipetik daripada laman web inilah.com tanpa berselindung, Krisdayanti turut mengaku bahawa dia telah melakukan rawatan sedut lemak. “Tentunya sebagai seorang wanita yang sudah melahirkan tiga anak, saya mahukan bentuk tubuh badan yang langsing.
“Saya memilih untuk melakukan rawatan ini kerana ia selamat dan tidak berisiko tinggi," katanya yang mula membuat rawatan tersebut selepas melahirkan anak ketiganya, Amora. Bagaimanapun, pelantun lagu Mencintaimu itu menambah, dalam masa yang sama, dia juga tetap melakukan aktiviti sukan bagi membantu mendapatkan tubuh yang cantik dan bertenaga.
.
4 Penyokong CHELSEA:
assalamualaikum Lulu....mulut manusia nisuka je ada2kan cerita yg x benarkan moga mereka bahagia...:)
padan la semua artis cantik...sedut lemak..huhuu..
pergh sedut lemak tu..apupu ank nya comel
doakan lah agar mereka terus kekal...
Post a Comment