Friday, June 8, 2012

Artis ini didakwa memandu mabuk



Aktres Amanda Bynes semalam didakwa di mahkamah kerana memandu dalam keadaan mabuk dan dia segera 'mengemukakan' kes tersebut kepada White House. Bagaimanapun, pelakon berusia 26 tahun itu menerusi tweet kepada kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menafikan perbuatan tersebut. "Saya tidak mabuk, tolong pecat polis yang menahan saya,'' ujarnya. Dalam pertuduhan yang difailkan semalam berkaitan kes pada 6 April lalu, Bynes diarahkan berhenti selepas melanggar sebuah kereta polis di West Hollywood pada pukul 3 pagi ketika cuba membuat satu pusingan ke kanan.


Menurut dokumen mahkamah, aktres itu juga enggan melakukan ujian alkohol semasa ditahan. Jika disabit kesalahan, dia yang pertama kali melakukannya boleh dikenakan hukuman penjara 48 jam, tiga tahun tempoh pengawasan dan perlu mengikuti program rawatan ketagihan alkohol selama sembilan bulan. Lesennya juga mungkin digantung selama setahun. Bynes pernah membintangi filem Easy A, Hairspray dan She's the Man. - AGENSI





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!