Friday, June 8, 2012

Penyanyi ini pulih dari tumor otak



Penyanyi Sheryl Crow, mengakui kembali pulih selepas disahkan mengidap tumor otak tahun lalu. Menerusi satu temu bual bersama akhbar Las Vegas Review Journal baru-baru ini, penyanyi lagu All I Wanna Do itu memberitahu, dia berjumpa doktor November lalu selepas terlupa lirik ketika berada di pentas. Crow, 50, berkata, dia sangat bimbang dengan daya ingatannya apabila terlupa lirik lagu sendiri. "Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena pada diri saya.  Selepas menjalani imbasan magnetik resonans (MRI), saya diberitahu yang saya menghidap tumor otak,'' ujarnya. Katanya lagi, walaupun masih di peringkat awal dan tidak merisaukan, dia tetap merasa tidak selesa.


Akui ibu tunggal itu lagi, dia juga pernah terlupa baris pertama lagu ketika membuat persembahan di Hard Rock, Las Vegas pada tahun 1990. "Bukan sekadar permulaan lagu, tetapi semua rangkap pertama lagu. Saya ketawa besar dan saya melihat pemain gitar tunduk,'' ujarnya. Bagaimanapun persembahan malam itu berakhir dengan baik. Crow sebelum ini, pernah mendapat rawatan kerana kanser payudara pada tahun 2006 dan menjalani pembedahan dan juga terapi radiasi. - AGENSI






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!