Wednesday, June 27, 2012

Ibu, hanya sekadar nama


Seorang ibu ditahan selepas didakwa mencampak dua anak lelakinya dari balkoni tingkat 15 kerana dia bosan dengan mereka. Galina Ryabkova, 30, dilihat dalam keadaan selamba dalam video pengawasan yang diambil daripada blok flet di Moscow Russia selepas insiden itu. Jiran di kompleks perumahan itu dikejutkan dengan bunyi tubuh kanak-kanak lelaki berusia empat dan tujuh tahun itu jatuh ke tanah. Walaupun mereka berusaha untuk membantu, kanak-kanak terbabit meninggal dunia sebelum petugas kecemasan tiba. Menurut RT, Galina berkata, “dia bosan dengan anaknya” dan memutuskan “untuk menghapuskan mereka.” Galina yang suaminya keluar atas urusan perniagaan tinggal di tingkat lapan bangunan itu dan dipercayai membawa kanak-kanak berkenaan ke tingkat 15 sebelum mencampakkan mereka.


Seorang jiran di blok apartmen yang sama menceritakan kejadian ngeri itu kepada Life News. Lelaki itu yang tidak mahu dikenal pasti, berkata, isterinya mengejutkannya memberitahu bahawa kanak-kanak terbabit jatuh dari bangunan itu. Pasangan berkenaan berlari keluar dan melihat dua kanak-kanak itu terbaring di tanah di depan pintu masuk utama kompleks apartmen terbabit. Lelaki itu berkata: “Pada waktu sama, ibu mereka meninggalkan bangunan itu. Kami bertanya kepadanya jika mereka adalah anaknya dan dia menjawab dengan selamba, “Ya, saya yang mencampakkan mereka.” CCTV dari blok apartmen itu sebagaimana dilaporkan New York Daily News menunjukkan seorang daripada kanak-kanak itu jatuh di depan bangunan itu.

Kemudian ia menunjukkan Galina turun ke bawah memakai jeans dan kemeja-T putih. Dia duduk dengan tenang di lobi bangunan, mengejutkan jiran tetangga yang mengelilinginya bagi mengelakkan dia melarikan diri. Video itu berakhir dengan pegawai polis tiba di bangunan itu untuk menyiasat kejadian ngeri berkenaan dan menahan ibu kanak-kanak malang terbabit. Galina juga dilaporkan cuba untuk membunuh diri pada masa lalu dan suaminya mungkin berlaku curang kepadanya. Galina akan dihantar ke hospital psikiatri untuk pemeriksaan manakala siasatan diteruskan. - DM





.

7 Penyokong CHELSEA:

hazirah kasimon on June 27, 2012 at 12:20 PM said...

uiii..menakutkan,,mentally traumatised sape yg tgk live bende ni..uii

aini Rahman on June 27, 2012 at 12:33 PM said...

isk3. .

Liza @ Adzriel AB on June 27, 2012 at 12:43 PM said...

kesiannya anak jadi mangsa..

dariilhamkehati on June 27, 2012 at 1:33 PM said...

tuhan sayangkan anaknye supaya tidak berakhir jahil macam mak ayah dye jgk ...

Nora Talib on June 27, 2012 at 1:52 PM said...

kesiannya...

Ardini Humaira on June 27, 2012 at 1:54 PM said...

penat2 mengandung, bersalin, dicampak anaknye... ape punya ibulah dia ni... eeee

Lokman on June 27, 2012 at 3:59 PM said...

hiss.. teruk dunia sekarang

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!