Peminat Michael Jackson meletakkan beribu-ribu bunga ros di kuburnya pada Isnin, menandakan ulang tahun ketiga pemergian Raja Pop Dunia itu. Jackson mati pada usianya 50 tahun pada 25 Jun 2009 kerana pengambilan dos anestetik yang berlebihan yang digunakan bagi memudahkan beliau untuk tidur. Jackson dikebumikan di Perkuburan Forest Lawn di Glendale, di pinggir Los Angeles. Menurut laman web berita selebriti TMZ.com, para peminat Jackson bersama-sama mengumpulkan wang berjumlah AS$30,000 dan meletakkan 10,000 kuntum bunga ros merah, yang merupakan bunga kesukaan penyanyi itu di kuburnya.
Bunga-bunga ros diletakkan bersama-sama dengan bunga matahari yang kebiasannya diberikan oleh seorang peminat setia secara mingguan, beserta anak patung beruang dan pemberian lain. Anak perempuan Michael Jackson, Paris yang kini berusia 14 tahun menulis di Twitternya pada Isnin: “Michael Jackson disemadikan dengan tenang. Ayah, anda akan sentiasa berada dalam hari saya. Saya sayang ayah.” Randy Jackson, salah seorang abang kepada bintang itu menulis di Twitternya: “Michael Jackson Raja Pop disemadikan dengan tenang.
Penyanyi Justin Bieber turut mengucapkan takziah menerusi Twitter: “Anda tidak akan dilupakan.” Penyanyi Paula Abdul pula menulis di Twitternya: “Michael Jackson merupakan contoh seorang lagenda – ikon yang sebenar yang hanya terbaik, yang diikuti.” - AFP
.
4 Penyokong CHELSEA:
biler dah mati baru la org nk hargai~
morning lulu
oh patutlah hypptv asik tayang klip michael jackson je, rupanya anniversary kematian dia
dah tiga tahun ke?? terasa tersangat cepat masa berlalu
cpt nye masa berlalu.dah 3 tahun rpenye..
Post a Comment