Thursday, July 19, 2012

Artis cedera dilokasi


Halle Berry mengalami cedera ringan di kepala ketika penggambaran sebuah filem dan dirawat di hospital Los Angeles dan dibenarkan keluar selepas itu. Pegawai seranta Berry di Los Angeles, Meredith O’ Sullivan berkata, pelakon berusia 45 tahun itu cedera pada malam Selasa di set penggambaran bagi filem terbarunya “The Hive”.


Berry dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga dan dibenarkan pulang sejurus selepas itu. Laman portal selebriti x17online.com dan TMZ.com merupakan yang pertama melaporkan berita tersebut. - AP








.

1 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

kat m'sia pown cerita yag sama juga !

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!