Meskipun bergelar selebriti terkenal, namun aktres Jessica Biel mendedahkan dirinya kurang arif mengenai fesyen. Menurut pelakon ini, tunangnya, Justin Timberlake lebih tahu mengenai fesyen terkini dan sering membantunya memilih pakaian. Katanya, pelakon In Time itu juga memilih sendiri cincin pertunangan mereka. “Semasa Justin bertanya cincin mana yang menjadi pilihan, saya hanya menjawab tidak tahu. "Justin sendiri takut jika saya tidak suka dengan pilihannya. Secara jujurnya, dia mempunyai cita rasa yang lebih baik daripada saya.
“Malah, jika saya bersiap-siap hendak keluar juga, Justin akan mengambil peranan memilih pakaian yang sesuai untuk saya,” katanya yang gembira dengan keprihatinan tunangnya itu.
.
1 Penyokong CHELSEA:
malas nk pk kot. haaaaaaa
Post a Comment