Thursday, July 12, 2012

Tengok! Maradona buat hal lagi..



Pemecatan legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona (kiri) sebagai jurulatih sekalipun dengan kontrak masih berbaki setahun oleh kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE) Al Wasl, kelmarin bukan satu kejutan. Kehadiran Maradona, 51, dengan status penuh kontroversi di Dubai pada Mei tahun lalu amat dialu-alukan, dengan popularitinya yang diharap membantu perkembangan bola sepak Al Wasl dan UAE di peta dunia. Begitupun, sebaliknya berlaku apabila Al Wasl menamatkan saingan liga musim lalu di kedudukan kelapan daripada 12 pasukan – gagal layak ke Liga Juara-Juara Asia musim depan dan tanpa sebarang trofi kejuaraan domestik atau antarabangsa.

Kedudukan Maradona jelas tidak dapat diselamatkan apabila lembaga pengarah kelab, Marwan Bayat yang sebelum ini menyokongnya meletakkan jawatan dan penggantinya mengambil keputusan untuk memecatnya. Maradona menyertai Al Wasl selepas dipecat daripada jurulatih Argentina, dengan skuad kebangsaan negara itu berdepan dengan beberapa suka dan duka antaranya kekalahan besar 6-1 kepada Bolivia pada kelayakan Piala Dunia dan kekalahan 4-0 kepada Jerman pada Piala Dunia di Afrika Selatan.

Sejak mengemudi Al Wasl, Maradona juga tidak pernah lari dari kontroversi sekalipun gagal membimbing pasukan itu di atas padang. Antara insiden ketika kemenangan pertama Al Wasl di mana Maradona dipaksa meminta maaf selepas menendang tangan seorang peminat yang sering mengganggunya ketika bergambar bersama kain rentang cucunya, Benjamin. Lebih kontroversi ketika kekalahan kepada Al Ain dengan Maradona menuduh jurulatihnya, Cosmin Olaroiu kurang ajar dengan caranya meraikan jaringan yang membawa kepada denda daripada liga.



Tembak pistol angin 

Di luar padang, Maradona sering mengelak orang awam dan menghabiskan masa di villa mewahnya dan pernah melepaskan tembakan pistol angin kepada wartawan di luar rumahnya dan diancam untuk dipenjarakan. Maradona jelas merindui keluarganya, dengan berulang kali mengatakan dia tidak mahu pulang ke kelab itu jika pengurusan tidak membawa masuk bakat-bakat baru sebagai alasan kegagalan pasukan. Sebelum menyertai Al Wasl, tahun lalu Maradona pernah berkata: “Saya sepatutnya datang ke sini dengan tujuan bekerja dan bekerja keras untuk mencapai sesuatu. Ini bukan soal Maradona datang ke sini dan meletakkan taraf sebagai kejayaan atau kegagalan. “Niat saya datang ke sini bukan untuk bersenang lenang dan menghabiskan masa di pantai. Saya sangat gembira berada di sini. Ia satu peluang baik untuk saya. Saya percaya dalam hidup pada masa ini.





.

4 Penyokong CHELSEA:

Admin on July 12, 2012 at 9:16 AM said...

x kan x tau lagi perangai maradona ni

Anonymous said...

maradona ni dh dari dulu macam2 hal n cerita

Unknown on July 12, 2012 at 4:46 PM said...

dia ni kalau ada kontroversi bagai baru org kenal dia..haha

Ce'gu JAERA on July 13, 2012 at 5:52 AM said...

zaman kegemilangan Maradona sudah berakhir.. yang di atas pasti akan jatuh merundum ke bawah...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!