Walaupun usianya sudah mencecah 101 tahun, Chenbeng Sijat dari Kampung Tenai Air Gelugor, dekat sini masih lagi dikurniakan keistimewaan menghafaz surah Yasin dan menjadikannya sebagai amalan hampir setiap hari. Anak ketujuhnya, Siti Hawa, 56, berkata, ayahnya itu masih dikurniakan ingatan yang baik terutamanya dalam membaca ayat suci al-Quran walaupun tahap kesihatan ayahnya semakin terbatas akibat faktor usia. Menurutnya, walaupun pergerakan ayahnya terbatas, ayahnya tidak pernah menjadikan masalah berkenaan sebagai alasan utama untuk meninggalkan solat dan juga mengaji al-Quran pada setiap hari.
“Alhamdulillah, ayah masih sihat hingga ke hari ini kerana tidak menghidap penyakit tiga serangkai mahupun penyakit kronik. Cuma, kesihatan fizikal ayah makin merosot dan memerlukan bantuan alat bantu dengar. “Jika diikutkan tiada ahli keluarga kami yang usianya mencecah ke angka 100 tahun. Malah arwah ibu saya juga meninggal ketika di usia 56 tahun iaitu kira-kira 26 tahun lalu. Bagaimanapun, keistimewaan ayah ini membolehkan ayah untuk melihat keturunannya berkembang hingga masuk generasi kelima,” katanya. Untuk rekod, Chenbeng mempunyai 11 anak tetapi dua daripadanya sudah meninggal dunia, 45 cucu, 41 cicit dan 20 oneng-oneng. Pada kunjungan yang turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Tenai Air Gelugor, Baharuddin Rasid; Chenbeng menerima sumbangan daripada MIMI Sdn Bhd.
Anak bongsunya, Norlela, 45, berkata, pada setiap pagi sebelum subuh, ayahnya sudah bangun dari tidur dan bersiap-siap mandi untuk menunaikan solat Subuh. "Sejak dari dahulu, rutin ayah masih sama walaupun keadaan kesihatan fizikalnya semakin merosot kerana usia yang semakin lanjut. "Malah, ayah juga masih mampu berpuasa penuh sepanjang Ramadan tanpa berdepan sebarang masalah," katanya yang menetap bersama ayahnya itu.-SH
.
2 Penyokong CHELSEA:
hebat sangat hebat,, nk jdi cmni gak,, :D
panjang betul umur dia ni. sampai anak2 dia yang pergi dulu daripada dia...
Post a Comment