Mengerikan! Seorang lelaki India mati dipenggal di atas kereta api yang sedang bergerak laju. Atas insiden ini, pihak polis India sedang memburu geng pemuda yang bersenjatakan pisau yang disyaki berada di sebalik aksi keji ini. Insiden ini terjadi di dekat stesen Bazarshau, sekitar 190 km dari Kalkuta, Benggala Barat. Mangsa adalah seorang lelaki bernama Khokon Ghosh (37) yang diketahui merupakan penjaja manisan. "Pelaku berhasil melarikan diri ketika kereta api dihentikan kerana mendengar suara jeritan para penumpang," ujar ketua polis tempatan, Humayun Kabir. Tidak disebutkan jumlah pelaku dalam aksi yang dilakukan di hadapan para penumpang lainnya.
Namun polis tempatan mencurigai kelompok pemuda yang kerap melakukan aksi jenayah dan meresahkan warga setempat. "Hasil penyelidikan awal menunjukkan bahawa Ghosh dibunuh akibat masalah di desa tempatnya tinggal," tutur Humayun. Polis tempatan masih melakukan penyelidikan menyeluruh atas kes ini. Pelaku kes ini masih diburu.
.
2 Penyokong CHELSEA:
template Lulu Pages ini dah lama. Seharusnya wajib di tukar kepada warna Merah dah.. ekekeke... salam aidilfitri Lulu...
ganas betul diaorg ni
Post a Comment