Sebuah kisah sangat menyedihkan, bagaimana seekor anjing yang rela mati demi menyelamatkan tuannya di Kazakhstan. Menurut laporan laman berita Rusia, Ria Novosti, si pemilik sedang mabuk ketika terbaring di rel kereta api. Si pemilik mengaku kepada pihak berkuasa bahawa anjing itu menariknya ke tempat yang selamat. Sayangnya, anjing malang ini tak dapat menyelamatkan nyawanya sendiri.
"Ketika melihat kereta api yang datang, anjing itu menarik pemiliknya menjauhi rel kereta api," kata Aida Muldashevam, yang menyiasat kejadian ini. Ketika petugas kereta api melihat anjing di rel kereta api, mereka kemudian menggunakan rem untuk menghentikan kereta api itu. Sayangnya, mereka terlambat dan anjing itu mati sementara pemiliknya dibawa ke RS kerana mengalami patah tulang rusuk dan luka di bahagian bahu. Anjing memang terkenal dengan kesetiaan mereka.
.
4 Penyokong CHELSEA:
haiwan pun ada perasaan kesian pada manusia kan..tp manusia leh plak campak2 anak ish ish
ya... macam anjing saya dulu.. mungkin anda orang bagi dia racun or apa... dia tunggu saya balik dari kem baru anjing saya meninggal.. =(
Hooo... Haiwan juga ghm erti syg n pgorbanan.
Ada rasa kasih di hati haiwan tapi dlm manusia ada perasaan binatang...mana yg buang anak, bunuh org, rogol dll.
Post a Comment