Wednesday, September 19, 2012

Sedihnya, terpaksa jual ginjal kerana miskin


Seramai 150 orang warga desa dari bahagian Kavre di Nepal sengaja pergi ke negara jiran mereka India untuk menjual ginjal mereka. Hal tersebut dilakukan kerana sebahagian besar dari mereka terhimpt dengan kemiskinan dan kurangnya kesedaran dalam pendidikan kesihatan. Tidak hanya ginjal yang mereka jual, hampir semua organ tubuh yang dianggap bernilai dan berpotensi akhirnya direlakan untuk dipasarkan. Salah satunya yang dilakukan Shefali, seorang wanita yang berasal dari Bangladesh.

Shefali bersama anak perempuannya Mim hidup dalam kemiskinan dan harus tinggal di kawasan pembentungan di Dhaka, Bangladesh. Mereka sangat memerlukan wang setelah dia ditinggalkan begitu saja oleh suaminya. Akhirnya, Shefali mengambil jalan pintas dengan menawarkan salah satu matanya untuk dijual ke pasaran. Hal serupa juga dilakukan oleh Krishna Bahadur Bajagai(60) yang menjual ginjalnya kerana kemiskinan.






.

2 Penyokong CHELSEA:

Izwa Kamaruddin on September 19, 2012 at 12:28 PM said...

:(

Rozita Ceritaita on September 20, 2012 at 3:23 PM said...

Ya Allah..bertapa beruntungnya kita..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!