Thursday, October 4, 2012

Alhamdulillah.. Benarkah Janet Jackson telah masuk islam?


PENYANYI yang juga bintang top Amerika, Janet Jackson kini menjadi sensasi. Jackson dikhabarkan sudah bersiap menikah dengan calon suaminya, yang merupakan seorang jutawan Timur Tengah, Wissam al-Mana. Media Showbizspy, yang dipetik oleh tabloid bintang melaporkan pada bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan belanja hingga 20 juta dolar. Menurut sumber orang dalam, pernikahan itu “akan menjadi pernikahan terbesar sepanjang sejarah.” “Mereka telah merancang pernikahan pada tahun 2013, namun untuk waktu tepatnya masih difikirkan,” kata salah satu sumber.

Janet dan Wissam dikhabarkan akan mengundang 500 tetamu dalam pernikahan mereka. Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cinderamata untuk tetamu. Sebuah isu mengejutkan, muncul khabar bahawa Janet telah masuk Islam, mengikuti agama yang dianut Wissam. Majalah Mediatakeout, pada hari Ahad (30/9), memperlihatkan Janet dilihat memakai kerudung yang menutup auratnya ketika berada di Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer juga membuat artikel khas, Janet kini sudah positif menganut agama Islam dengan tajuk “Janet Jackson’s Secret Muslim Life: Inside Her Bizarre World“.

Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi keluarga Jackson. Abang Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu juga mendiang Michael Jackson yang dikhabarkan menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya masih menjadi tanda tanya.






.

5 Penyokong CHELSEA:

Unknown on October 4, 2012 at 8:46 AM said...

rolex jd cenderamata?? wowww .. mmg mewah

Rosniena on October 4, 2012 at 8:47 AM said...

kalau betul..Alhamdulillah

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on October 4, 2012 at 11:49 AM said...

seriusly? wah...Allahuakbar.

Unknown on October 4, 2012 at 12:11 PM said...

betul ke??alhamdulillah lah...

Anonymous said...

Syukur alhamdulillah kalau dia dah masuk islam..:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!