Thursday, October 4, 2012

Kerana kemiskinan, ibu ini nekad jual anak


Malangnya.. Gara-gara kemiskinan, seorang ibu muda di India nekad menjual bayinya sendiri. Atas perbuatannya, wanita yang masih berusia 20 tahun ini dikecam masyarakat sekelilingnya. Wanita bernama Kalaivani ini berasal dari wilayah Trichy, Tamil Nadu, India. Kisah Kalaivani cukup menyedihkan. Dia mengaku lari dari rumahnya sejak 2 tahun lalu kerana tidak tahan dengan perlakuan kasar ibu tiri kepadanya. Sejak saat itu, gadis malang ini tinggal di jalanan. Hingga akhirnya, dia dihamilkan oleh seorang lelaki yang kemudian mencampakkannya begitu saja. Namun Kalaivani memutuskan untuk tetap memelihara kandungannya hingga melahirkan seorang bayi perempuan.

Tapi, oleh kerana masalah kewangan yang serius, Kalaivani memutuskan untuk menjual bayinya yang baru berusia 1 bulan. Dia merancang menjual bayi itu kepada seseorang bernama Muthulaksmi yang berasal dari Gorimedu. Bayi tersebut dijual dengan harga 5000 rupee. USaha Kalaivani ini gagal kerana si pembeli membatalkan urusan pembelian dan melaporkan ke polis. Kalaivani akhirnya ditangkap dan bakal dihukum atas perbuatannya. Seorang lelaki juga ditangkap kerana membantu Kalaivani mencari pembeli bayinya.






.

1 Penyokong CHELSEA:

Izwa Kamaruddin on October 4, 2012 at 10:06 AM said...

hurmm..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!