Polis Soka, Saitama, Jepun menangkap seorang wanita berusia 41 tahun kerana berusaha menenggelamkan anak perempuannya yang berusia satu tahun di dalam tab mandi. Menurut polis, tertuduh bernama Yumiko Takahashi, disyaki berusaha menenggelamkan anak perempuannya, Kurumi. Ibu mertua Takahashi berhasil menggagalkan rancangan Yumiko, ketika dia berkunjung ke rumahnya, untuk membantu menantunya tersebut mengasuh anak.
Ketika itu dia menemui Yumiko dengan cucunya berada di dalam tab kamar mandi. Dalam keadaan sedar, namun lemas, Kurumi dilarikan ke hospital berdekatan. Kepada polis, Yumiko mengaku sanggup berbuat demikian, kerana dia mengalami kesukaran membesarkan anaknya. Takahashi menurut polis, mengatakan, "Saya mengalami kesukaran membesarkan anak. Saya terfikir jika saya membunuhnya, tanggungjawab saya akan hilang," tuturnya. (japantoday)
P/S - Gambar hiasan
.
2 Penyokong CHELSEA:
gila la dia ni..agak2 la.. kalau tak sanggup nak jaga, hantar lah kat rumah kebajikan
fikirannya sempit tu..
Post a Comment