Berita mengejutkan dari penyanyi ini.. Jessica Simpson hamil dengan anak keduanya hanya tujuh bulan selepas melahirkan anak perempuannya, Maxwell. Ibu yang berusia 32 tahun ini, telah menurunkan berat yang agak banyak sejak melahirkan pada bulan April, mengakui berita ini sangat mengejutkan namun dia tidak merancang kehamilan itu. 'Ia pasti tidak dirancang. Tetapi ya, Jessica mengandung lagi ', sumber mendedahkan kepada US Weekly. Ianya adalah bayi kedua kepada penyanyi itu dan tunangnya Eric Johnson. Menurut TMZ, bintang itu kehilangan berat 60 pound menerusi pelan pemakanan yang sihat dipenuhi dengan rendah lemak, protein dan sayur-sayuran sebagai sebahagian daripada penajaan $ 4million dengan Weight Watchers.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment