Tuesday, November 20, 2012

MY LOVE PLAYGIRL



Sebenarnya dah lama lulu habis baca novel ni. Novel yang dikirim dari kak Fea ini memang menarik, cuma tak ingatlah, rupa-rupanya tak review lagi. hehe... Setebal 677 muka surat, buku keluaran buku prima ini agak menarik untuk dibaca.. (semua buku yang lulu baca memang menarik, sebab kalau tak, tak payah kita review..kannn)

Novel ini mengisahkan seorang gadis kaya, Puteri Laila yang sangat sombong dan meninggi diri apatah lagi kononnya tersangat kaya. Tapi sifat negatifnya itu tiba-tiba tercabar apabila ayahnya, jatuh miskin dan membiarkan Puteri Laila dijaga dan tinggal bersama seorang lelaki miskin, Hasrul yang kononnya merupakan pakcik Puteri Laila. Bayangkan rumah Hasrul yang sangat daif, membuatkan Puteri Laila hidup bagaikan mimpi ngeri. Namun hari demi hari, sikap Puteri Laila mulai berubah, dan dia tersedar, dia mula menyintai pakcik sendiri.. Sedar cintanya tidak bertepuk sebelah tangan, mereka sedaya upaya cuba menahan dari membiarkan cinta itu bercambah.

"Kalau aku bukan anak saudara kau, sudi ke kau ambil aku jadi isteri kau?"
Hasrul terus menoleh pada Puteri Laila. Seingat Hasrul itu adalah kali kedua Puteri Laila mengutarakan pertanyaan itu.

Novel komedi romantik ini memang menimbulkan kelainan. Keperibadian Puteri Laila dan Hasrul membuatkan pembaca teruja membaca setiap helaian novel ini.

Apakah yang terjadi seterusnya kepada hubungan mereka? Adakah mereka bersama? Atau hubungan anak saudara dan pakcik, tidak memungkinkannya? Di manakah ayah Puteri Laila? Mari dapatkan novel terbaik dari SITI NUR DHUHA ini...






P/S - Recommended by Lulu Caldina..






.

5 Penyokong CHELSEA:

Aziela on November 20, 2012 at 2:09 PM said...

Akak dah baca.... Plot dia memang menarik. Komedi..yessza.. Tiba2, nenek Hasrul pun gengster rupanya. hehehehehe.

Anonymous said...

lulu

kaktina dah baca tapi so sori, tak minatlah gaya penulisan siti dhuha ni, agak memboringkan, ada 2 3 buku tulisan dia borong time pesta buku aritu, tapi tulah, mcm penat je nak abiskan, ambik masa jugak lah baru abis baca buku ni

yelah lain org lain selera kan, petang jumaat lepas baca review lulu yg encik suami perfect 10 tu kan, kak tina terus g minerva jalan tar, tapi out of stock lah pulak, malas beli online sebab tak byk less

Anisa Anuar on November 20, 2012 at 2:25 PM said...

bestnyeee kang baca ni...mula la saya berangan nnt

Amirah. on November 20, 2012 at 2:29 PM said...

ish dah la saya ni kaki novel .. huhu.. mcm best jek

mujagirl92 on November 20, 2012 at 4:06 PM said...

mesti bukan pak sedara dengan anak sedara kan,, hehe.. sebelum satu cerita tu abis dengan happy ending, it does not end yet :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!