Thursday, December 6, 2012

Pengorbanan seorang isteri buat suaminya


Seorang lelaki Arab Saudi yang mahu berkahwin kali kedua dilaporkan banyak kali menangguhkan untuk memberitahu niatnya itu kepada isterinya, seorang guru sekolah, lapor media di sini, semalam. Ia sedikit sebanyak disebabkan dia membuat andaian bahawa isterinya tidak mungkin bersetuju dan memberi masalah pula kepada rumah tangga mereka. Bagaimanapun, lelaki terbabit mendapat kejutan apabila niatnya untuk berkahwin lagi diterima. Pada masa sama, dia juga diberi satu syarat iaitu hanya isterinya boleh membuat pilihan siapa boleh menjadi pasangan barunya.

Tidak cukup dengan itu, isterinya juga memberi kejutan baru terhadap lelaki tidak dinamakan itu iaitu dia sudah memilih seorang pelajarnya untuk dijadikan teman hidup suaminya, lapor sebuah laman web. Malah, belum sempat lelaki itu mengucapkan terima kasih atas penerimaan hasratnya, isteri lelaki itu membuat satu lagi kejutan iaitu menawarkan untuk menanggung semua kos perbelanjaan perkahwinannya. Lelaki bertuah itu kemudian berkahwin dengan gadis itu yang berkongsi semua dengan gurunya.

“Malah, isteri pertama menawarkan untuk membiayai perkahwinan sebagai hadiah kepada suaminya kerana mahu menjadi contoh kepada semua wanita antipoligami,” lapor akhbar Sabq. Pasangan berkenaan berkahwin di wilayah selatan Arab Saudi, Jazan. Kisah itu sama sekali berbeza dengan kejadian di wilayah Asir apabila seorang lelaki berkahwin empat sekali gus untuk membuktikan kepada bekas isterinya yang percaya tiada lagi wanita sedia mengahwininya selepas mereka berpisah. Agensi






.

4 Penyokong CHELSEA:

Nour Adieb on December 6, 2012 at 9:00 AM said...

wow, baik betul isteri pertama tu. xda perasaan jeles ka?

boni kacak on December 6, 2012 at 9:45 AM said...

wah... alangkah indahnya hidup lelaki ni..hehehehe

sairazura on December 7, 2012 at 2:39 PM said...

bila kita hanya memikirkan keindahan di akhirat yang kekal abadi..ganjarannya..pasti kita mampu berbuat demikian..tp manusia..pasti tercalit perasaan cemburu.. moga ALLAH membantu beliau..

Unknown on December 27, 2012 at 8:16 PM said...

Senang hati klau dapat isteri mcm nie....isteri mcm nie la yg layak dapat payung emas di akhirat nanti...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!