Saturday, January 7, 2012

Lulu Caldina buat contest!



Tiba-tiba teringin nak buat contest simple, dan hadiahnya juga simple..
oleh kerana contest ni simple, korang tak perlu buat entri, tampal banner dan tinggalkan link seperti biasa..
Apa yang korang perlu buat, hanyalah cuba teka apakah benda dalam gambar kat atas..
Tekaan tidak terhad kepada satu tekaan, nak teka 88 kali pun boleh, tak kisah...
Manalah tau kan, teka banyak kali, ada satu yang mengena... weee....


Contest simple, hadiah pun simple, untuk jawapan tepat yang terpantas, akan memenangi top-up berjumlah RM5 setiap seorang (pemenang untuk 2 orang).. Hanya buat talian maxis dan celcom (lulu akan guna maybank2u untuk reload).
2 yang terpantas dan tepat.. Macam mana kalau takde yang tepat?
Hah, semoga adalah yang tepat, kan... muehehe...
Rasanya lulu pilih gambar yang sangat mudah tau...



Tarikh tutup, esok (sabtu 07.01.2012), menjelang tengah malam..










.

Barangan mangsa kapal Titanic dilelong


Sebanyak 5,000 barangan berharga yang ditemui dari kapal penumpang kelas pertama Titanic yang tenggelam di Lautan Atlantik sejak seabad lalu, akan dilelong di New York pada April ini.

Koleksi barangan itu akan dilelong dalam satu lot oleh firma lelong Guernsey pada 11 April ini, sempena ulang tahun ke-100 kapal Titanic melakukan pelayaran pertama sebelum tenggelam di Newfoundland setelah terlanggar bongkah ais besar.

Presiden firma Guernsey, Arlen Ettinger menyifatkan acara lelong itu sebagai ‘detik bersejarah’ dan ‘ia merupakan satu-satunya jualan barangan bernilai dari bangkai kapal Titanic yang berada empat kilometer di dasar laut’.

Firma lelongan menganggarkan jualan kesemua barangan itu mencecah sehingga AS$189 juta (RM594 juta).

Barangan tersebut yang ditayangkan kepada umum semalam, merupakan kenangan pahit yang menyaksikan kira-kira 1,500 orang terbunuh apabila kapal itu tenggelam selepas belayar dari Southampton, England.

Ettinger berkata, kesemua barangan itu perlu dijual dalam satu lot untuk ‘mengabadikan memori kapal yang hebat itu’ dan ‘berharap generasi akan datang berpeluang melihatnya.’

Katanya, jualan itu ‘tertakluk kepada perjanjian dan syarat tertentu untuk memastikan barangan tersebut sentiasa dijaga dengan baik menjadi tontonan orang ramai’.

Antara barangan tersebut, termasuk set mencukur, permainan kanak-kanak, paip tembakau, dan butang tembaga yang dipakai oleh Kapten Edward Smith dan pegawai-pegawainya.

Terdapat juga barangan mewah yang akan dilelong seperti botol kristal dari kabin kelas pertama, lilin dari Restoran A la Carte, pinggan perak serta porselin biru dan emas.

Sisa-sisa bahagian kapal itu turut dilelong seperti kompas yang digunakan oleh pegawai pemerhati, lampu, wisel perak dan loceng.









.

Lahirkan anak dalam penerbangan


Seorang wanita China berusia 23 tahun yang sarat mengandung mengalami pengecutan rahim pada 50 minit pertama penerbangan sebelum melahirkan anak ketika menaiki pesawat wilayah Sichuan ke Wuhan, semalam.

Akhbar Shanghai Daily yang memetik kenyataan pegawai lapangan terbang berkata, wanita itu, Feng Yu berbadan kurus dan memakai baju besar menyebabkan dia tidak kelihatan seperti sedang sarat mengandung.

Prosedur penerbangan menetapkan wanita mengandung melebihi tujuh bulan dinasihati tidak menaiki pesawat.

Yu bernasib baik kerana empat krew pesawat yang terlatih berjaya menyambut kelahiran bayinya itu.

Seorang daripada krew penerbangan, Zuo Lei berkata, dia berasa cemas apabila badan bayi tersebut mula tersangkut walaupun kepalanya sudah keluar.

"Saya cuba menenangkan diri dan memegang erat tangan wanita itu serta berusaha sedaya-upaya mengingat kembali latihan kecemasan yang telah dipelajari," katanya.

Sebaik sahaja bayi yang dinamakan Angel itu selamat dilahirkan, penumpang pesawat tersebut memberi tepukan gemuruh dan bersorak.

Pesawat itu kemudiannya mendarat tujuh minit kemudian dan pasukan perubatan membawa Yu ke hospital.

Yu bukan ibu pertama yang melahirkan anak pada ketinggian 4,000 kaki di udara.

Pada September 2010, Aida Alamillo melahirkan bayinya ketika dalam penerbangan dari Manila ke San Francisco.

Seminggu sebelum itu, seorang wanita Perancis melahirkan anak ketika dalam penerbangan ke Paris.




P/S - Gambar sekadar hiasan..









.

Frank Lampard ke MU?


Alex Ferguson merancang membawa Frank Lampard, yang kini terdesak di Chelsea ke Manchester United.
Akhbar Sportsmail difahamkan Lampard tidak keberatan untuk berpindah ke Old Trafford.
Rentak United nyata terjejas dengan ketiadaan tonggak pemain tengah berwibawa berikutan persaraan Paul Scholes, selain turut dilanda krisis kecederaan.

Bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan kepada Manchester City dalam perebutan trofi Liga Perdana Inggeris, Lampard yang selama ini diminati Fergie, mungkin adalah jawapan kepada kepincangan tersebut.
Bagaimanapun, Ferguson harus memujuk dan menyakinkan Lembaga Pengarah United untuk pembelian Lampard yang kini berusia 33 tahun.

Ini disebabkan pada usia lanjut, Lampard yang sedang menikmati gaji lumayan 140,000 pound (RM683,000) di Stamford Bridge, tidak lagi mempunyai nilai jualan pada masa depan.
Satu lagi halangan buat Ferguson adalah cara memujuk Chelsea menjualkan pemain itu ke pasukan yang merupakan musuh ketat mereka.

Kontrak Lampard bersama Chelsea kini hanya berbaki 18 bulan dan Ferguson mungkin terdorong dengan laporan bahawa pemain itu tidak sehaluan dengan pengurus Andre Villas-Boas.
Lampard juga difahamkan berhasrat meninggalkan Stamford Bridge penghujung musim ini tetapi mahu terus beraksi di England.

Sebelum Lampard menyertai Chelsea dari West Ham pada 2001, Ferguson pernah bercadang membuat bidaan untuk merebut khidmatnya. Pada 2005, Fergie dalam satu temuramah berkata: "Lampard ialah pemain yang mempunyai daya tarikan tersendiri."









.

Koma 5 bulan selepas bersalin

Seorang ibu berada dalam keadaan koma sejak lima bulan lalu selepas melahirkan bayi ketiga dan kini terlantar di rumah kakaknya di Kampung Keda Banggol Petai, Mukim Bongor di sini.

Kejadian yang menimpa Mashitah Mohd. Yusof, 34, itu berlaku selepas dia disyaki mengalami implikasi serangan kuman pada otak setelah tiga hari melahirkan anaknya dan terpaksa mendapatkan rawatan lebih sebulan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Kakaknya, Rohani, 42, yang kini menjaga Mashitah berkata, segala urusan menjaga adiknya diuruskan oleh ahli keluarga termasuk suami Mashitah, Mohd. Amri Mohd. Yusof, 35, yang juga seorang guru.

"Mashitah kini tidak lagi mampu bergerak, hanya terlantar di atas katil dan segala urusan diuruskan oleh ahli keluarga termasuk suaminya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Katanya, adiknya itu juga terpaksa disediakan susu melalui tiub dan terpaksa menukar lampin pakai buang setiap hari.

Bagaimanapun kata Rohani, keadaannya tidak berubah sehinggalah dia dibenarkan pulang ke rumah untuk dijaga oleh ahli keluarga.

"Kami sekeluarga juga berusaha secara perubatan tradisional tetapi keadaannya tidak berubah dan amat berharap ada pakar yang dapat membantu merawat memandangkan dia mempunyai anak yang masih kecil," katanya.

Menurutnya, akibat jangkitan kuman itu adiknya juga lumpuh seluruh badan sebelah kiri.

Pasangan itu dikurniakan tiga anak, Alwalin, 7, Nor Azmina, 4, dan Mohd. Akil Zikri, 5 bulan.

Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika melawat wanita itu berkata, beliau mahu mendapatkan rekod perubatan Mashitah daripada pihak hospital bagi membantunya sebelum merujuk kepada doktor pakar di Kuala lumpur.

Beliau berkata, ibu muda itu perlu mendapat rawatan segera memandangkan dia masih mempunyai anak kecil dan terlantar sepanjang waktu.








.

Anggota TLDM, isteri maut


Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan isterinya maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam paya di Jalan Kampung Raja di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.25 pagi itu, Shahril Ismail, 33, yang bertugas sebagai Bintara TLDM di Lumut dan isterinya, Norazimah Abdul Aziz, 34, seorang juruteknik di Titi Gantong mati akibat lemas selepas terperangkap di dalam kereta yang dipenuhi air.

Ibu saudara Shahril, Norizan Yahya, 50, berkata, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Pangkalan TLDM Lumut setelah mendaftarkan anak sulung mereka memasuki tahun satu di Jempol, Negeri Sembilan.

"Mereka mempunyai tiga anak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki berusia tujuh, enam dan dua tahun. Anak mereka dijaga oleh ibu Norazimah di Negeri Sembilan," katanya ketika ditemui di Hospital Changkat Melintang di sini hari ini.

Menurut Norizan, Shahril berasal dari Kampung Padang Changkat di Bota adalah anak keempat daripada 10 beradik manakala isterinya merupakan anak sulung daripada tujuh beradik.

"Shahril dikenali sebagai seorang yang pendiam tetapi baik hati manakala isterinya seorang yang peramah dan mesra dengan kami sekeluarga.

"Memandangkan arwah Shahril sudah tiada ibu bapa, kami sekeluarga sepakat mengkebumikan jenazah arwah di kampung isterinya di Felda Gugusan Raja Alias, Bandar Baru Serting di Negeri Sembilan," katanya.

Sementara itu, rakan sekerja Norazimah, Nurul Jannah Ismail, 30, berkata, dia terkejut apabila mengetahui rakannya itu terkorban dalam nahas tersebut.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan seorang rakan bahawa dia terserempak dengan kereta dinaiki arwah terlibat dalam kemalangan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supritendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kereta Perodua Kelisa dinaiki pasangan itu dari arah Teluk Intan ke Bota Kanan terbabas ke kiri jalan sebelum terhumban ke dalam paya.

Menurutnya, mayat mangsa dituntut ahli keluarganya tengah hari ini dan dibawa ke Masjid Al-Nur di Pangkalan TLDM Lumut untuk disembahyangkan sebelum dibawa pulang ke kampung halaman Norazimah di Negeri Sembilan untuk dikebumikan.








.

Mati dibunuh kejam


Seorang warga emas, Rahimah Mohd. Nor, 74, yang dibunuh selepas disamun di rumahnya di Kapar di sini malam tadi sebenarnya telah merancang untuk menunaikan umrah Mac ini.

Adiknya, Jumiah, 64, berkata, Allahyarham yang lebih mesra dipanggil Wok merancang mengerjakan umrah bersamanya dan begitu bersungguh-sungguh mahu menunaikan ibadat itu sehingga sanggup mengambil upah mengisi dakwat pen di rumahnya yang dibekalkan sebuah kilang berdekatan bagi memenuhi impiannya itu.

"Saya rasa sangat sedih apabila arwah tidak sempat menunaikan umrah dan kejadian itu tidak dapat saya lupakan kerana ia tidak pernah berlaku di kampung ini," katanya ketika ditemui di rumah mangsa di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian itu disedari oleh anak saudaranya yang pergi ke rumah mangsa kira-kira pukul 7.30 malam untuk membuka suis bagi mendapatkan bekalan elektrik yang disambungkan ke gerai nasi ayamnya.

Katanya, sebaik sahaja tiba di rumah mangsa, lelaki tersebut mendapati keadaan di dalam rumah itu gelap dan dia cuba mencari Wok tetapi tidak ditemui.

"Setelah diberitahu kepada saya, kami adik-beradik pergi ke rumah itu tetapi tidak jumpa dan kemudian ke surau kerana kebiasaan pada malam Jumaat, kakak saya membaca surah Yasin di sana.

"Bagaimanapun, di surau juga kami tidak jumpa dan pulang semula ke rumah untuk mencari arwah di dalam semua bilik dan kami terperanjat apabila mangsa yang sudah tidak bernyawa ditemui dalam keadaan tertiarap di bilik setor," katanya.

Jumiah berkata, ketika mayat Rahimah ditemui, muka arwah berada dalam keadaan pucat manakala tangannya telah kaku.

Katanya, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 4, Kapar di sini, selepas solat Jumaat.








.

Mercedes-Benz terhebat


Mercedes-Benz mengatasi pencabarnya, BMW untuk merangkul gelaran jenama kereta mewah terlaris di Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua pengeluar kereta mewah itu tidak mendedahkan jumlah jualan sehingga semalam tetapi Autodata mengeluarkan anggaran tersebut yang diperoleh menerusi sumber dalam industri berkenaan.

Meningkut anggaran yang dikeluarkan Autodata, jualan Mercedes mencatatkan peningkatan sebanyak 28 peratus pada Disember.

Jualan BMW pula meningkat 16 peratus pada Disember dengan pengeluaran kira-kira 248,073 kenderaan.

Lexus di tempat kedua ekoran penjualannya mencatatkan penurunan 13 peratus kepada 198,552 kenderaan.








.

Kodak bakal bankrap


Eastman Kodak Co. dilaporkan bersiap sedia untuk memfailkan perisytiharan bankrap ‘dalam masa beberapa minggu akan datang’ sekiranya syarikat perintis fotografi itu gagal menjual sejumlah 1,100 paten pengimejan digital.

Laporan Wall Street Journal (WSJ) itu menyebabkan harga saham Kodak jatuh ke paras terendah dalam sejarah semalam berikutan penjualan besar-besaran oleh para pelabur yang mengesyaki ikon dunia perniagaan Amerika tersebut tidak lagi mempunyai masa depan.

Penganalisis berkata, paten itu boleh dijual pada harga AS$2 bilion hingga AS$3 bilion (RM6.2 bilion-RM9.3 bilion), tetapi belum ada bakal pembeli yang tampil sejak Kodak mula menawarkannya pada Julai lepas.

Pada November lalu, syarikat berusia 131 tahun itu berkata, ia mungkin kehabisan wang tunai dalam tempoh setahun jika paten tersebut tidak dapat dijual.

Walaupun Kodak mengharapkan masa depan yang lebih cerah berlandaskan perniagaan mesin pencetaknya yang baru meningkat, syarikat itu melaporkan kerugian AS$222 juta (RM688 juta) pada suku tahun ketiga, iaitu kerugian suku tahun kesembilan dalam masa tiga tahun.

Ia juga melaporkan rizab tunainya merosot 10 peratus dalam masa tiga bulan.

Kodak kini berada dalam situasi terawang-awang.

“Kemungkinan Kodak boleh memfailkan perisytiharan bankrap bagi mendapatkan perlindungan daripada pemberi hutang, tetapi saya tidak fikir perkara itu akan berlaku kerana keperluan untuk wang tunai tidak begitu mendesak,” kata seorang broker Buckman, Buckman & Reid di New York, Ulysses Yannas.

Saham Kodak merosot AS$0.18 (RM0.56) atau 28.2 peratus untuk ditutup pada harga AS$0.47 (RM1.46) semalam.

Harga itu jatuh ke paras niaga terendah sebelum ini iaitu AS$0.54 (RM1.67) pada 30 September lalu apabila bocor berita Kodak telah mengambil khidmat sebuah firma guaman yang menasihatkan syarikat mengenai kebankrapan dan langkah penyusunan semula.









.

Muhammad Alif Berjalan Kaki Dari Padang Menuju Mekkah kerana ingin menunaikan haji


Seorang pendakwah di Kota Padang, Sumatera Barat nekad untuk ke Arab Saudi dengan berjalan kaki selepas dua tahun mengimpikan mahu menunaikan haji.

Dengan hanya bermodalkan peta dan sedikit wang, Jekson Gomes alias Muhammad Alif menetapkan sasaran untuk tiba di tanah suci Mekah dalam tempoh 10 bulan.

Lelaki berusia 38 tahun itu, yang merupakan pendakwah dari masjid ke masjid, mengaku sudah membuat persiapan sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, antara persiapannya ialah mempelajari peta-peta negara yang bakal dilaluinya selain rutin bersenam.

Perjalanannya dimulakan pada Jumaat lalu dari Masjid Nurul Anhar, Padang Barat, Padang.

“Saya menetapkan sasaran untuk berjalan sejauh lapan kilometer dalam tempoh satu jam dan hanya berehat selama dua jam dalam sehari,” kata.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!