Wednesday, January 18, 2012

Kenapa baju bedah doktor warna hijau..


Seorang doktor biasa dilihat dengan pakaian serba putih yang melambangkan kebersihan. Tapi ketika masuk ke ruang pembedahan, doktor akan mengganti pakaian dengan baju berwarna hijau. Kenapa?

Warna hijau dipilih kerana selain selesa pada penglihatan, juga ternyata memiliki kontras warna yang tinggi terhadap warna merah dari darah. Hal ini tentunya sangat berguna dalam kegiatan pembedahan.

Selain itu, ditemukan fakta yang mengungkapkan bahawa warna hijau di baju pembedahan tersebut dapat membantu menyegarkan pandangan doktor dalam mengamati benda-benda yang warnanya merah seperti darah dan organ-organ tubuh selama masa pembedahan. Kerana jika melihat warna merah terus menerus dapat mengakibatkan menurunnya kepekaan terhadap warna merah, maka warna hijau dipilih untuk meneutralkan pandangan doktor.

Melihat warna merah terus menerus boleh menyebabkan ilusi nofa hijau pada latar-latar berwarna putih. Hal ini boleh mengganggu penglihatan doktor. Dengan menggunakan baju bedah berwarna hijau, ilusi ini diharapkan akan memudar dan tidak lagi menganggu penglihatan doktor ketika melakukan pembedahan.







.

WORDLESS WEDNESDAY

Wikipedia mogok


Wikipedia mogok dengan menggantungkan perkhidmatannya selama 24 jam hari ini, sebagai bantahan terhadap usaha kongres Amerika Syarikat menggubal undang-undang anti-cetak rompak dalam talian yang dikemukakan, baru-baru ini.

Tindakan itu kelihatan apabila pelanggan yang berhasrat menggunakan perkhidmatan wikipedia versi Inggeris, laman muka web maklumatnya akan dipindahkan ke laman paparan berwarna hitam.
Penutupan sementara Wikipedia versi Inggeris itu, ensiklopedia dalam talian yang digunakan pelanggan seluruh dunia adalah sebagai bantahan terhadap Akta Menghalang Cetak Rompak Dalam Talian (SOPA) atau versi Senat dikenali Akta Melindungi Protokol Internet (PIPA)










.

Hobi terpendam Lulu Caldina



ceh, tajuk entri memang best...





Lulu ada banyak hobi.. selain dari update diri sendiri dengan berita dan maklumat terkini dari internet, dan dikongsikan bersama melalui Lulu-Pages, lulu juga gemarkan menonton filem seram. Owh itu memang sudah ramai yang tahu.. Namun adakah korang tahu lulu ada satu hobi yang sangat konservatif.. dan biasanya ramai orang pun ada hobi ni.. ;)













Hobi mengumpul setem adalah hobi terpendam lulu.. Memula dulu, asyik ke pejabat pos. tengok jadual setiap keluaran istimewa tu.. Kena datang dihari pertama sebab boleh dapat cop khas. -beli lengkap dengan sampul surat.. Masa tu memang dah tak sedar duit banyak habis.. Tapi memang rasa berbaloi dan puas hati.. Sebab bila belek-belek koleksi tu semula, macam pergi muzium dan tengok khazanah negara.. Tapi malangnya, lulu dah jarang sangat ada masa untuk ke pejabat pos.. So, lulu ketinggalan banyak koleksi setem. Memula tu untuk menyelesaikan kekurangan tu, lulu beli buku koleksi setem, lengkap setahun.. Kat situ lengkap dengan setem, cop dan keterangan-keterangan secara detail untuk sesuatu setem khas tu.. Lagii banyaklah kan duit habis.. 1 buku jer ada tu dalam RM180.. ada yang RM165.. huhu








Setem yang istimewa.. kan tahun ni tahun naga ^_^













Lulu masih berminat meneruskan hobi ni.. Namun rasanya bukan sekarang.. Tahun terakhir lulu adalah 2008.. Memang kena full komitmen kalau nak buat benda ni.. Walaubagaimana pun, dalam entri ni, lulu perlihatkan sebahagian koleksi lulu yang ada.. Hanya sedikit dari itu.. Lulu memang ada banyak, tapi takkanlah nak gambar semua kan...enjoy ..
















Ada tak yang mempunyai hobi yang sama dengan lulu?
Tapi, lulu ada hobi terpendam lain tau ;) lain entri nanti yer..












.

Kegigihan mereka menyentuh hati


Kegigihan seorang warga emas, Siti Hawa Mat Husain, 72, di Kampung Bendang Man di sini mencari rezeki dengan membuat penyapu daripada pokok riong pasti menyentuh hati sesiapa sahaja. Dengan dibantu anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU), Mohd. Zin Loji, 42, kedua-dua beranak ini terpaksa memasuki kawasan belukar yang terdapat tumbuhan pokok riong untuk mencari bahan membuat penyapu.

Siti Hawa berkata, pokok riong selalunya tumbuh di kawasan berbatu dan berbukit serta mudah ditemui di belukar sekitar daerah ini. Menurut Siti Hawa, pokok riong hanya mengeluarkan bunga pada awal Januari hingga April sahaja.

“Dalam masa empat bulan ini, bunga riong boleh diambil dan selepas itu batang bunga riong akan menjadi reput,” katanya di sini hari ini.

Siti Hawa berkata, sepanjang empat bulan itu, dia dan anaknya mencari serta mengumpul sebanyak mungkin bunga pokok riong untuk dijadikan penyapu. Menurutnya, bagi menghasilkan penyapu riong, ia hanya memerlukan tali plastik untuk mengikatnya.

“Dalam setahun, saya dan Mohd. Zin mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 150 batang penyapu dan hasilnya dapat menampung kehidupan kami sepanjang tahun,” katanya.

Kemahiran warga emas itu membuat penyapu riong menjadi punca rezekinya sejak lima tahun lalu. Kedaifan hidup dua beranak itu turut mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membantu Mohd. Zin dengan bantuan RM300 setiap bulan.

Bagi pengunjung pasar malam pekan Sik, Gulau, Parit Panjang dan pasar minggu pekan Baling dekat sini, penyapu riong buatan Siti Hawa yang dijual dengan harga RM7 sebatang menjadi rebutan pengunjung di samping bertujuan membantu mareka.
Ini kerana penyapu riong buatan warga emas dan anaknya itu dibuat begitu kemas.











.

Cara yang pelik bagi menggesa penduduk memakan sayur


Seorang wanita memakai pakaian diperbuat daripada kubis semasa dia berada di laluan pejalan kaki.
Dia turut memegang kad yang mempunyai mesej bagi meminta penduduk menjadi pemakan sayur-sayuran. Kelibat wanita itu mendapat perhatian orang ramai yang melalui kawasan pejalan kaki tersebut. Wanita itu merupakan aktivis pertubuhan Orang Ramai Untuk Layanan Beretika Ke Atas Haiwan (PETA). Beberapa rakannya turut membantu dia memakai pakaian yang diperbuat daripada kubis itu. -AP




.

Pelbagai kaedah unik dilakukan


Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini mencuba pelbagai kaedah unik termasuk menyembur dengan cat merah dan menggunakan anjing garang untuk menghalang penumpang daripada berada di atas bumbung kereata api.

Terbaru, pemerintah Indonesia menggantungkan bebola-bebola konkrit sebesar buah limau gedang pada palang-palang besi yang didirikan di sepanjang laluan kereta api.


Jarak bebola besi tersebut daripada bumbung kereta api cuma beberapa sentimeter.

Pihak berkuasa berharap bebola berkenaan yang boleh mendatangkan kecederaan serius jika terkena kepala manusia, akan dapat mencegah orang ramai daripada menaiki bumbung kereta api.

"Kami mencuba apa sahaja cara sebelum ini termasuk meletakkan kawat berduri di atas bumbung kereta api tetapi tiada apa yang berkesan," kata jurucakap syarikat kereta api api milik pemerintah, Mateta Rizahulhaq.


Menurut Mateta, palang bebola konkrit pertama dipasang hanya beberapa meter daripada stesen kereta api di pinggir bandar raya ini dan jika berjaya, projek tersebut akan diperluas ke seluruh Indonesia.









.

Membunuh kerana seronok


Gambar menunjukkan satu keluarga bergembira ketika bergambar bersama zirafah yang mereka tembak mati semata-mata untuk berseronok.

Pelancong seperti keluarga itu membayar ratusan ribu ringgit untuk memburu secara sah haiwan berkenaan.

Ramai yang membawa pulang kepala haiwan itu untuk sebagai kenang-kenangan bercuti di Afrika.

Pakar zirafah, Dr Julian Fennessey berkata: “Ada yang datang dari Britain, tetapi sebahagian besarnya dari Amerika Utara, Jerman, Russia dan Scandinavia.

“Ada pemburu hanya berminat untuk bergambar bersebelahan dengan bangkai haiwan itu. “Tetapi yang lain, mengupah pengawet haiwan memenggal kepala binatang itu supaya mereka boleh membawanya pulang sebagai cenderamata. Ada yang mahukan kulitnya.

Pemburu terbabit membayar sehingga 10,000 (RM50,000) untuk ekspedisi memburu zirafah. Kelab Safari dan Taman Negara mengenakan bayaran sebanyak 1,500 (RM7,500) untuk yuran trofi dan tambahan 1,000 (RM5,000) sehari untuk mengupah jurupandu.

Populasi zirafah berkurangan sebanyak separuh sejak 1988, daripada 140,000 kepada kurang 80,000.

Haiwan itu kini dipercayai semakin pupus di negara seperti Angola, Mali dan Nigeria.

Tetapi di Afrika Selatan, Namibia dan Zimbabwe, memburu zirafah masih dibenarkan.







.

Simpan mayat bapa kerana wang


Seorang lelaki berdepan dengan hukuman penjara selepas dia ditemui tinggal bersama-sama mayat bapanya selama lima bulan bagi membolehkan dia menuntut wang bantuan sara hidup si mati.

Christopher Blackburn, 28, ditangkap tahun lalu selepas polis yang bertindak berdasarkan maklumat daripada orang ramai, menyerbu rumahnya dan menemui mayat bapanya, Guy Blackburn.

Hasil bedah siasat menunjukkan Guy Blackburn, 54, bekas pemandu lori, mati kerana penyakit biasa pada November 2010.

Semalam, anaknya, dari Huddersfield, West Yorks, mengaku menghalang pengebumian mayat bapanya.

Dia juga mengaku mencuri 1,869 (RM9,345), wang bantuan sara hidup milik bapanya. Mahkamah Preston diberitahu, Guy Blackburn tinggal di rumahnya di Penwortham, Lancaster sejak 26 tahun lalu tetapi kesihatannya semakin teruk dan dia hanya tinggal di rumah selepas menghabiskan masa seketika di hospital.

Mayatnya ditemui Mac tahun lalu selepas jiran semakin bimbang mengenai keadaannya selepas tidak melihatnya sejak Oktober 2010.

Mereka menghubungi Persatuan Perumahan Eaves Brook, pemilik rumah berkenaan.

Polis kemudian melakukan siasatan di rumah itu dan menemui mayat Guy Blackburn di katil di bilik depan.







.

Guru pukul pelajar hingga pengsan


"Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk."

Demikian luah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong di sini yang mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh seorang guru sekolah tersebut semalam.

Pelajar berkenaan, Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, 14, mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang bergaduh dengan seorang pelajar di sekolah tersebut.

"Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.

"Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.










.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!