Thursday, January 26, 2012

Facebook's timeline feature becomes mandatory for all users - with just 7 days to 'clean up'


Facebook's Timeline - a new look for people's Profile pages which exposes their entire history on the site - will become mandatory for all users.

The 'new look' has been voluntary up until now.

From now, users will simply be notified that they are being 'updated' via an announcement at the top of their home page, which users click on to activate Timeline.
As with voluntary switches to Timeline, those who are 'updated' will have just seven days to select which photos, posts and life events they want to advertise to the world.
Via the official Facebook blog, the site announced, 'Last year we introduced timeline, a new kind of profile that lets you highlight the photos, posts and life events that help you tell your story.'

'Over the next few weeks, everyone will get timeline. When you get timeline, you'll have 7 days to preview what's there now.

'This gives you a chance to add or hide whatever you want before anyone else sees it.'

Timeline has been criticised for showing off pictures and posts that people might have wanted to forget.
The new look also pairs with 'timeline apps', such as Spotify, which post every time people listen to a song, or eat a recipe or visit somewhere.

'You can learn more about these new features by taking the quick tour available at the top of your timeline,' says Facebook.


'If you want to get timeline now, go to the Introducing Timeline page and click 'Get Timeline.'Or you can wait until you see an announcement at the top of your home page.'
Mark Zuckerberg described timeline as letting you 'tell the whole story of your life on a single page'.
The redesigned pages have a more magazine-like photo-heavy feel, with a large 'cover photo' at the top of the page.

On the right of the page there will be a timeline that breaks down all posts from a person's time on Facebook and allows viewers to jump back to people's earliest posts with a break down month-by-month.










.

Pemandu amuk langgar pejalan kaki


Seorang pemandu bas yang mengamuk, memandu kenderaan tersebut secara melulu dan melanggar pejalan kaki, menyebabkan sembilan terbunuh dan 27 lagi cedera di bandar Pune, barat India, hari ini.
Pesuruhjaya Polis Pune, Meeran Borwankar berkata, suspek, Santosh Mane adalah pekerja perkhidmatan bas milik kerajaan negeri Maharashtra.

Menurutnya, Mane membawa bas itu keluar daripada terminal dan mengamuk selama 30 minit dengan merempuh kawasan sesak yang dipenuhi orang ramai.

Sekurang-kurangnya 40 kenderaan turut rosak dan 27 mangsa yang cedera telah dihantar ke tiga hospital di bandar itu.

"Anggota polis turut bertindak menembaknya untuk memberhentikan bas terbabit tetapi tidak berjaya.


"Beberapa orang awam kemudiannya menaiki bas itu ketika ia dipandu perlahan dan memaksa suspek memberhentikan kenderaan terbabit," kata Borwankar.

Mane ditahan polis dan punca kejadian masih disiasat.











.

"Seruan azan itu indah " : Bintang Hollywood


Bintang Hollywood, Liam Neeson, bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam.
Laporan media menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia “diresapi semangat” itu selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki.

Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia “gila” mendengarnya.

“Tiba-tiba seruan itu meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah,” katanya.

Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah.

“Ia menyebabkan saya benar-benar berfikir untuk menganut Islam,” katanya.
Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat.
Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya.

“Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar - apa yang kita lakukan di dunia ini sebenarnya? “Saya sentiasa membaca buku mengenai Tuhan dan fahaman atheis,” katanya.







.

Hamil anak sulung, dengan kembar 6


Seorang wanita Afghanistan yang hamil anak sulung tidak menyangka akan melahirkan kembar enam di hospital di bandar raya Mazar-e-Sharif.

Dia mengakui tidak menyedari hamil lebih daripada seorang bayi kerana tidak pernah menerima rawatan kesuburan.

Doktor berkata, wanita itu tiba di hospital Isnin lalu dan melahirkan tiga bayi lelaki dan tiga bayi perempuan pada hari sama. Menurut doktor, melahirkan anak kembar enam tanpa rawatan kesuburan amat jarang berlaku.
Afghanistan negara yang mencatatkan kadar kematian ibu dan anak tertinggi di dunia.

Wanita yang dikenali Sharah, 24, berasal dari pedalaman wilayah Balkh.
Pengarah Kesihatan Wilayah, Mirwais Rabi, berkata semua enam bayi berkenaan sihat tetapi kurang berat badan dengan seorang daripadanya cuma seberat 700 gram.

Rabi berkata, bayi berkenaan diletakkan dalam inkubator dan diawasi sepasukan jururawat dan doktor. Sharah dalam keadaan sihat tetapi letih.
Doktor berkata, jika mereka menyedari dia hamil kembar enam, Sharah akan dimasukkan ke hospital beberapa hari lebih awal. Berita itu mendapat liputan utama di stesen televisyen dan radio Afghanistan.

“Dia berani, dia mengagumkan. Saya tidak tahu bagaimana dia membawa enam anak.
Kerajaan perlu membantunya,” kata seorang penduduk.










.

Calon pilihan raya Gabenor harus jalani ujian bacaan Al-Quran


Pasangan calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh harus membuktikan kemampuan membaca Al-Quran dengan lancar yang merupakan sebahagian daripada ujian untuk menentukan pemahaman mereka mengenai Islam.

Kemahiran membaca kitab suci agama Islam itu bukan hanya diwajibkan kepada calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor Aceh semata-mata.

Sebaliknya, ujian sama perlu dilalui oleh bakal calon datuk bandar atau timbalan kerusi berkenaan sejak pengenalan undang-undang syariah di wilayah berkenaan pada tahun 2003.

“Ini merupakan kali ketiga kami melaksanakan ujian membaca Al-Quran kepada bakal calon sejak kami membuka pendaftaran pilihan raya di Aceh,” kata jurucakap suruhanjaya pilihan raya Aceh, Akmal Abzal.

Kesemua pasangan calon Gabenor dan Timbalan Gabenor yang melalui ujian berkenaan di Banda Aceh pada Selasa lalu ialah Zaini Abdulah dan Muzakir Manaf, pasangan Fakhrulsyah Mega dan Zulfinal serta Hendra Fadli dan Yuli Zuardi Rais.

Ujian membaca Al-Quran itu dikendalikan oleh suruhanjaya pilihan raya wilayah berkenaan dengan kerjasama daripada Perhimpunan Ulama, Agensi Perhubungan Agama serta Yayasan Pembangunan Al-Quran.

Menurut Akmal, semua calon yang melalui ujian itu harus mencapai markah sebanyak 50 sebelum layak bertanding pada pilihan raya.

Pada ujian kelayakan itu yang turut dibuka kepada orang ramai untuk melihatnya, setiap calon diwajibkan membaca tiga daripada 114 surah yang terdapat dalam kita suci itu.

“Seandainya seorang calon itu seorang muslim sejati, membaca Al-Quran bukan masalah besar buat mereka,” kata Naimah, seorang penduduk dari Keutapang, Aceh Besar.

Menurut Naimah, kemahiran membaca Al-Quran merupakan satu kemestian bagi mana-mana individu yang mahu memimpin Aceh.










.

Balotelli terima dakwaan, mula jalani penggantungan


Penyerang antarabangsa Itali, Mario Balotelli mula menjalani hukuman gantung empat perlawanan hari ini selepas menerima dakwaan salah laku oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris kerana memijak kepala pemain Tottenham Hotspur, Scott Parker, Ahad lalu.

Pemain berusia 21 tahun Manchester City itu menerima hukuman berat yang dikenakan terhadapnya lewat minggu ini dan ini bermakna dia terlepas beraksi pada saingan separuh akhir kedua Piala Liga bertemu Liverpool, awal pagi serta tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris.


Tuduhan terhadapnya mencetuskan kontroversi kerana pengadil perlawanan Howard Webb tidak melayangkan sebarang kad kepadanya ketika perlawanan itu, tetapi Webb kemudian berkata, dia sudah tentu akan melayangkan kad merah terhadap Balotelli sekiranya melihat kejadian itu.
Kenyataan Webb itu menimbulkan kemarahan di pihak Balotelli dan ejennya semalam menuduh pengadil final Piala Dunia 2010 itu bercakap bohong kononnya tidak melihat kejadian itu.

FA Inggeris kemudian mengeluarkan kenyataan balas menyokong kenyataan yang dikeluarkan Webb itu.










.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!