Thursday, January 26, 2012

Balotelli terima dakwaan, mula jalani penggantungan


Penyerang antarabangsa Itali, Mario Balotelli mula menjalani hukuman gantung empat perlawanan hari ini selepas menerima dakwaan salah laku oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris kerana memijak kepala pemain Tottenham Hotspur, Scott Parker, Ahad lalu.

Pemain berusia 21 tahun Manchester City itu menerima hukuman berat yang dikenakan terhadapnya lewat minggu ini dan ini bermakna dia terlepas beraksi pada saingan separuh akhir kedua Piala Liga bertemu Liverpool, awal pagi serta tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris.


Tuduhan terhadapnya mencetuskan kontroversi kerana pengadil perlawanan Howard Webb tidak melayangkan sebarang kad kepadanya ketika perlawanan itu, tetapi Webb kemudian berkata, dia sudah tentu akan melayangkan kad merah terhadap Balotelli sekiranya melihat kejadian itu.
Kenyataan Webb itu menimbulkan kemarahan di pihak Balotelli dan ejennya semalam menuduh pengadil final Piala Dunia 2010 itu bercakap bohong kononnya tidak melihat kejadian itu.

FA Inggeris kemudian mengeluarkan kenyataan balas menyokong kenyataan yang dikeluarkan Webb itu.










.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!