Wednesday, February 1, 2012

'I want a baby and the father MUST be Italian'


Singer Lady Gaga may have a lot of accessories but it turns out her life is missing one thing, a baby.
The Born This Way songstress has revealed she wants a child but in her usual style has divulged a series of demands, including the father must be Italian and conception would be through artifical insemination.

It isn't clear how her American boyfriend actor and model Taylor Kinney, who was raised in Neffsville, Pennsylvania, feels about the revelations.
At just 25-years-old Gaga, real name Stefani Germanotta, is notoriously private about her love life.
But today she told Spain's Radio Ibiza she was looking for a partner to have a child with, but they must share her Italian and Sicilian roots

She told the station: 'I want a baby from an Italian - possibly Sicilian - donor.'

Lady Gaga's father, New York restaurant owner Joseph Germanotta, originally comes from the village of Naso in Sicily.
When asked by Italian media if Lady Gaga was consulting him, Italy's leading artificial insemination medic Severino Antinori said: 'I don't talk about my patients.'

Lady Gaga gave a hint she might have the baby bug earlier this month when she sent a romper suit to Beyonce's newbown tot, Blue Ivy.
The onesie had the words 'Little Monster' - Lady Gaga's nickname for her fans - picked out in pink diamante.
Taylor - who has a large angel tattoo sprawling across his back - and Gaga met while filming her video You And I back in September where he played her love interest.


Since the filming of the video - in which they share a steamy kiss - the couple have apparently been inseparable.
When asked about her relationship status back in October, Gaga said: 'You know I don't talk about my love life, but I'm very happy.'










.

Kenali Vera Wang yang memiliki tubuh menawan


Vera Wang, Wanita berusia 62 tahun menjadi cover Harper's Bazaar AS yang terbaru. Dirinya merupakan pereka pakaian pengantin yang sangat ternama di AS. Kariernya berkembang dengan pesat. Ramai selebriti dunia seperti Sandra Bullock hingga Chelsea Clinton adalah merupakan pelanggannya.


Dengan postur tubuh yang menawan, Wang masih layak untuk tampil dalam halaman fashion majalah ini. Tidak ramai perempuan berusia 62 tahun seperti Vera Wang. Postur tubuh seperti Wang biasanya dimiliki perempuan yang berusia separuh --atau sepertiga-- dari Wang saat ini.


Dirinya selalu menyediakan waktu untuk bersantai di antara masa kesibukannya. Selama ini dia banyak menghabiskan waktu di New York. Memiliki sebuah kolam renang peribadi adalah kemewahan sendiri untuknya. ''Yang paling menyenangkan dengan memiliki kolam renang di tengah LA adalah saya boleh  menggunakannya bila-bila saja,'' ujar Wang. ''Dan, kerana saya seorang atlet, tetap sihat adalah hal terpenting untuk saya.''




P/S - 62? agaknya macam manalah rupa lulu diusia 62 tahun yer.. huhu








.

Apa cerita Safee Sali yang terkini


Pemain bola sepak terkenal, Safee Sali hari ini menamatkan spekulasi mengenai kedudukannya dengan menyambung kontrak selama dua tahun lagi dengan kelab Pelita Jaya, Indonesia.

Pemain kebangsaan itu mengumumkan keputusan itu pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Pelita Jaya di sini hari ini.










.

WORDLESS WEDNESDAY

Harga minyak naik 44%?


Naib Menteri Tenaga Indonesia, Widjajono Partowidagdo berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan harga minyak sehingga 44 peratus pada tahun ini.
Menurut beliau, tindakan itu diambil bagi mengurangkan beban kerajaan yang menanggung subsidi tinggi dan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur.

"Idea itu telah mendapat sokongan daripada orang awam, ahli akademik, ahli perniagaan dan beberapa penggubal undang-undang," tambah Widjajono.

Namun di Indonesia, sebarang kenaikan harga minyak memerlukan perubahan dalam undang-undang dan kelulusan Parlimen serta Presiden.
Beberapa penggubal undang-undang turut menentangnya kerana bimbang akan melonjakkan inflasi serta menyebabkan ketegangan sosial.

Harga minyak subsidi di Indonesia pada ketika ini ialah 4,500 rupiah (RM1.52) seliter, hampir separuh daripada harga sebenar dan antara terendah di Asia.

Kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak 161.8 trilion rupiah (RM55 bilion) setahun dan pakar ekonomi berpendapat, lebih baik wang itu digunakan untuk memperbaiki infrastruktur yang teruk di negara ini.

"Kami akan meningkatkan harga minyak antara 1,000 hingga 2,000 rupiah (34 sen hingga 68 sen) tahun ini. Namun peningkatan itu akan dibincangkan terlebih dahulu di Parlimen," kata Widjajono.












.

Impian gadis kanser tulang jadi anggota polis tercapai


Impian seorang gadis yang menderita penyakit kanser tulang untuk menjadi seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) walau untuk sehari, akhirnya terlaksana apabila dia diberi peluang tersebut hari ini.

Raihana Batturul Saman, 14, yang disahkan menderita penyakit kanser peringkat akhir itu hanya mampu meluahkan rasa gembira dan teruja atas peluang diberikan pucuk pimpinan PDRM.

Walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda, gadis tabah itu yang tersenyum girang, tidak sedikit pun menunjukkan tanda dia sedang menderita.

Dalam tempoh singkat itu, Raihana mendapat layanan istimewa seperti orang kenamaan (VIP) dengan diberi taklimat khas berhubung cabaran dan rutin kerja seorang anggota polis wanita.

Taklimat disampaikan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, dekat sini.

Saat-saat terindah gadis itu yang mengenakan uniform polis Sang Saka Biru berwarna biru gelap, turut dikongsi bersama hadirin yang hadir termasuk wakil media.

Gadis itu bagaimanapun tidak dibenarkan untuk ditemu bual kerana bimbang mengganggu emosinya.

Pengerusi Make A Wish Yayasan Malaysia, Syarifah Farah Gumash Syed Hussain berkata, hari ini merupakan detik paling bermakna buat Raihana.

“Malah sejak pagi tadi, Raihana tidak berhenti tersenyum malah ibunya turut menangis kegembiraan melihat senyuman yang mungkin tidak akan dilupakan dalam sejarah hidupnya,” katanya.

Syarifah Farah berkata, pihaknya mendapat tahu mengenai derita yang dialami Raihana selepas dimaklumkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM).

“Doktor maklumkan dia boleh ‘pergi’ bila-bila masa sahaja, jadi usaha untuk merealisasikan impiannya dilakukan segera.

“Raihana amat menyukai drama bersiri Gerak Khas dan kadang-kadang meniru skrip yang dibacakan pelakon menggunakan walkie talkie,” katanya.

Difahamkan, Raihana pertama kali didiagnosis tahun lalu selepas dia terjatuh yang menyebabkan kakinya cedera. Pemeriksaan pakar perubatan kemudian mendedahkan dia menderita penyakit kanser sebelum dia diberi pelbagai rawatan termasuk kemoterapi.

Bagaimanapun, enam bulan lalu, keadaan kesihatannya semakin merosot sebelum pakar perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) memaklumkan harapannya untuk hidup semakin tipis.

Dalam program bagi merealisasikan impian Raihana itu, gadis tersebut telah diberi peluang menaiki kereta peronda polis dengan dibunyikan siren ke Muzium PDRM seterusnya ke Pangkalan Udara PDRM, Sungai Besi di sini.











.

'Saya telah insaf dengan perbuatan lampau'


Seorang banduan, Ah Choong, 25, melahirkan rasa kesal selepas terjebak dalam kancah najis dadah sehingga menyebabkan dia dipenjara selama 10 tahun di Penjara Seremban dekat sini.

Malah ketika ditemui pada Program Jalinan Kasih sempena Tahun Baru Cina di penjara berkenaan hari ini, Ah Choong (bukan nama sebenar), hanya mampu menggelengkan kepala berulang kali kerana menyesali perbuatan lampaunya itu.

"Dalam penjara ini, saya banyak belajar. Saya betul-betul insaf. Saya tidak pernah terbayang akan berada dalam penjara ini.

"Saya terlalu mengikut perasaan untuk berseronok dan mengecapi kemewahan dengan wang yang tidak betul," katanya yang berasal dari Melaka.

Ah Choong merupakan antara 12 banduan yang dipilih menemui keluarga pada program berkenaan sempena perayaan tersebut.

Katanya, biarpun dipenjarakan, ia tidaklah seteruk yang disangka kerana di dalamnya banyak ilmu, pengajaran, didikan yang diberikan oleh pihak pengurusan penjara.

"Sekarang saya belajar menjahit pakaian. Saya amat berharap dapat memulakan kehidupan baru selepas ini," kata bapa kepada dua orang anak itu.

Ibunya, Chin Lee Yong 49, hanya mengalirkan air mata apabila berpeluang menemui anak keduanya itu.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Penjara Seremban, Redzwan Saghil berkata, pihaknya berharap kesemua banduan berkenaan memanfaatkan peluang bertemu keluarga itu dengan sebaik mungkin.
Menurut Redzwan, setiap kali musim perayaan, pihaknya memberi peluang kepada penghuni yang mempunyai prestasi baik untuk menyertai program bersemuka dengan ahli keluarga dan masa yang diberikan adalah terhad iaitu 45 minit bagi setiap keluarga.

''Kebanyakan keluarga banduan yang datang pada hari ini adalah dari luar daerah ini antaranya Melaka dan Selangor," katanya.











.

Dah nak kahwin dah ^_^


Penyanyi Ana Raffali hari ini mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan sahabat baiknya, Ahmad Aznaim Abdullah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini pada 25 Februari ini.
Pasangan itu yang sudah berkenalan sejak enam tahun lalu akan dinikahkan sendiri oleh bapa Ana, Mohd. Raffali Mohd. Nor pada hari itu.

Ana, 26, atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali berkata, majlis pertunangan akan diadakan sejam sebelum acara pernikahan berlangsung.

"Apabila sudah nekad untuk mendirikan rumah tangga, saya rasa tidak perlu ada lagi tempoh suai kenal atau pertunangan. Tetapi disebabkan untuk menghormati adat, majlis pertunangan diadakan satu jam sebelum acara akad nikah.

"Majlis resepsi juga akan diadakan pada hari yang sama dan di tempat yang sama iaitu di Masjid Al-Hidayah. Kami mengadakan acara di tempat itu untuk memudahkan jemputan bertandang," katanya.

Dia berkata demikian pada majlis minum petang bersama Ana Raffali dan media bagi mengumumkan tarikh pernikahannya di PNB Darby Park di sini hari ini.
Turut hadir ibu Ana, Halijah Rashid, Ahmad Aznaim dan kedua-dua bakal mertua, Abdullah Mat dan Adilah Abdul Mutalib.

Ana berkata, tarikh pernikahannya itu dipilih bersempena sambutan ulang tahun ke-30 bakal suaminya yang disambut sehari sebelum majlis akad nikah.
Beliau berkata, dia bersedia untuk bergelar isteri dan menjadi suri hidup Ahmad Aznaim atau Naim kerana telah menemui pilihan hati yang tepat, lebih-lebih lagi jejaka itu seorang yang penyabar dan tulus membantunya selama ini.

"Sepanjang kami berkawan, dia sentiasa menyokong dan membantu saya. Malah dia adalah tempat untuk saya mengadu segala masalah.

"Persahabatan kami bertukar menjadi lebih rapat pada 8 Oktober 2008 apabila telefon bimbit saya hilang. Dia adalah orang pertama yang saya hubungi untuk mengadu masalah.

"Dari situ, saya dapat rasakan dia adalah teman jiwa saya," ceritanya.

Ana dan Ahmad Aznaim yang bakal mengenakan pakaian pengantin warna kelabu pada hari pernikahan kelak, bagaimanapun enggan menyatakan jumlah wang hantaran.












.

Sakit kulit Hafizal makin melarat


Hidup seorang pemuda, Mohd. Hafizal Idris, 26, dari Kampung Pokok Setol, Mukim Siong, dekat sini kian sengsara akibat penyakit kulit yang dihidapi sejak tiga tahun lalu.
Penderitaan anak sulung daripada empat beradik itu juga semakin melarat sejak dua bulan lalu apabila keseluruhan badannya mengelupas, gatal dan berasa tidak selesa.
Ayahnya, Idris Sidik, 52, berkata, anaknya telah mendapat rawatan moden mahupun tradisional tetapi belum sembuh.

"Semasa Hafizal mendapat rawatan di Hospital Baling, memang terdapat perubahan, tetapi tidak berpanjangan sehingga keadaannya kembali seperti asal," katanya.

Menurut Idris, dia dan keluarga sentiasa memberi sokongan kepada Hafizal agar dia tidak kecewa dan terus tabah meneruskan kehidupannya yang tidak seperti rakan sebayanya.
Katanya, anaknya pernah bekerja sebagai pembantu gerai makan, tetapi terpaksa berhenti kerja ekoran masalah kesihatan itu.

"Saya bersyukur sebab Hafizal tidak pernah mengeluh dan reda dengan ketentuan-Nya," katanya sambil menambah beliau akan tersentuh apabila memikirkan mengenai masa depan Hafizal berikutan usianya yang masih muda.

Idris berkata, dia telah merayu bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meringankan beban membiayai kos rawatan dan ubat anaknya itu.

"Setakat ini, ribuan ringgit telah dibelanjakan untuk rawatan Hafizal. Disebabkan itu, saya amat berharap pihak JKM dapat meluluskan bantuan agar dapat meringankan sedikit penderitaan Hafizal," katanya.
Sementara itu, penderitaan Hafizal mendapat perhatian Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang bersedia membawa masalah pemuda itu kepada doktor pakar secepat mungkin.

"Masalah Hafizal tidak boleh dibiarkan dan tindakan segera perlu diambil, biarlah doktor pakar yang merawat masalah ini," katanya.

Abdul Azeez berkata, Hafizal akan dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur secepat mungkin.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Hafizal boleh menghubungi Idris di 019-5485616.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!