Friday, February 24, 2012

Filem, drama tahyul beri kesan negatif


Lambakan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang ditayangkan terutama melalui televisyen memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.
Berikutan itu, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranya menggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam.
Katanya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pula akan mewujudkan satu garis panduan khusus berhubung tayangan filem berkenaan untuk dimajukan kepada KDN dan KPKK kerana ia dikhuatiri menggugat akidah masyarakat terutama umat Islam di negara ini.

“Garis panduan yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat itu akan mengambil kira beberapa aspek tertentu, termasuk ketetapan dibuat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berhubung isu penayangan filem di negeri ini, sebelum ini.

“Selain sebagai panduan bagi pemantauan pihak berkuasa, kita harap ia turut dijadikan pedoman golongan penerbit dalam menghasilkan filem berunsur seram pada masa depan.

“Kita bukannya antiseni atau filem, cuma mahu filem atau seni dihasilkan itu membina tamadun yang mampu berfikir secara waras, bukannya menerapkan pemikiran tahyul bertentangan akidah serta kepercayaan Islam,” katanya kepada pemberita.
Difahamkan, kebimbangan terhadap lambakan filem seram dan cerita hantu terbabit sebahagian daripada ketetapan dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-5 yang bersidang di Hotel Sri Malaysia.

Selain itu, turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah ketetapan berhubung hukum eksploitasi iklan terhadap wanita, hukum ajaran atau fahaman syiah, hukum ruju' dengan jimak serta hukum lafaz talak dua atau tiga dengan satu lafaz.

Juanda berkata, jika lambakan filem hantu dan seram tidak dikawal, tidak mustahil masyarakat Islam negara ini kelak lebih takutkan hantu berbanding Allah.

Mengulas ketetapan berhubung isu eksploitasi wanita melalui iklan pula, beliau mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) meletakkan satu garis panduan khusus terhadap perkara itu supaya tidak berlaku.

“Islam meletakkan wanita pada tempat tinggi dan tidak sewajarnya mereka dijadikan bahan eksploitasi demi keuntungan pihak tertentu, terutama melalui fenomena pengiklanan kini yang mempamerkan aurat yang terbukti menyalahi syariat Islam,” katanya.










.

Lapan beranak berteduh di pondok berdinding zink, kanvas


Sebuah pondok berdindingkan zink dan kanvas tanpa pintu, menjadi tempat berteduh lapan beranak di Kampung Parit Abdul Aziz dekat sini sejak lapan bulan lalu setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran.

Pondok berukuran 20 x 15 kaki itu didiami oleh keluarga Ariffin Md. Amin, 39, bersama isteri, Norhawa Arip, 37, dan enam anak mereka berusia tiga hingga 15 tahun.
Menurut Norhawa, pondok yang didirikan atas tanah milik ibu mertuanya itu hanya menanti masa untuk roboh, selain tidak memiliki kemudahan asas.

"Pondok ini tidak mempunyai bilik dan di ruang yang sempit inilah kami tidur, berehat, makan dan tempat anak-anak membuat kerja sekolah.

"Selain itu, 'rumah' ini juga tidak mempunyai bekalan elektrik dan saya terpaksa mendapatkan bekalan elektrik dengan cara membuat penyambungan dari rumah jiran," katanya semasa ditemui di sini baru-baru ini.

Norhawa berkata, apabila hujan lebat waktu malam, semua ahli keluarga tidak dapat tidur kerana terkena tempias berikutan kanvas itu tidak mampu menahan tiupan angin yang kuat.

Ketika itu, mereka sekeluarga terpaksa berhimpit untuk mengelak daripada terkena tempias hujan.

Katanya, pendapatan suaminya yang tidak menentu sebagai pemandu lori menyebabkan mereka tidak mampu membina rumah baharu.

"Pendapatan yang ada sekadar mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk menanggung lima daripada enam anak yang masih bersekolah," katanya.

Norhawa pernah membuat permohonan mendapatkan rumah baharu daripada Baitulmal menerusi ketua kampung, tetapi hingga kini masih belum mendapat maklum balas.

Dia mengakui berasa sayu apabila melihat anak-anaknya membesar dalam keadaan rumah yang kurang sempurna.
Justeru, dia berharap permohonannya untuk mendapatkan bantuan bagi membina rumah baharu diberi pertimbangan segera oleh pihak berkaitan.










.

Doktor tweet pembedahan secara langsung


Satu pasukan doktor di Hospital Memorial Hermann Northwest buat pertama kalinya menyiarkan gambar, klip video dan kenyataan di laman web Twitter secara langsung mengenai setiap tindakan yang diambil ketika satu pembedahan jantung selama empat jam, kelmarin.

Beberapa gambar itu diambil oleh Dr. Michael Macris yang mengetuai prosedur ke atas pesakit berumur 57 tahun, dengan memakai topi dilengkapi kamera.

Mesej pertama Twitter itu berkata, 'Amaran. Kandungan mungkin mengandungi imej mengerikan dan pengguna memerlukan semangat kuat untuk mengikuti pos seterusnya'.
Kebanyakan mesej seterusnya agak mengejutkan seperti 'Dr. Macris membuka dada pesakit dengan pisau dan kemudian melihat...'.

Mesej lain hanya boleh difahami oleh mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang perubatan.
Bagaimanapun, mereka juga melibatkan beberapa maklumat menarik berhubung jantung iaitu ia sebesar penumbuk dan seberat antara 196 dan 420 gram.

Hospital di Houston itu buat pertama kali menyiarkan pembedahan jantung secara langsung di Amerika Syarikat (AS) melalui Twitter itu sebagai sebahagian daripada Bulan Jantung.
Pengguna laman web itu yang mengikuti pembedahan itu sampai habis boleh mengajukan soalan kepada Dr. Paresh Patel yang turut terlibat sama dalam prosedur tersebut.

Tiada sebarang komplikasi berlaku semasa pembedahan tersebut dan pesakit dijangka kembali sihat dalam tempoh seminggu.









.

Buried alive: Skier comes back from 'dead' after 15 minute sentombed by avalanche


A British skier has survived after she was buried alive in an avalanche and declared clinically dead.
Rhianna Shaw, 23, was entombed in the snow for 15 minutes following the accident in the Austrian mountains.
There is only a six per cent chance of resuscitation once someone has been buried in deep snow for eight minutes.

Miss Shaw, from Chichester, West Sussex, said yesterday it was ‘absolutely terrifying’ as she could not move and her friends could not hear her screams for help.
She said: ‘There was several feet of snow on top of me. You usually think snow will move but it just sets like concrete around you.

‘I was absolutely frozen and I couldn’t move an inch. I could just about make out which way was up as a little bit of light was coming through and I could hear faint sounds.

‘All I could do was scream for help, but no one could hear me.

‘They thought I might have skied off and I could hear my mobile ringing in my pocket but I couldn’t answer it. It was absolutely terrifying.’

The accident happened on Thursday last week when Miss Shaw, who is spending the ski season working in Austria, was skiing off piste near St Anton with five friends. She had been out on the same slopes several times before.
She said: ‘We hadn’t had snow for a couple of weeks then lots came down and it was a lovely sunny day so we decided to go out.
‘We went round this one bit and me and my friend Alistair were coming down side by side and he was on a snowboard and we had a minor collision and I lost both skis.

‘It normally wouldn’t be a problem but it started a bit of snowfall. Then the others came down and a massive ledge of snowfall broke away and it carried me down the slope around 150 metres.

‘I was completely buried alive and no part of me was above the surface. I would rather have not been conscious but I was.‘I couldn’t move, my arms were frozen. The most I could do was shriek, but they couldn’t hear me. I tried not to panic.’

She owes her life to her quick-thinking friends, who formed a chain across the mountain and retraced their steps, using ski poles to probe the snow as they searched for her. They found the back of her leg and managed to dig her out.By this time, Miss Shaw was clinically dead as she had no pulse and was not breathing. But one of her friends gave her CPR – and against the odds, it worked.
She added: ‘I must have been buried for at least 15 minutes and probably stayed conscious for five minutes.


‘I was conscious I was trapped and I would probably die. There is only a six per cent chance of resuscitation once you are pulled out of the snow like that so I was incredibly lucky.’

After 11 minutes buried under the snow, most skiers die. Miss Shaw was taken to hospital by helicopter and put on a drip. A week on, she is ‘doing well’ but still haunted by the accident.
She said: ‘It hits me at strange times. It’s like a weird bad dream. I won’t be going off piste again in a hurry.’
St Anton was one of the resorts cut off after 10ft of powder fell in the Austrian Alps in just 48 hours last month, leaving all roads in and out of the village closed and an estimated 1,000 British tourists stuck.

Avalanche expert Rudi Mair said at the time: ‘This is a type of snowfall the like of which we have not seen for years. Combined with that, there are very high winds which are making conditions especially dangerous.’











.

Artis terima pengiktirafan

Pelakon, Jennifer Aniston menerima pengiktirafan Walk of Fame semalam, menjadikannya barisan pelakon pertama dalam siri drama televisyen Friends meraih anugerah tersebut.

"Saya berasal dari Sherman Oaks, California dan tidak pernah menyangka akan menerima pengiktirafan Walk of Fame.

"Saya berasa syukur dan ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong saya," kata Aniston kepada peminat dan rakan-rakannya di majlis itu.

Aniston hadir di majlis itu bersama ayahnya, John Aniston dan teman lelakinya, Justin Theroux yang juga merupakan pelakon gandingan dalam filem Wanderlust.
Aniston menjadi terkenal ketika berlakon sebagai Rachel Green dalam siri komedi hit 1990an, Friends.

Dia turut memenangi anugerah Emmy dan Golden Globe bagi lakonannya dalam drama Friends.
Dalam pada itu, pelakon lain Friends iaitu Courteney Cox, Matthew Perry, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc dan David Schwimmer tidak hadir pada majlis tersebut.

Kehidupan peribadi aktres itu menjadi tumpuan ramai sehingga melibatkan pelbagai selebriti berprofil tinggi sejak dua dekad lalu termasuk perkahwinannya selama lima tahun bersama pelakon Brad Pitt yang menjadikan mereka pasangan popular di Hollywood.

Selepas Friends berakhir pada 2004, Aniston berlakon filem The Good Girl, Derailed serta filem-filem komedi seperti The Break-Up, The Switch dan Horrible Bosses.
Aniston bakal muncul dalam filem terbaru, Wanderlust berganding dengan Paul Rudd, Malin Akerman dan Theroux yang akan ditayangkan di pawagam di Amerika Syarikat pada Jumaat ini.













.

Komputer tablet ini dikritik teruk


Komputer tablet paling murah di dunia, Aakash yang diperkenalkan di India tahun lalu, dikritik selepas fasa pertama model tersebut didapati tidak berkualiti dan bermasalah.
Pengguna yang mencuba gajet tersebut mengadu terdapat beberapa masalah pada komputer tablet berharga AS$35 (RM105) itu antaranya pemproses yang terlalu lambat, jangka hayat bateri yang pendek serta skrin sesentuh yang sukar digunakan.

Aduan itu juga menyebabkan perselisihan antara pengeluar alatan teknologi tersebut, DataWind dengan institut penyelidikan kerajaan yang menyaksikan khidmat syarikat berkenaan mungkin tidak akan diperlukan lagi.

Kementerian Pembangunan Penyelidikan Manusia dijangka melancarkan satu tender baru dalam tempoh beberapa minggu lagi bagi mencari rakan kongsi baru mengeluarkan Aakash.

"Walaupun syarikat itu (DataWind) telah mengeluarkan fasa pertama Aakash, ia tidak bermakna mereka juga akan mengeluarkan fasa kedua gajet itu," kata seorang pegawai kanan kementerian tersebut.

DataWind tahun lalu memenangi tender mengeluarkan 100,000 unit komputer tablet tersebut untuk kerajaan dan ia dijangka mengeluarkan lagi sejuta unit gajet itu dalam fasa kedua. Bagaimanapun ia kini terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat lain untuk pengeluaran fasa kedua.

DataWind, sebuah syarikat kecil London berkata, institut tersebut akhir tahun lalu telah mengubah spesifikasi Aakash bagi memenuhi keperluan tentera Amerika Syarikat (AS), tetapi tetap dijual pada harga sama.
Ketua Pegawai Eksekutif DataWind, Suneet Singh berkata, pihaknya membantah perkara tersebut dan projek itu tertangguh serta masih belum diselesaikan.

Aakash yang baru dikeluarkan sebanyak 10,000 unit dilihat sebagai pencapaian kejuruteraan berjimat-cermat India, yang mampu mengakhiri jurang Internet India selepas hanya satu daripada 10 individu di negara yang dihuni 1.2 bilion penduduk ini menggunakan Internet.

Produk seperti iPad keluaran Apple terlalu mahal untuk digunakan keluarga kelas pertengahan di India.











.

Seorang bapa terkejut melihat anak perempuannya tergantung di 'blind cord' tingkap


Seorang bapa semalam memberitahu bagaimana keluarganya terkejut dengan kematian anak perempuan mereka berusia dua tahun selepas dia terperangkap lehernya di 'blind cord' tingkap.
Emily Warner, berusia dua tahun  kemudian lumpuh dan mengalami kerosakan otak.

Dia meninggal sebulan kemudian berikutan pernafasan dan masalah jantung.
Bercakap kepada pemberita selepas inkues semalam Jamie ayahnya, 30, berkata: 'emmie adalah cahaya kehidupan kami, seorang gadis kecil yang indah.

'Tidak ada satu perkara yang menjadi penyebab, ia adalah satu kemalangan. Kami tidak melihat apa-apa bahaya kerana kita tidak pernah menduga hal sebegini akan berlaku. '

Budak perempuan itu telah tidur, tetapi berdiri di hujung katil- dan telah memanjat di tingkap apabila kemalangan itu berlaku. Encik Warner menjumpainya tidak sedarkan diri, tergantung apabila dia berjalan melepasi biliknya beberapa minit kemudian.

Dia cuba memulihkan Emily sementara isterinya memanggil ambulans.
Tragedi itu berlaku pada malam 27 Ogos tahun lepas di rumah keluarga di Royston, Hertfordshire.

Emily kekal dalam keadaan koma di hospital selama seminggu. Otaknya telah disahkan mengalami kekurangan oksigen. Walaupun keadaannya didapati ada perubahan, dia meninggal dunia di hospital berikutan masalah pernafasan dan serangan jantung pada 1 Disember.


Sekurang-kurangnya 19 kanak-kanak telah meninggal dunia sejak tahun 1999 dalam keadaan yang serupa, Emily. Semalam, Mahkamah Koroner Hertfordshire mendengar bagaimana Encik Warner dan isteri, Tracey, yang juga mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun, James, mengakui tidak mampu melakukan yang lebih baik kerana kemalangan itu.

Keputusan kematian akibat kemalangan dicatatkan.











.

Pekerja kilang dirempuh kereta


Dua pekerja kilang maut dalam satu kemalangan ngeri melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Alor Setar-Butterworth berhampiran stesen minyak Caltex Taman Permai Bestari, Sungai Lalang dekat sini malam tadi.

Tiga kenderaan yang terlibat dalam kejadian pukul 11 malam itu adalah masing-masing sebuah motosikal, kereta jenis Proton Iswara dan Toyota Vios.

Mangsa yang terkorban ialah penunggang motosikal, Said Akbar Said Farid, 20, dan pemboncengnya, Norfatihah Ismail, 18.
Nahas berlaku apabila pemandu kereta Toyota Vios itu hilang kawalan ketika memandu dipercayai dalam keadaan laju dari arah Gurun ke Sungai Petani.
Kereta tersebut kemudian merempuh motosikal dinaiki kedua-dua mangsa menyebabkan mereka terjatuh.

Sebuah Proton Iswara yang berada di belakang Toyota Vios tersebut gagal mengelak lalu mengheret Norfatihah sejauh kira-kira 200 meter.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, akibat rempuhan berkenaan, Said Akhbar cedera parah di kepala manakala Norfatihah cedera di perut meninggal dunia di tempat kejadian.

"Polis masih menyiasat bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu. Kita tidak menolak kemungkinan pemandu kereta Toyota itu memandu melebihi had laju ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, abang Said Akbar, Mohd. Yassin, 24, berkata, adiknya itu keluar dari rumah mereka di Kampung Toh Pawang, Bedong untuk menghantar Norfatihah di Taman Bandar Baru Sungai Lalang.

"Kedua-dua mereka baru berkenalan dan bekerja di kilang yang sama di Taman Perindustrian Bukit Makmur," katanya.











.

SELAMAT PENGANTIN BARU


Hanya dengan sekali lafaz, pengarah filem terkenal Yusry Abdul Halim, 38, sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed, 26, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriott, di sini malam ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, Mohamed Azan Mohamed.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Yusry selepas lima tahun menduda manakala yang pertama untuk Lisa Surihani.

Dalam majlis yang bertemakan Winter Garden itu, Lisa Surihani menerima seutas rantai leher platinum sebagai mas kahwin.

Namun, pasangan itu enggan mendedahkan jumlah wang hantaran atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Lisa Surihani yang anggun mengenakan baju kurung moden putih rekaan Cosry kelihatan cukup tenang sepanjang majlis berlangsung.

Majlis yang dihadiri 250 tetamu terdiri daripada kaum keluarga kedua belah pengantin juga menyaksikan Lisa Surihani menerima tujuh dulang hantaran termasuk tepak sirih, cincin, kelengkapan solat, manisan dan kek.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang antaranya cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, keyboard, koleksi lagu-lagu lama The Beatles dan kek berbentuk gramofon.

Pasangan pengantin yang ditemui dalam sidang akhbar selepas majlis berakhir memanjatkan rasa syukur kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang.

"Meskipun kami berdua sibuk menjelang majlis perkahwinan, Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Mujur ahli keluarga banyak membantu. Insya-Allah kami sudah bersedia untuk membina keluarga secepat mungkin," kata Lisa Surihani sambil dipersetujui suaminya.

Pasangan itu akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi mereka pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya selesai.

Yusry dan Lisa Surihani mula berkenalan hampir setahun lalu menerusi BlackBerry Messenger (BBM) sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dalam satu pengumuman hujung tahun lalu.











.

Kerana mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB)


Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mahu mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bilik bawah tanah sebuah pusat perniagaan pakaian di Jalan Tuanku Munawir di sini, mengundang padah apabila dia maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 415 voltan, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata lelaki berusia 40-an itu yang melecur teruk di muka, mati di tempat kejadian.

Menurutnya, polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 11.30 pagi dan menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui lelaki yang hanya berseluar panjang, terbaring tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, lelaki itu dipercayai sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.











.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!