Wednesday, February 29, 2012

1 bilion kanak-kanak hidup melarat di bandar raya seluruh dunia


Lebih satu bilion kanak-kanak kini tinggal di bandar-bandar raya di seluruh dunia, namun kebanyakannya hidup dibelenggu kemiskinan dan hidup tanpa pendidikan, bekalan elektrik dan air, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) berkata, urbanisasi menyebabkan beratus ribu kanak-kanak yang tinggal di bandar raya dan bandar-bandar tanpa keperluan asas.

Menurut laporan bertajuk Situasi Kanak-kanak Di Dunia 2012, dalam beberapa tahun ini, majoriti kanak-kanak akan membesar dalam bandar dan bandar raya berbanding kawasan pedalaman.

Kanak-kanak yang dilahirkan di bandar merupakan 60 peratus daripada peningkatan jumlah penduduk di bandar.

Menurut laporan itu, pembangunan di bandar-bandar terlalu cepat sehingga kerajaan tidak mampu mengawal keadaan, menyebabkan satu daripada tiga penghuni bandar tinggal di kawasan setinggan.

Tambah laporan itu, infrastruktur dan perkhidmatan tidak sejajar dengan pembangunan bandar dan penduduk miskin sering terpaksa membayar lebih untuk perkhidmatan yang tidak mencapai standard.






Sejauh mana anda sanggup berkorban demi cinta??




.

WORDLESS WEDNESDAY

Dua rentung dalam nahas


Seorang dewasa dan kanak-kanak dipercayai mempunyai pertalian darah rentung selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu melanggar tiang dan masuk ke lorong sebelah sebelum berlanggar dengan kenderaan lain dan terbakar.

Identiti mangsa nahas 9.15 malam tadi di depan sebuah kilang kitar semula di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih itu tidak dapat dikenalpasti kerana keadaan mayat mereka yang rentung.
Mangsa dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Putih.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, mayat mangsa yang terperangkap dalam Toyota Rush itu dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Katanya, sebuah lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah Ford Ranger yang dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dari Kampung Bukit Kecik Melor, dan penumpang Siti Nor Azreen Md Yani, 24, dari Kampung Gaug Lati, Pasir Mas.






Sejauh mana anda sanggup berkorban demi cinta??




.

Heavily pregnant Jessica Simpson steps out in a pair of platform heels


Heavily pregnant Jessica Simpson isn't letting her pregnancy get in the way of her desirable fashion sense.
The 31-year-old singer stepped out in Beverly Hills, California, wearing a long dress with a pair of very high heels and showed no signs of slowing down despite preparing for the birth of her first child.

The former pop singer needed her assistant to carry their bags as she shopped at Saks Fifth Avenue for a few items before heading home.
Dressed in a long red dress the busty blonde celebrity wore a pair of brown peep-toe platform shoes as she strutted down the street.
The mother-to-be said last year that she has no intention of taking the weight off her feet and vowed to continue wearing high heeled shoes whenever she could.

She joked to Us Weekly: 'I'm probably going to deliver my baby in these [4-inch YSL heels].'
However, even with the dangerously high footwear, Jessica seemed comfortable as she continued handing her assistant her shopping bags.


Simpson is engaged to NFL player Eric Johnson and the pair are due to tie the knot later this year.

The couple are excited about welcoming their first child into the world, and are no doubt wondering when that exact day will be.






Sejauh mana anda sanggup berkorban demi cinta??




.

[Bantulah mereka] Bayi hadapi komplikasi jantung


Seorang pemandu bas, Idris Mohd. Jadi, 30 berdepan dugaan hidup apabila seorang lagi anaknya mengalami komplikasi pada bahagian jantung serta mempunyai saluran pernafasan yang tertutup.
Sebelum ini, dia kehilangan anak pertamanya pada Januari tahun lalu, Robbul Izati yang dilahirkan dengan komplikasi paru-paru.

Bayi yang baru berusia 10 hari itu, Nurzahra Damia terpaksa bernafas melalui tiub dan kini ditahan di wad Hospital Sungai Buloh.

Idris berkata, pembedahan jantung anaknya akan dilakukan pada pertengahan Mac dan telah menerima bantuan subsidi berjumlah RM24,000 daripada Institut Jantung Negara.
"Kos pembedahan adalah sebanyak RM25,000 namun apa yang membimbangkan kami sekeluarga apabila selepas pembedahan itu nanti, akan ada rawatan susulan yang menelan belanja yang besar.

"Saya bergantung hidup dengan pendapatan yang tidak menentu kerana gaji dibayar mengikut hari bekerja. Jika saya tidak bekerja sehari maka tiada pendapatan untuk hari tersebut," katanya ketika ditemui rumahnya di sini, hari ini.

Sementara itu, isterinya, Zuraidah Abdul Rahman, 25, berkata, dia mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi menderma untuk membolehkan bayinya menjalani hidup dengan selesa.
"Oleh itu, saya meminta orang ramai supaya membantu anak saya mendapatkan rawatan dengan sempurna serta menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada pasangan tersebut boleh menyalurkan ke akaun Maybank, 162012795648 atau akaun CIMB, 12330094238526 milik Idris.





.

Kebakaran besar


Sebuah stor penyimpanan hampir 2,000 tong gas musnah terbakar dalam satu kebakaran besar di pekan Semenyih, di sini, hari ini.
Kebakaran yang difahamkan bermula pada pukul 8.30 malam itu dipercayai akibat kebocoran salur gas ketika proses pemindahan gas dan stor itu digunakan untuk memuatkan tong-tong gas bagi kegunaan domestik dan industri.

Turut musnah dalam kebakaran itu adalah sebuah lori treler gas yang dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pemindahan gas.

Seorang saksi, Fazrul Hamid, 25, ketika ditemui pemberita memberitahu, api kebakaran itu begitu marak hingga mencetuskan suasana cemas di kalangan penduduk sekitar.

Katanya, kebakaran stor itu begitu hampir dengan kilang-kilang lain serta berlaku lebih 500 meter dari sebuah stesen minyak yang terletak di seberang jalan.

"Saya ketika itu berada di rumah iaitu tidak jauh dari stor berkenaan dan melihat api begitu marak hingga banyak tong-tong menjulang ke udara iaitu kira-kira 20 meter tinggi," katanya.

Seorang lagi saksi, Yusof Abdullah, 61, pula berkata, dia melihat hampir 10 pekerja asing yang tinggal di stor itu lari menyelamatkan diri.

"Mulanya, saya melihat tayar treler gas yang berada di depan stor itu terbakar seterusnya ia berjangkit ke stor dan kenderaan-kenderaan lain," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, stor penyimpanan tong gas itu telah beroperasi lebih kurang sebulan lebih dan polis sedang menyiasat sama ada ia dijalankan secara sah atau tidak.

"Kebakaran berjaya dipadamkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat kira-kira 40 minit kemudian dan tiada kemalangan jiwa yang terjadi.

"Polis kini sedang mengesan pemilik stor berkenaan yang dipercayai melarikan diri sejurus kebakaran itu berlaku," katanya.





.

'Aku Terima Nikahnya ' - Nora Danish

SEJAK memegang status janda, pelakon jelita Nora Danish tidak pernah lekang dengan pelbagai cerita sensasi, baik yang berkaitan dirinya ataupun tempias cerita bekas suaminya.
Nora Danish Mohd. Hanif yang bakal mencecah usia 30 pada 7 Mac ini juga dikatakan rapat dengan penjaga gawang pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun Nora yang ditemui pada lokasi penggambaran filem Aku Terima Nikahnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, baru-baru ini berkata, dia tidak pernah keluar dengan Khairul Fahmi atau Apek.

Tetapi, ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram itu pernah menghantar mesej kepada Apek di laman sosial Tweeter, itu pun hanya sekali sahaja.

“Nora tidak pernah bertemu atau bercakap dengan Apek. Cuma sekali itu saja Nora tweet penjaga gol itu, sama macam peminat lain buat jugak.

“Tapi lain pula cerita yang keluar. Nora harap tukang sebar berita itu sudah-sudahlah buat gosip tanpa bukti kerana ia melibatkan ramai orang. Dia ada keluarga. Apa kata keluarganya bila keluar cerita begitu,” katanya dengan nada kecewa.
Meskipun terasa hati dan kecewa dengan berita yang tidak benar mengenai dirinya, Nora tetap ingin terus bergiat dalam bidang seni kerana ia merupakan punca pendapatannya masa kini.

Nora yang memegang watak sebagai Arlisa dalam filem pertama arahan Eyra Rahman itu berkata, buat masa kini tumpuannya hanya pada kerjaya.

“Sebagai ibu tunggal, Nora perlu bekerja keras mencari nafkah untuk anak. Nora malas untuk fikir perkara yang boleh menyesak kepala seperti gosip yang tidak berasas itu.

“Biarlah apa orang nak kata, sebab Nora tidak berupaya untuk menutup mulut mereka. Tapi mereka perlu ingat, apa yang mereka buat pada orang, tentu ada balasan daripada Yang Maha Esa, cuma cepat dan lambatnya sahaja,” katanya tenang.

Dalam pada itu, Nora tetap tidak menolak takdir jika bertemu jodoh dalam waktu terdekat, namun kali ini dia lebih berhati-hati memilih calon suami.

Kata Nora, biarpun sering berpasangan dengan ramai pelakon lelaki namun hatinya tidak terlintas untuk menjalin hubungan percintaan.

“Mana-mana rakan artis yang pernah bekerjasama dengan Nora adalah sahabat, baik lelaki atau wanita. Lagipun bidang seni kita bukanlah besar mana.

“Setakat ini Nora tidak pernah jatuh hati pada mana-mana hero yang berpasangan dengan Nora. Soal jodoh, Nora serah pada takdir. Kalau boleh biarlah bakal suami seorang yang beriman, bertanggungjawab dan dapat membimbing Nora sebagai isteri solehah,” katanya lagi.



Nora nikah beberapa kali

Apabila ditanya bagaimana perasaannya ketika menanti Johan, lakonan Ady Putra melafazkan akad nikah untuk menyuntingnya sebagai isteri, pemegang watak Arlisa itu berkata, dia sedikit pun tidak teruja untuk adegan majlis akad nikah kerana sudah beberapa kali melalui fasa itu.

“Ini bukan kali pertama Nora bernikah sewaktu berlakon. Sudah beberapa kali juga. Jadi perasaan teruja itu tidak ada, sekadar menghidupkan watak sahaja.

“Menjadi isteri kepada Ady Putra adalah kali kedua, pertama dulu sewaktu drama Tentang Dhia. Sejak drama itu, Nora banyak mendapat tawaran watak yang lebih serius. Tiada lagi watak gadis remaja yang ceria,” kata Nora ketawa.

Malah populariti Tentang Dhia juga menyebabkan pengarah dan produser mula buka mata tentang bakat lakonan Nora dan tidak hanya tertumpu pada satu karakter sahaja.

Kata Nora, perubahan karakter yang dibawa turut menyebabkan dia perlu banyak melakonkan adegan yang bersentuhan dengan pasangan pelakonnya.

“Dulu Nora berlakon watak ceria, jadi tidak memerlukan banyak sentuhan badan. Sekarang ini bila watak serius, banyak pula kena bersentuhan dengan pelakon lain. Mula-mula memang malu tapi disebabkan itu kerjaya, Nora kena lakukan yang terbaik.

“Alhamdulillah, antara Nora dengan Ady sudah ada keserasian sejak Tentang Dhia, jadi tidaklah kekok untuk filem Aku Terima Nikahnya. Nora harap filem ini dapat mencetus fenomena seperti drama juga,” harapnya.
Menurut Nora, dia bersetuju berlakon Aku Terima Nikahnya, filem ketiganya dengan Metrowealth Pictures kerana skrip dan barisan pelakonnya menarik.

Sebelum ini Nora pernah berlakon filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dan Cuti-Cuti Cinta terbitan syarikat berkenaan.

“Nora terima bukan sebab orang kata gandingan kami serasi. Kalau nak ikutkan, ada beberapa produksi yang nak gandingkan Nora dengan Adi tapi bila tengok skrip Aku Terima Nikahnya, Nora tertarik.

“Jalan cerita filem ini menarik. Sebab itu Nora tidak mahu melepaskan peluang. Harap-harap gandingan kali ini lebih menjadi dan lakonan Nora mampu meninggalkan kesan kepada penonton,” katanya.


Ady Putra suami penyayang

Watak baik dan jahat sudah sering dilakonkan oleh Ady Putra. Namun watak Zikir lakonannya menerusi drama Tentang Dhia amat memberi kesan dan berjaya menyentuh hati ramai penonton wanita.

Kesan daripada watak itu, Ady terus diberi peranan sebagai suami penyayang dalam filem Aku Terima Nikahnya.
Kali ini Ady tidak sahaja penyayang, malah dia juga perlu melakonkan watak suami yang tidak menghiraukan perasaan isteri.

“Dalam filem ini saya perlu menonjolkan dua karakter, satu penyayang dan satu lagi suami yang tidak ingat isteri. Saya akan buat yang terbaik untuk menjadi suami penyayang supaya penonton turut merasai kebahagiaan itu.

“Jika lakonan itu dapat memberi ketenangan kepada penonton yang bermasalah dan kemudian mereka cuba mengatasinya. Ia merupakan bonus kepada saya. Lakonan ini selain hiburan, ia juga boleh dijadikan medium berdakwah,” katanya.

Menurutnya, watak Johan yang dibawa bukan sahaja menjadi suami yang didamba oleh semua wanita malah ia juga boleh membuat kaum hawa skeptikal kepada karakter tersebut.

“Waktu watak penyayang mungkin orang suka pada Johan. Tapi setelah dia menghadapi kemalangan dan hilang ingatan terhadap Arlisa, mungkin ada sedikit kebencian kepadanya.

“Ketika hilang ingatan itulah, Johan merasakan apa yang dibuat oleh isterinya amat menjengkelkan kerana Arlisa asyik memaksanya mengingati memori silam. Waktu itu memang kasihan pada Arlisa kerana ada suami yang tidak mengenalinya,” cerita Adi.

Pelakon filem Bollywood, Don 2 itu berkata, sejak gandingannya dengan Nora dalam drama Tentang Dhia, banyak tawaran mendatang untuk dia melakonkan watak sebagai suami.
Kata Ady, dia tidak kisah watak apa yang ditawar asalkan jalan cerita sesebuah drama atau filem itu menarik.

“Selagi ada kudrat dan jadual tidak bertindih, saya pasti terima tawaran tersebut asalkan jalan ceritanya menarik dan watak yang diberi berbeza.

“Biarpun orang pernah tengok gandingan saya dengan Nora dalam drama, tapi kali ini karakter kami berbeza. Sebenarnya, gandingan ini membebankan juga kerana kami perlu berikan yang lebih baik daripada apa yang pernah ditonton sebelum ini,” katanya.


Duta umrah

Sejak mengerjakan umrah pada Ogos tahun lalu bersama isteri, ibu dan mertua, Adi Putra sering mengimpikan untuk menjejak kaki ke tanah suci Mekah lagi.
Nampaknya niat murni Ady itu bakal termakbul untuk melakukan ibadat umrah buat kali kedua dengan syarikat Triways Hujjaj pada 28 Mac hingga 7 Mei ini.

Ady Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim yang baru menyambut hari kelahiran ke 31 pada 26 Februari lalu, bukan sahaja melakukan umrah, malah pemergiannya ke sana sebagai duta Triways Hujjaj.

“Selepas pergi umrah tahun lalu, saya memang menyimpan niat untuk pergi lagi ke sana. Tak sangka rakan-rakan dari syarikat dulu tawarkan saya untuk serta mereka dalam Triways Hujjaj.

“Sekali lagi saya ditawar untuk menjadi duta bersama dengan Imam Muda musim pertama, Hizbur Rahman Omar Zuhdi. Alhamdulillah, saya bukan sahaja dapat mengerjakan umrah, malah dapat membantu jemaah. Saya memang tidak sabar untuk ke sana,” katanya tersenyum.

Pelakon berkarakter itu juga turut memberitahu, jika ada rezeki, pada tahun ini juga dia akan menunaikan fardu haji, rukun Islam yang ke lima.

“Dalam keadaan sihat inilah, saya perlu melaksanakannya. Lagipun kalau mampu kenapa mesti tangguh niat suci itu. Saya mahu mengimbangi kehidupan dunia akhirat agar setara kerana ajal dan maut boleh datang tanpa diduga.

“Selama ini saya bersyukur dengan segala nikmat yang diberiNya. Pada yang ingin melakukan ibadah umrah bersama-sama saya dan Hizbur, amat dialu-alukan kerana di sana kita semua serupa. Tidak ada gelaran artis, datuk atau tuan, semua sama,” katanya tersenyum.






.

Lima anak yatim dakwa didera


Lima anak yatim perempuan yang menghuni sebuah rumah kebajikan anak-anak yatim di Temerloh dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) semalam selepas mendakwa mereka didera petugas rumah berkenaan.

Bagaimanapun, hanya seorang sahaja mangsa iaitu yang berumur sembilan tahun masih dirawat di Hoshas, manakala yang lainnya dibenarkan keluar beberapa jam selepas menerima rawatan di wad kecemasan di hospital tersebut.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah Temerloh, Deputi Supritendan R. Sundralingam berkata, setakat ini polis menerima dua laporan berhubung kes berkenaan daripada dua penjaga kanak-kanak terbabit.

“Kanak-kanak yang berusia lingkungan sembilan hingga 14 tahun itu mendakwa mereka didera kakitangan rumah kebajikan terbabit sejak beberapa minggu lepas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, polis juga mengambil keterangan daripada pengurusan rumah berkenaan dan menunggu laporan penuh perubatan daripada Hoshas.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun.

Sementara itu, Siti Normala Shamsuddin, 47, ibu salah seorang anak yatim yang didakwa didera itu berkata, dia menerima panggilan daripada anaknya semalam sebelum bergegas ke Temerloh.
Siti Normala yang menetap di Puchong, Selangor bertindak membawa anaknya yang berusia 14 tahun itu ke hospital selepas mendapati anaknya mengalami kesan lebam-lebam.

“Saya lihat kesan lebam di lengan dan tangan anak, sebelum ini dia ada mengadu tapi saya buat tak kisah kerana anggap memang salah dia. Namun apabila kerap sangat tengok lebam sana-sini seperti sebelum ini, saya nekad membuat laporan polis,” katanya.

Seorang lagi ibu mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dia dimaklumkan yang anaknya didera sejak setahun lepas.
Sementara itu, jurucakap rumah kebajikan anak-anak yatim itu ketika dihubungi menafikan sekeras-kerasnya berlaku kejadian penderaan terhadap kanak-kanak rumah terbabit.

Menurut jurucakap itu, pelajar terbabit hanya didenda kerana telah melakukan kesalahan yang serius.






Sejauh mana anda sanggup berkorban demi cinta??




.

Liyana Jasmay bakal bertunang


SELEPAS digosipkan bercinta dengan Syamsul Yusof dan Aizat, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay akhirnya menamatkan spekulasi mengenai jejaka yang layak bertakhta di hatinya apabila mengaku bakal bertunang dengan ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, bulan depan.

Liyana Jasmay ialah seorang pelakon dan penyanyi. Sewaktu mula berkecimpung dalam bidang lakonan, Liyana hanya berlakon dalam siri televisyen. Pada tahun 2006, barulah Liyana melangkah ke layar besar dengan memegang watak utama Phim dalam filem Castello. Peranan ini yang memberi pencalonan Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-19 pada tahun yang sama.

Pada awal tahun 2007, Liyana ditampilkan dalam filem Syaitan, tetapi cuma memegang watak sampingan. Pada tahun yang sama Liyana kembali ke layar kecil dengan memegang watak Lyn dalam KAMI. Beliau juga muncul dalam video muzik lagu Salahku oleh kumpulan Sofaz.

Pada tahun 2009, Liyana menceburi bidang nyanyian pula dengan mengeluarkan album Aku Tak Percaya Cinta pada 18 November 2009, menampilkan lagu-lagu seperti "Aku Tak Percaya Cinta". Pada tahun yang sama, beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Papadom di Fesitval Filem Malaysia ke-22, dan Pelakon Wanita Terbaik Filem untuk KAMI The Movie di Anugerah Skrin 2009.




P/S - Tahniah Liyana, semoga berbahagia..







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!