Saturday, March 17, 2012

Kerana gula-gula, dia dihukum sehingga mati


Sungguh tragis akhir hidup Savannah Hardin. Dia dihukum berlari selama tiga jam kerana telah berbohong kepada neneknya tentang makan gula-gula. Kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun ini mengalami dehidrasi parah dan kejang, dan akhirnya meninggal beberapa hari kemudian.

Polis tempatan menyebut kes ini sebagai pembunuhan. Mereka sudah menahan nenek dan ibu tirinya untuk dipersalahkan atas kejadian ini.
Saksi mengatakan Savannah disuruh lari dan tidak dibolehkan berhenti selama tiga jam pada hari Jumaat. Ibu tiri gadis itu, Jessica Mae Hardin, 27 tahun, menghubungi polis dan mengatakan bahawa Savannah mengalami kejang dan tidak responsif.

Jiran mereka, Rodger Simpson, mengatakan dia melihat seorang gadis kecil berjalan sekitar pukul 4 petang, tapi tidak melihat siapa pun mengejar atau memaksa dia.

"Saya melihatnya berjalan di bawah sana, itulah yang saya katakan kepada detektif," kata Simpson yang rumahnya di bukit menghadap ke rumah keluarga Hardin.

Pihak berkuasa masih cuba untuk menentukan apakah Savannah dipaksa dengan paksaan fizik atau dengan perintah verbal. "Informasi yang dikumpulkan pihak polis menyebutkan kanak-kanak itu dipaksa untuk berjalan setelah berbohong kepada neneknya, Joyce Hardin Garrard, 46 tahun, setelah makan gula-gula," kata jurucakap pejabat polis, Natalie Barton.

Savannah Hardin meninggal di hospital di Birmingham, menurut siaran berita dari pejabat polis. Kenyataan dari polis mengatakan laporan autopsi menunjukkan kanak-kanak itu mengalami dehidrasi yang sangat parah dan memiliki tingkat natrium yang sangat rendah. Seorang ahli patologi negara memutuskan itu adalah pembunuhan.






P/S - Verbal - lisan





.

Bangkai Subway dari New York di buang ke Laut


Mungkin New York boleh dikatakan kota tersibuk samaada pagi mahupun malam kerana masyarakatnya yang moden. Tapi apakah makna disebalik membuang badan-badan subway mereka ke laut di negara bahagian Delaware.


Sudah lebih dari 700 buah yang seperti ini di dasar lautnya. Namun menurut para ahli, semua perbuatan ini katanya seperti terumbu buatan dan memiliki efek yang baik pada fauna.


Jadi seperti apartmen mewah untuk ikan di mana mereka berkembang biak dalam tempoh masa yang luar biasa.





.

Hebat..Anjing pintar yang pandai main piano


Selain terkenal sebagai binatang yang setia, anjing ternyata juga memiliki minat pada alat muzik dan bidang nyanyian. Aneh, namun inilah yang ditunjukkan oleh seekor anjing di Finland.

Dalam posting sebuah video di YouTube, seekor anjing bernama Petu dilihat sedang asyik bermain piano dan menyanyi. Demikian diberitakan Orange.

Petu diketahui memainkan piano dengan menggunakan kedua kakinya, sementara dia cuba berdiri dengan menggunakan dua kaki lainnya. Sesekali dia juga dilihat menggunakan hidung untuk menekan piano.
Di tengah alunan muzik yang dimainkannya, sesekali Petu juga mengeluarkan suara lolongan khas anjing sambil mengibas-ngibaskan ekornya.

Video Petu yang sedang bermain piano ini menghebohkan para pengguna laman YouTube. Beberapa ribu orang dikhabarkan telah mengakses video anjing bermain piano ini.





.

Wanita Ini Jalani Proses Bersalin Selama 75 Hari


Setelah kehamilan, umumnya wanita menjalani tempoh masa bersalin selama 8-12 jam. Namun, tidak dengan Joanna Krzysztonek. Wanita ini menjalani proses bersalin dalam waktu yang sangat panjang, 75 hari.
Di awal waktu bersalin, Krzysztonek melahirkan seorang bayi dari bayi kembar tiga. Namun, bayi yang lahir pramatang itu meninggal dunia. Untuk menahan agar dua bayi lainnya tetap berada dalam perut ibunya, para doktor memutuskan untuk menahan proses kelahiran kedua dan ketiga.

Untuk itu, Krzysztonek harus berbaring dalam posisi hampir terbalik selama 2.5 bulan. Setelah perjuangan panjang dengan posisi tak selesa, si ibu akhirnya melahirkan sepasang bayi kembar, Iga dan Ignacy pada 15 Februari 2012 di sebuah klinik neo-natal di Wroclaw, kota barat daya Poland. Keduanya lahir dalam usia kehamilan 32 minggu.

Meskipun harus berbaring dalam posisi tidak selesa selama berminggu-minggu, Krzysztonek merasa tak terganggu. "Saya menghela nafas lega kerana ada peluang untuk menjaga kehamilan dan memberi bayi saya kesempatan untuk dilahirkan dengan selamat," katanya kepada Reuters.


Ketua perbidanan klinik neo-natal Worclaw, tempat Krzysztonek melahirkan, Mariusz Zimmer, mengatakan posisi terbalik dimaksudkan untuk menahan kontraksi Krzysztonek. Sebab, secara perubatan Krzysztonek telah menjalani keadaan bersalin sejak kelahiran anak pertamanya. "Prosedur kelahiran telah dimulakan sejak bayi pertama lahir," kata Zimmer.

Segera setelah lahir, Iga dan Ignacy ditempatkan dalam inkubator khusus untuk mendapat rawatan intensif. Setelah beberapa minggu, kedua bayi diharapkan dapat meninggalkan hospital dalam waktu terdekat.
Sementara si ibu yang sempat mengalami masalah keseimbangan setelah meninggalkan tidur di hospital merasa senang dapat mengunjungi dan memegang bayinya setiap hari.




.

Pelajar KUIM maut dipanah petir


Seorang pelajar Kolej Universiti Teknologi Melaka (KUIM) maut dipanah petir sebelum menjalani latihan bola sepak di stadium kolej berkenaan di Kuala Sungai Baru semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, Mohd Ridwan Jamal, 20, pelajar semester empat Diploma Kejururawatan bersama sembilan rakan yang lain berada di tepi padang untuk menjalani latihan.

Kakak mangsa, Roslinda Jamal, 41, yang dimaklumkan mengenai insiden itu oleh rakan adiknya melalui panggilan telefon berkata, adiknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kem Terendak, Sungai Udang.
"Lebih kurang jam 7 malam saya tiba di Hospital Kem Terendak dan diberitahu oleh doktor bahawa adik saya sudah meninggal dunia dan usaha menyelamatkannya melalui kaedah bantuan pernafasan juga gagal," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka hari ini.

Mayat Mohd Ridwan yang juga anak bongsu dari enam adik-beradik itu di bawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Roslinda berkata, dia dimaklumkan bahawa ketika kejadian, hujan renyai-renyai sebelum satu dentuman kuat diiringi panahan petir berlaku.

"Mereka beritahu saya, semua pelajar di padang berkenaan tercampak dari tempat masing-masing lalu melarikan diri dari padang itu sebelum menyedari Mohd Ridwan terbaring tidak sedarkan diri," katanya.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - BERNAMA





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!